Sep 24, 2013

Dear Diary...

Dear diary,

Hi!!! Harini aku terdetik nak menaip panjang2 setelah sekian lamanya aku tak bukak blog. N perkara pertama yang aku pikir bila tengok blog aku ialah "oh, aku patut tukar gambar header ni." Yup, memang patut tukar pon...Heechul dah lama kuar army n wajah baru dia jauh lagi muda dari gambar kat header tu.hohoho....




Opps. This is a diary. Im not suppose to post any pictures but here it goes, for my own eye candy lol xD

Kenapa tak tulis kat fesbuk? Sbb kat fesbuk byk sgt audiences..kat blog ni tak la org nak baca sgt kan.

Hmm...back to the main point. Korang percaya tak ada manusia yang kita idamkan boleh jadi reality n ditakdirkan untuk kita bertemu dengannya? It happened to me, seriously. Ada sorang unnie ni ajar aku supaya berdoa macam ni:


"Ya Allah, jika dia yang terbaik untukku, Kau dekatkanlah kami. Jika bukan, Kau jarakkanlah kami dan Kau MATIKAN perasaan antara kami."


That's it.

Kebetulan masa tu dah masuk bulan puasa..aku pon pergi terawikh tiap2 malam sbb abah aku ajak (tq abah) and dlm masjid aku asyik doa je doa kat atas ni. Pastu aku wat solat hajat... aku mintak:


"Kau pertemukanlah aku dengan lelaki yang baik, yang serasi denganku & percepatkan pernikahan kami."


Aku bukan gatal ke hape doa mintak cepat kawen tapi aku tau bercinta sblm kawen byk keburukan dari kebaikan, betul tak?


Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa bulan Ramadhan adalah bulan paling mustajab untuk berdoa.


Mak aku cakap, dia ada tengok rancangan 3 ustazah tentang solat istikharah. Ustazah dalam tu cakap, kalau kita dah berdoa, buat solat istikharah n Allah temukan kita dgn seseorang, kita JANGAN asyik fikir:


"Wah, inilah takdir yang Allah tulis untukku, insan ini pasti sempurna buatku!"


INI SALAH. Sebab manusia tak sempurna...tak pernah perfect; mesti ada buat silap. Memang sesorang tu takdir untuk kita tapi pasti ada ujian dariNya yang masih menjadi rahsia Dia. Dan yang paling penting, setiap ujian mesti ada hikmah disebaliknya, cuma kita perlu bersabar dan fikir positif. Allah Maha Bijaksana dalam mengatur setiap sesuatu.. Dia Maha Mengetahui.

Now my diary sounds like a Tazkirah. Ok.

Apa endingnya?

Lom ending lagi...tapi aku selalu doa supaya ending kita semua bunyi camni:


"Dan mereka hidup bahagia bersama selamanya sampai ke syurga..." :)


Ameennnnnn......!

P/S: I LOVE YOU  ^3^




Related Posts with Thumbnails