Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Nov 4, 2011

L.O.V.E

Sometimes it last in love but sometimes it hurts, instead...

Wow! Meaningful sungguh lirik kat atas ni...tp memang betul pon!


Ok readers, Assalamualaikum korang...dah lama sgt aku tak tulis entry...so harini nak curi masa sket untuk blog aku yg dah makin sepi...huhu...

Bulan Oktober dah pon berlalu walaupon tersangat la lambat. Macam2 berlaku sepanjang Oktober. Semuanya pahit nak ditelan. Kalo korang tak caya sila la bertanya pada kengkawan aku kat TPC. Hohoho...

Korang sihat ke? Harap sihat la...topik kita harini tak la brapa nak serious tapi bleh tahan la...Pasal LOVE. Aku memang tak reti nak cerita pasal cinta n sayang ni tapi nak tulis jugak la.kihkihkih.

Saat aku betul2 jatuh cinta kat keje aku skrg, tiba2 dalam sekelip mata semuanya disentap oleh laupan yang 'meninggalkan' kitorang...sampai hati laupan...huhu..sedih tak terkata...tapi apa nak buat... cinta pada laupan (ehem2) pon dah makin ilang...sori laupan...sebab laupan tinggalkan saya, saya pon rasa nak lupakan laupan jugak. Perlu ke? Wawawa.


Kesedihan aku bertambah lagi bila kawan2 yang amat aku cinta nak blah...ngan sapelah pasni nak bergelak ketawa kan...huhu...baru ni jumpa sales girls/man yg dah selamat 'bye-bye' kat kitorang...walaupon jarang jumpa ngan diorang, siapalah TPC tanpa mereka. All their hard works disappear like dusts...........just like that!

Cinta aku ngan Jai pon dah berlalu pergi bulan Oktober...so tak cukup lagi ke nak cerita sedih pasal bulan Oktober? Isk3...

Ok la...skrg dah masuk waktu kerja...jom la kita sambung melangok dan mengular sebab tak de keje. Masih blur lagi dengan ape keje baru dengan laupan baru...sambil menanti bila dia nak cakap "Ok, esok awak dah takyah dtg keje."


P/S: Kadang2 hidup kene selfish baru boleh berjaya. Aku belajar ni dari seseorang yang pernah penting dalam hidup aku. Kihkihkih.

Saranghaeyo SuJu Oppa!


Bye!

Jun 25, 2011

Part 8: Lemas, Cinta dan Abah



Haish...jam dah pukul 2.40 pagi tapi nape aku tak boleh nak lelap mata ni? Geramnyer...cepat la tido...jangan pikir pasal ape yang Zack cakap tadi dah. Tido la wahai mata...tido la...

.......................

"Argghhhhh!!!!" kenapa aku masih pikir lagi? Kenapa suara Zack terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ni? Hu.

Aku rimas betul tak dapat tido camni. Ape kata g test berenang? Hihi.


Aku pegi kat lantai cermin tu…aku bukak cermin tu and turun tangga. Coolnya! Haha. Tapi pandai ke aku berenang? Zack cakap aku berenang kalau stress. Tapi…

*****

"Kali pertama kita jumpa masa kat Port Dickson. Kebetulan I pun tengah holiday masa tu. I jalan2 tepi pantai tapi tiba2 I dengar orang menjerit mintak tolong sebab ada orang lemas.

'Tolong...tolong...tolong...!!! Ada orang lemas!!!' 

camtu. Hihi. Masa tu la kita kenal. Hihi," cerita Zack penuh semangat. Siap gaya lagi. Muka dia berseri-seri pulak bercerita, pelik aku.

Aku cebik bibir. Nyampah. "Maksud U, I ke yang menjerit mintak tolong tu? Yela I kan tak reti berenang...I tau jerit jer...ha-ha-," ajukku balik.

“Eh tak lah. U la yang lemas. Yang jerit tu pakcik tua tak ada gigi. Kuang3…” eeiii dia ni suka sangat kenakan aku tau.

“U ni cerita la betul-betul…main2 pulak!” aku dah mula boring. Elok2 tadi aku nak dengar dia cerita, ni memain pulak.

“Betul la…mana ada I maen2…U lemas masa tu…so I selamatkan U. I ingat lagi masa tu petang 14 Februari 2008. Ramai couple kat PD tengok I bagi CPR kat U tau,”

Er ni p'puan wat CPR kat lelaki la plak

“What? U did CPR? U really saves my life?”

Zack dah buat muka poyos. “Wanna bet with me? Im an architect but I have St John cert. That’s how U fell in love with me. Hahaha…” 

Wah wah wah... bukan main bangga lagi mamat ni! Takkan senang2 je aku jatuh cinta? Ntah2 dia amek kesempatan je nak cium aku. Cis.

“Ah tipu la…I bukan senang2 jatuh cinta tau. Mesti I pegi PD dengan boyfren I kan…n when U did CPR, his heart was really broken and maybe that's why we broke up,” tiba2 aku rasa rindu kat Nick…

Kenapa kitorg putus sebenarnya? Atau kitorang cuma terputus hubungan? Aku mesti cari Nick!

Aku tengok Zack tiba2 terdiam. Muka dia yang berseri2 tadi, tiba2 malap.

“Zack, kenapa?”

“Nothing…”

“Common la. I can see thru your face! Why? What’s wrong?”

“U…U tak pernah cerita yang U ada boyfren sebelum ni… I ingat I yang pertama n terakhir…” suara Zack tersekat2.

Gulp. Adekah aku dah bocorkan rahsia yang tak patut Zack tau? Mati aku…mesti dia frust gila! Mesti kitorang sangat saling mencintai sampai aku tak pernah citer pasal Nick. 


OhEmGee…

Apa lagi yang aku rahsiakan kat dia ni??? Aku cakap aku pandai buat cheese cake ke? (Walhal sebenarnya aku pandai makan jer. Haha.).

“Err…sorry Zack… I tak tau kenapa I tak pernah cerita kat U tapi I yakin mesti I ada alasan yang kukuh,” wah ayat macam drama. Hihi. 

Aku ingat Zack boleh cerita apa dah jadi kat aku ngan Nick tapi nampaknya takde harapan la…kene tanya mak kot…takpun Laila…diorang mesti banyak simpan rahsia aku.

“It’s ok…”

“U tak nak cerita lagi ke?”

*****

Kaki aku dah naek kecut berendam dalam kolam renang ni. Nak terjun, takut lemas. Tapi geram jugak tengok kolam ni. Ada pelampung tak kat rumah ni? boya ker…wawawa.


Zack cakap kitorang bercinta lepas jumpa kat PD tu. Lepas sebulan kenal, kitorang plan nak kawin. 

Wow cepatnyer! Mesti kitorang sama2 tak sabar nak tuttt. Wawawa. 

Tapi family aku semua tak setuju terutamanya abah sebab Zack orang kaya…huhu… Abah cakap macam pipit dengan enggang!

Ok. Yang ni aku konpius. Patutnya abah suka la aku nak kawin ngan orang kaya…boleh abah tumpang senang, ye tak?

“Kita pernah plan nak kawin lari tau. Tapi sebab abah tak nak tanggung malu, kita wat majlis jugak tapi just nikah and kenduri biasa. I hormati keputusan your family walaupun I mampu nak tanggung semuanya…

Ni gambar search kat google

Patut la aku tak nampak gambar kawin kitorang…just nampak gambar nikah je. 2 pun time aku cium tangan dia. Huh. Tu je 1 gambar yang tergantung kat dalam bilik ni.

“…U had a big fight with your family when I helped to settle  your father’s debt. Since then U n ur family became estranged…

Agaknya sebab 2 la mak tak bagi aku jumpa abah…abah marah sangat kat aku n Zack…

“…Tapi U nekad nak minta maaf dengan family U baru2 ni… Sebab tu I buat rumah kat Melaka n tinggal sini. U nak dekat ngan family U. Mak U ok…dia selalu support U...”

Hmmm....beratnyer keluhan aku ni.

Aku tau abah memang banyak hutang…tak sangka sebab Zack bayarkan hutang, kitorang terus masam muka… N rumah ni Zack bina khas supaya aku dapat dekat dengan family…baiknya dia ni…tiba2 aku rase macam Laili ni dah jatuh cinta dengan Zack..hikhikihik.



Tiba2 tangan aku rase gatal nak SMS Zack. Lantak la kol 3 pagi pon. Hihi.

Aku: Zack, sorry ganggu...boleh tanya tak?
Zack: At this time? What?

Wah macam marah jer...

Aku: I pandai buat cheese cake x?
Zack: ??? Donno. Not sleep yet? Nak I temankan? :D

Cepat2 aku reply: 

Aku: NO! I mimpi makan cheese cake tadi. I tido sekarang. Thnx!

Haha. Nak terburai perut aku ketawa. Nasib dia jawab tak tau. Hihi. Rasa tenang sket nak tido... Gudnite u all!


Bersambung.... (^_^)

Jun 8, 2011

Part 7: Dah Ready ke Belum?


Zack cakap dari hospital nak ke rumah mewah kat MiTC ni tak la jauh sangat tapi sebab hantar mak kat Kampung Motern tadi, kira kene pusing jugak la. Zack memang ramah n senyuman dia betul2 buat aku cair. Agaknya sebab tu la aku jatuh cinta n kawin dengan dia kot. Heh.


Bumi Melaka ni tak la asing sangat ngan hidup aku…tanah yang mak duduk sekarang pun tanah pusaka arwah nenek aku. Tapi dah lama sangat tak balik sini…last sekali balik masa aku darjah 5 kot, masa arwah nenek aku meninggal (--')

Tadi masa hantar mak, aku nak turun jumpa abah n adik2 tapi mak tak bagi. Mak tak tau ke aku rindu sangat kat diorang??? Huhu. Mintak nombor tepon rumah pon mak tak bagi. Adekah adik aku dah jadi artis terkenal? Agaknyer dia masuk AF kot...skrg AF brapa dah ek??? Aznil Nawawi idop lagi tak? Aishh..apa aku pikir ni? Hoho...

“U pikir ape tu?” soal Zack tiba2. Semua awan-awan berangan dalam kepala otak aku ilang. Hihihi.
“Cantik la rumah U, I kagum sangat! Memang U beli camni ke? Banyak cermin jadi nampak luas sangat. I suka tau!” Eh tu aku ke dalam cermin tu? Cantiknye…hihi…rasa tak puas je nak tengok diri sendiri dalam cermin! Tak boleh blah puji diri sendiri. kihkihkih....



“Hm…maybe I should explain from A to Z. Jom I tunjuk bilik kita. Mesti U dah lupa kan,”

Bilik kita? Huahuahua…mcam kelakar je bunyinye. Camne aku nak cakap aku nak tido sorang2??? Tak sampai hatinye! Kihkihkih.

Dalam aku kata tak nak, aku ikot jugak pegi rumah ni. Sekarang ni plak, kaki aku elok je melangkah masuk bilik kitorang. In fact, aku macam best je guna I-U ngan Zack. Wawawa.

Melangkah je masuk bilik ni, mata aku dah tepegun tengok lantai kaca bilik ni yang bleh nampak kolam renang kat bawah. WOW! Rumah ni ada bahagian bawah tanah la! Aku macam nak melompat kegumbiraan jer! Hahaha...aku macam nak gila dah ni...tolong la seseorang tempeleng kepala aku n cakap aku tengah mimpi jer...



“U suka berenang kalo U tension,” tiba2 Zack bersuara lagi bila tengok aku macam orang jakun je.
“Berenang? I tau berenang ke?" 
“Mesti la U tau…” jawab Zack sambil aku follow dia dok kat tepi katil.


Aku pejam mata rapat2. Cepat la ingatan…datang balik kat dalam kepala otak aku ni!!! Nape aku tak ingat apa2 pasal bilik ni? Pasal katil jati yang empuk sangat2 ni???

“Honey U tak ingat apa2 pasal bilik ni?” tanya Zack. Aku geleng. Huh. Letihnya macam ni…life best camni takkan aku tak bleh ingat langsung??

 Zack dah duduk rapat sebelah aku. Rapat sangat2. Huhu… meremangnyer bulu tengkuk aku ni. Hihi. Agaknye macam mana la malam pertama aku ngan Zack kan? Eh. Apa aku pikir ni...stop...jgn pikir bukan2...

“Honey... U dah ready?” soal Zack lembut je tepi telinga aku... 

Ready? Ape maksud dia ready? Takkan la…heh heh heh... 

Ye Zack... I dah ready untuk apa saja... 


Eh. Cop cop cop!

Ni tak leh jadi ni.

“Sorry Zack…U pun tau kan I tak ingat apa2…I memang tak ready apa2. Lebih2 lagi er…pasal… hubungan suami isteri ni,” jawab aku gagap2. Nervous nyer! Camne kalo dia terus tolak aku baring atas katil nih? Engsot jauh sket la. Takutnye…huhu…

“What? Hahahahaha!!! U ingat I nak tanya U ready untuk itu ke?”  Aku tengok Zack dah tekan perut gelak kuat2. “U are so funny, honey. Ni la yang buat I makin sayang kat U tau! Muah!” satu kiss hinggap kat dahi aku. Yucks!

“Err…habis tu u tanya I ready ape?” blurnya kepala otak aku ni…takkan aku salah pikir plak? “Yela…U dah ready ke belum nak dengar I nak crita kat U tentang life kita…kan U tak ingat apa2? Hihihi…kelakar la U ni…tu la banyak berangan lagi...”

La… buat suspen jer...malunyer! Ok wat muka siyes. “Ehem. La yeke…ok crita la,” sebenarnya merah padam muka aku tahan malu.huhu. Tapi mata n telinga aku dah terbuntang luas nak dengar cerita Zack ni. Aku dok rapat balik kat sebelah kiri dia.

“Ok…come here.” Zack tarik nafas dalam2 sambil genggam tangan kanan aku n letak atas peha kiri dia. Hmm dia ni macam amek kesempatan je! Tapi aku macam penah rasa genggaman tangan ni... mungkin ke ingatan aku dah kembali? Mungkin kah...  ---

Errr...mungkin tak. Tadi dia genggam tangan aku masa bawak aku masuk bilik ni. Ok, fine.

“Kita mula dengan macam mana kita kenal ye.”



Ooops sorry..bersambung lagi...



Related Posts with Thumbnails