Showing posts with label Novelog. Show all posts
Showing posts with label Novelog. Show all posts

Feb 20, 2013

Part 26: Kaktus Jepun



Nasib baik la Ida ni best friend aku.. kalau tak, tak kuasa aku nak dengar dia membebel.




“Kalau nak diikutkan hati, memang dah lama aku tetak 18 si Zack tuh. Nasib baik aku waras lagi,” marah Ida lepas dengar cerita pasal aku bercerai ngan Zack.

Aku telan air liur. “Kau ni… lepas kawin makin bertambah ganas pulak ek? Hehe. Rilek la… aku pon takde rasa pape..memang la sakit hati, tapi dah jodoh tak panjang, nak wat camne?” jawabku.

Semalam kenduri kawen Ida tapi aku tak dpt datang sebab kena pergi Singapore untuk marketing design kain sutera baru. So harini aku datang la tolong Ida kemas rumah. Yela, dah la tak datang kenduri, takkan nak buat tak tau je pulak kan? Kata kawan baik.

Aku sebenarnya tak nak citer dah pasal kes cerai aku ngan Zack… dah sebulan lebih kot settle. Tapi kesian pulak kat Ida. Dia je yang belum dengar hal ni dari mulut aku sendiri… jadi terpaksalah aku citer. Huhu.

Jam dah pukul 4.00 petang. “Ida, dari kol 11 tadi aku dok sini tapi aku tak nampak pon husband kau?” soalku.

“Oh. Dia dah balik Perak la lepas kenduri semalam… ada emergency. Minggu depan masa kenduri kat belah lelaki baru aku jumpa dia balik,” jawab Ida selamba.

“Eh, cuti kawen pon kena keje ke?”

“Tu la pasal… tapi nak wat cmne, dah jadi doctor terpaksa la…huhu..” terang Ida.

O… doctor rupanya. Untung la kawen ngan doctor… agak2 comel macam Joong Ki dalam Innocent Man, tak? Hehe. Suka hati aku je. Ngeh3...





“Wei ape ko pikir tu?” sergah Ida. Terkejut aku dibuatnya.

“Hehe. Takde pape,” dalihku.

“Kau dok rumah Zack ke rumah Hajar sekarang?” soal Ida sambil ulur pinggan yang dah siap lap.

Aku amek pinggan tu n susun bertindih dalam almari. “Aku dok rumah Hajar… tapi aku rasa nak pindah keluar la. Company aku pon dah stabil skrg, aku ingat nak amek Hajar n Zura jadi partner Mimosa Silk.”

“Wahhhh… bagusnya! Bagus jugak ko amek diorang, sorang pakar finance, sorang pakar computer. Tak yah ko susah2 cari orang nak handle semua tu,” jawab Ida excited lepas dengar idea aku.

“Betul2. Ko tak nak keje ngan aku?”

Ida terdiam sekejap. “Er.. bukan tak nak, tapi takpe la. Aku dah selesa keje kerajaan sekarang ni,” jawab Ida teragak2.

Aku senyum je. “Aku tau… sbb tu aku tak tanya ko pon… Sape nak benti kalo dah keje kerajaan kan?” Kitorang terus berbual sambil susun pinggan mangkuk dalam almari.

Kalau la aku tak hilang ingatan, mesti aku dapat control company dengan jayanya… tapi tu la masalahnya, aku kena mula dari zero balik. Memang susah. Tapi nasib baik pekerja semua boleh diharap.

Aku yakin aku & Mimosa Silk akan berjaya nanti. Hwaiting!




“Laili!!! Baru aku teringat! Tapi Adam tak kasi aku cakap sebenarnya ni...” Nak gugur jantung aku tiba2 je Ida tepuk peha aku.

“Ish kau ni, nasib baik aku takde sakit jantung tau. Kenapa dengan Adam?” soalku.

Ida garu2 kepala dia. “Macam mana nak cakap ek…hmm… Actually kan, Adam selalu jugak mesej aku… dia selalu tanya pasal kau. Tapi kan, semalam dia cakap kat aku, esok dia nak pergi Jepun. Dia nak kerja kat sana…”

“Kerja kat sana???!” bulat mata aku nak pastikan aku tak salah dengar. Ida angguk laju.

“Dia cakap macam tu la… dia tak kasi bagi tau kau… em.. korang dah lama tak contact ek?”

Aku ketap bibir. “A’ah… memang dah lama tak contact.  Aku pun tak ingat bila last aku contact dia… huhu…”

“Kau tak sedih ke kalau kau tak dapat jumpa dia lagi?” soalan Ida buat aku blur kejap.

Aku tak tau apa dalam hati aku pikir… “Hm.. tak kot… dah dia tak nak aku tau, watpe aku nak pegi cari dia lagi,”

“Kau ni sengal la… mesti la dia nak kau tau yang dia nak pegi Jepun… kalau tak, watpe dia bagi tau aku? Aku rasa la, dia nak kau cari dia kat airport esok,” terang Ida.

Kuang asam betul cakap aku sengal.cis. “Ah takde maknenye dia nak soh aku cari dia. Biarla. Wei aku nak balik la… Aku nak pergi tengok rumah aku kat Bukit Raja, nak kemas apa yang patut,” memang patut aku balik ni… dah nak patah pinggang aku basuh pinggan mangkuk tadi. Hohoho...

******



‘Home Sweet Home’.

Aku baca papan tanda yang tergantung kat luar pintu rumah. Serta merta aku teringat waktu kali pertama aku sampai rumah ni dulu. Masa tu Adam yang bawak aku ke sini. Hmm…honestly, aku rindu Adam… aku rasa bahagia kalau dia ada dekat ngan aku....

Stop. Kenapa nak fikir pasal Adam yang nak tinggalkan aku tu?

Tinggalkan aku? Laili, jangan nak perasan. Dia nak tinggalkan Malaysia, bukan kau sorang je.

Okayyyy... sila berhenti mengomel sorang2.

Baru aku nak labuhkan punggung atas sofa, tiba2 tepon aku berdering. Private number yang call in. “Hello?” jawabku berdebar-debar. Mintak2 la Adam yang call.

“Hello Laili. It’s me, Zack,” jawab satu suara yang amat aku kenal dari hujung sebelah sana. Haish. Kenapa Zack yang call?

“Yup Zack. How can I help u?” Soalku. Budget sombong sikit.

“Oh. I just wanna remind you about a payment…”

“Payment? Payment apa?” soalku dengan nada pelik.

“Kolam renang bawah tanah rumah kita tu… I mean rumah u skrg. The payment hasn't settle yet… so, can u make it quick? Coz I don’t like keeping my friend waiting for a small payment,” terang Zack dengan nada selamba ayam dia.

Dahi aku mula berkerut. “What do you mean hasn't settle yet?”

“That swimming pool was the last part of the house. That time, Nick – kawan I yang juga the contractor masa tu dia ckp kita boleh buat payment lepas siap interior design. Now, since rumah tu sekarang atas nama u - -”

“Ok2 make it short. Berapa semua yang belum settle?” Grrr… Zack ni buat aku panas je la. Ni pun nak berkira ke???!


Dari dalam tepon aku dengar Zack selak2 kertas. “It was... forty thousands ringgit only,”

“What? Is that ‘SMALL’? Gosh! Never mind, I’ll settle it!” terus aku matikan telefon. Bagi dia RM40,000 memang la sikit. Tapi bagi aku? Grrrr~~!!! 

Kenapa mahal sangat kolam renang tu? Beli kolam plastik dah la. Zack ni betul2 gila lah! Tak habis-habis nak cari pasal ngan aku! 

Belum sempat hilang marah, 1 sms masuk tepon aku.

Zack: Why so hurry? 40k is exclusive interest. Grand total is 48k. U can settle it soon rite? By the end of this week?

Aku: No worries! Damn u!

Aku hempas telefon kat atas sofa. Marahnya!!!!!




Jam dah pukul 8.30 malam. Bukan badan je letih, tapi aku rasa kepala otak aku pun dah kerja overtime harini. If only I know how to curse, dah berbakul2 agaknya Zack kena sumpah!

Bila masuk bilik, mata aku terpandang gitar yang Adam cakap milik aku kat tepi katil. Aku capai gitar tu, duduk kat birai katil n cuba petik talinya satu per satu ala ala Ana Rafali. Tapi bunyi yang aku petik tak sama dengan bunyi yang aku bayangkan. Ha-ha-ha. Gelak sorang2. Ok give up on playing guitar.

Kalau Adam ada, mesti dia boleh ajar aku balik mcm mana nak main gitar…

Adam. Adam Adam. Kenapa aku asyik teringat kat dia? Esok dia nak pegi Jepun dah.. perlu ke aku cari dia kat airport? Tapi mak aku pernah cakap dulu, perigi tak boleh cari timba. Kalau dia nak jumpa aku, mesti dia sms aku, kan?

Hmmmm…..

Fikiran aku rasa tenang sikit bila kenangkan Adam. Serabut kalau pikir pasal Zack. Aku jalan ke beranda n perhatikan anak2 kaktus yang comel2 kat beranda tu. Aku capai 1 anak kaktus warna pink yang paling kecik antara banyak2 tu.




Aku bercakap dengan ‘Asuka-chan’ (ok aku namakan dia Asuka-chan sbb bila aku tengok dia warna pink, aku teringat bunga sakura kat Jepun. Eh tak tak tak. To be honest, aku teringat kat Adam yang nak pegi Jepun esok) sambil usap duri-duri tajam 'dia'.

“U must be my baby… the youngest one, rite? U so cute… I really wish u can tell me how ‘we’ met... Oh! Asuka-chan, awak mesti tahu mcm mana hubungan saya dengan Adam kan? Betul ke kitorg-- OUCH!!!” Serta merta pokok kaktus pink tu jatuh ke lantai. Jari telunjuk tangan kanan aku terasa bisa.

“Ah…. Kuang asam punya Asuka-chan! Ko cucuk jari aku?” Darah mula menitik-nitik. Bisanya!!! Cepat2 aku pergi ke sinki nak basuh.

Tengah aku basuh, tiba-tiba kepala aku berdenyut2. Aku tutup air paip sinki n pejam mata rapat2. Aku dapat memory flashback!!! Berputar2!

“Ahh..” Aku paut tangan kiri aku kat sinki sbb aku rasa nak rebah. Dalam flashback, aku nampak aku dengan Adam...

... kitorang duduk atas bangku ... depan kitorang ada unggun api ...

“Argh!” Sakit kepala aku makin kuat.

... aku main gitar ... tiba-tiba Adam hadiahkan aku sesuatu…hadiah tu ... Asuka-chan?

“ARGHH!” Sakitnya kepala aku! Macam kena ketuk dengan batu! 

Aku genggam rambut aku sekuat hati guna tangan kanan yang tercucuk duri tadi. Dah tak rasa bisa dah. Flashback terus-menerus menerjah.

... jari telunjuk aku tercucuk duri Asuk-chan... Adam genggam jari aku kuat2, lap darah kat tisu... hisap jari aku untuk hentikan darah...

Aku mula terhuyung-hayang. “SHIT!” Sumpahku bila aku tertolak pasu bunga berisi ros atas meja makan. Pasu tu jatuh pecah berderai atas lantai. Pandangan aku jadi kabur… bayangan memori aku yang hilang sebelum ni makin jelas.

... aku nampak muka Adam dekat sangat dengan muka aku ... mata Adam redup pandang mata aku ...

Kaki aku mulai longlai… aku terduduk tepi cabinet dapur bila nampak bayangan seterusnya…

... Adam nak cium aku ...

Tanpa sempat aku nampak flashback tu betul2, pandangan aku gelap & aku terus tak sedarkan diri -_-

Adam cium aku ke??? We kissed??? For real???!





Bersambung....  ^__^





Apr 25, 2012

Part 25: A Complete Mess!




“Afternoon Mam.” 

Sorang2 pekerja tegur aku bila aku lalu depan diorang. Tapi aku wat bodoh je. Walaupun kaki aku menggigil tak larat nak berjalan, aku kena cari Zack.

Kalau la aku dapat cakap kat Zack yang aku nak terima dia, mesti dia happy n demam aku pun mesti terus baik. Lagi pun dah lama Zack cakap nak mulakan hidup baru ngan aku. Aku rasa hari ni la hari yang paling sesuai! Pastu boleh kitorang pegi makan sama2 kan? Perut aku pun dah lapar ni.

“Haitchum!” Strettt…adoi…panasnye mata n hidung aku sekarang ni. Huhu. Jauhnya bilik Zack ni…

On the way aku nak pegi bilik Zack, aku lalu sebelah bilik Maria n aku dengar suara Zack n Maria tengah bertekak dari dalam. Bunyi macam serius je. Huhu. Nak masuk ke tak nak ni? Huhu.

“Dia tak cintakan I!” terkejut aku dengar suara Zack meninggi.

“So? You nak I tinggalkan Fikri n balik kat you? No way! I baru nak bahagia, kenapa you tiba2 jadi macam orang gila ni?!” giliran Maria pulak memekik.

Diorang ni cakap pasal hubungan diorang ke? Bukan ke aritu beria-ia cakap dah tak ada pape???



“Hei, listen here. I suruh you tunggu kan? Tapi kenapa you kawin dengan Fikri?”

Maria mendungus. “I tak sanggup tengok you terus buat Lili macam boneka you!”

“Atau you dah tak percayakan I lagi?” Potong Zack melulu.

“Come on, Zack. Cerita ni dah berbulan2 berlalu. Wake up! Kita dah ada life masing2!” jawab Maria cuba mengelak.

“Maria, please. I masih cintakan you. I dah cuba terima Lily tapi hati I pada you. Even kalau I pandang muka dia, I terbayangkan muka you,”

“What a nonsense, Zack! Stop being ridiculous!"

Ha? Terbayang muka Maria bila pandang aku? Zack, sampai hati kau… Selama ni kau berpura2 ke depan aku???


Kepala aku rasa menggelegak panas. Jantung aku rasa nak meletup. Tiba2 dunia aku jadi gelap ----

******



“Adam…Zack tipu saya…” pipi aku terasa panas dengan air mata menitis satu persatu.

“Honey, are you ok?” soal satu suara dekat sangat dengan muka aku. Aku paksa angkat kelopak mata yang berat sangat ni. Fikiran aku ligat pikir balik apa yang dah jadi tadi. Aku kat mana ni? Mana Adam?

“Puan, minum air ni. Puan ini demam panas, tadi puan pitam di kantor,” terdengar pulak suara bibik. Aku kat rumah la ni kot…pengsan kat ofis?

Bila aku bukak mata, terus aku terpandang muka Zack yang tak terurus. Dengan jambang tak bercukur...rambut kusut masai... selekeh! Aku cuba bangun n sandar kat kepala katil. Badan aku terasa lemah sangat. Katil yang empuk ni pun aku rasa tak selesa. Aku mimpi mengadu kat Adam ke tadi? Hmm...asal sedih je teringat kat Adam...hohoho...


Eh? Ada jarum tercucuk kat atas lengan tangan kanan aku la. Pastu siap ada sebotol air tergantung kat belah kanan katil. Adoi... mesti masuk air ni.

"Bik, sekarang jam berapa?" soalku sambil buat tak tau kat Zack. Oh! Aku dah ingat! Aku dengar Zack ngan Maria bergadoh...huhu... Lupakan je lah pasal nak soh Zack amek Farid keje ngan dia. Ape lagi pasal nak mulakan hidup baru. Takde maknanya!

"Jam 8.45 malam, puan. Saya ada buat bubur ni, puan makan ya? Jangan lupa makan ubat," pesan bibik sebelum keluar dari bilik. Aku angguk n cuba senyum tanda terima kasih tapi dapat senyum sikit je.



Beberapa saat bilik tidur aku terasa janggal. Aku senyap, Zack pun senyap. Apa lagi yang dia nak kat sini? Berambuslah! Benci! Dasar hipokrit!


"Lily, I'm so sorry..." tiba2 Zack bersuara. Kepala dia betul2 tunduk n langsung tak pandang aku. Cuma tangan dia masih pegang tangan kiri aku kuat sangat2.



Aku diam. Ape aku nak jawab ni?



"Apa yang you dengar kat ofis siang tadi...semuanya betul...tapi... I tak sangka you akan dengar semua tu..." sambung Zack. So what kalau aku tak dengar? Kenapa mesti nak berpura2?!


Pelan2 aku tarik tangan kiri aku dari genggaman dia. "Zack, I dah letih dipermainkan macam ni... Ingatan I belum pulih n you kusutkan lagi keadaan. I rasa..." tiba2 dada aku rasa sebak. Tapi aku kena cakap jugak. Huhu. "I rasa, baik kita berpisah..." air mata aku menitis perlahan. Zack nampak tenang. Betul ke keputusan aku ni???

"Honey, honestly--"



"I dah penat Zack," pintasku.


Zack mengeluh berat. "Hmm.... I pon rasa perkara yang sama... lets...lets just break up..."


"Ha?" Terbuntang jugak la mata aku dengar Zack cakap cmni. Aku ingat dia nak mintak maaf n tak nak tamatkan kahwin kontrak kitorg ni! I'm so being fooled!

"Tapi you jangan risau, ok? Rumah ni, kereta, company n apa2 yang I bagi kat you, semua milik you n I takkan mintak balik," sambung Zack. 
Dia masih ingat aku fikir pasal harta ke???! "I'm truly sorry... I messed up your life. If you wanna kill me right now, I know you have a very concrete reason,"



"Hell yeah. I.really.wanna.kill.you.right.away!" Jawab aku sambil ketap gigi menahan geram. Dia ingat dia punya sorry tu boleh kembalikan hidup aku yang dia dah huru-harakan ke?!


"Sorry?" Zack blur sebab tak paham aku mengarut apa.


"Nothing. Ok, fine. We made a good decision then. Zack, could you leave me alone, please," Jawabku berdalih. Aku baring, tarik selimut n terus paling dari Zack. Tak nak aku pandang muka mamat ni lagi! Benci!!!!


Zack macam teragak2 tapi dia bangun jugak. Pelan2 Zack keluar n aku perhatikan je pintu bilik tertutup rapat. Tiba2 mata aku terasa panas. Tekak aku sempit. Yes, I'm crying. Bukan sebab ape yang Zack buat kat aku, tapi.... dah bersedia ke aku nak bergelar widow? NOOOO!!!!!








Bersambung....



Jan 20, 2012

Part 24: Berenang Sepuasnya!



Aku tak sangka dah dekat seminggu aku dok kat kampung. Aku ingat lagi masa mula2 aku melangkah masuk, rumah ni jadi senyap sunyi macam ada malaikat maut lalu. 

Tapi lepas je aku salam abah n abah mengalir air mata, terus suasana berubah. Aku peluk abah kuat sangat…walaupun aku tak faham keadaan sebenar dua tahun dulu, tapi aku rasa biarla semuanya berlalu.

Laila cakap abah dah selalu sakit2 sejak akhir2 ni… Farid pulak jarang2 tepon rumah. Aku tengok muka mak berseri-seri sangat sepanjang aku kat rumah ni. Tiap2 hari masak lauk sedap2. Seriously aku rindu giler kat suasana macam ni!

“Abah ni umur dah tak panjang…abah tau abah banyak salah dengan kau…abah mintak maaf…” ucap abah masa aku dok ngan abah kat luar rumah petang tadi. Mata aku mula berkaca. Tak pernah2 abah cakap macam ni ngan aku. Huhu.

“Abah benda lama jangan la ingat lagi…Li pon tak ingat pape dah pasal semua tu…” jawabku sambil genggam tangan abah.

Anak mata abah merenung jauh ke depan. Mesti terlalu banyak yang abah tengah fikir. “Farid sampai sekarang benci abah sebab gunakan kau nak bayar hutang. Aku ni bukan ayah yang baik…kau nanti ada anak kau didik la elok2," kata-kata abah terhenti seketika.

"Aku tau sampai sekarang kau dengan Zack hidup tak bahagia…tapi kalau kau dapat maafkan abah, terima Zack sebagai suami kau, abah rasa abah boleh pegi dengan tenang…” sambung abah lagi.

Aku jadi sayu dengar suara abah. “Abah tak yah la cakap bukan2…” jawabku. “Li cuba mula hidup baru dengan Zack demi abah…abah jangan risau ye,” pujukku. Abah senyum.

Aku happy sangat2 tengok abah senyum. Aku tak tau macam mana marahnya aku kat abah dulu, tapi ni la hikmahnya aku hilang ingatan. Walau macam mana pun abah buat kat aku, abah tetap abah aku kan

Maknanya aku kena la lupakan peristiwa kena marah dengan Zack kat opis haritu…lupakan Adam…n start a new life!

Tiba2 mata aku terpaku kat seseorang kat pagar rumah. Lepas beberapa saat baru aku dapat cam yang tu Farid. Dia macam teragak2 nak masuk, mungkin sebab dia nampak aku kot.

“Farid!!!” Jeritku. Farid masih lagi tercegat. Lepas aku lambai2 soh dia masuk baru la dia mula melangkah pelan2.


Aku ulur tangan kalau2 Farid nak salam aku. Nasib baik dia sambut tapi acuh tak acuh je. Dia wat tak nampak je abah kat sebelah aku. Hampeh betol. 

“Ape mimpi kau balik ni? Dah bercerai ngan Zack ke? Akhirnye pandai jugak kau guna otak ek,” kasar betul ayat budak ni. Macam ni ke cara adik jumpa kakak? Huh.

Belum sempat aku jawab, mak dah memekik kat belakang. “Kau hormat sikit kakak kau tu! Tak habis2 suruh kakak kau bercerai. Kau tu yang ape mimpi balik sini? Dekat tiga bulan tak dengar khabar berita, telepon lagi la, haram!” Hambek kau kena sound. Kekeke.

“Bising la mak ni. Orang penat la,” jawab Farid.

“Pandai pulak cakap aku bising? Anak bertuah. Ni tengah2 minggu balik ni, kau tak keje?” soal mak lagi. Aku ni nak tergelak pon ada. Tak tau nape…dah lama tak tengok mak n anak bergadoh kot. Hehe.

“Orang dah benti la…” jawab Farid n terus masuk bilik dia.

Dah benti? Dia keje ape kat JB pon aku tak tau, ni dah benti pulak? Mak sambung lagi membebel sampai aku sendiri tak larat nak dengar. Ni la kehebatan mak, bising sampai pagi pon takpe. Hehe. Tapi bila aku pandang abah, aku tengok abah tengah termenung lagi. Aish…

“Abah menung ape lagi ni?” soalku.

“Hm…” berat keluhan abah. “Kat pejabat kau ada keje kosong? Kalau ada, kau bagi la kat Farid tu,” sambung abah.

“Li pun tak tau bah. Li bukan biasa lagi kat sana… tapi nanti Li cuba tanya Zack,” jawabku.

Nak tanya Zack ni yang lemah ni…dah la susah nak jumpa dia, aku pulak baru lepas cari pasal kat opis. Huhu. Boleh ke dia bagi Farid keje?

“Zack tu bagus…dia tak pernah kedekut duit. Farid tu benci Zack tapi dia tak tau belanja rumah ni Zack hulur tiap2 bulan. Masa dia kene lokap sebab bergadoh dulu, Zack yang tebal muka pegi jamin dia. Dia asyik pikir Zack jahat, buat kau merana. Dia cakap abah gunakan kau, tapi dia tak pikir Zack pun terpaksa ikut kehendak arwah ayah dia,” cerita abah panjang lebar.

Aku terdiam. Sayang jugak Farid kat aku ek. Tapi abah ni sanjung sangat ngan Zack ni nak soh aku terima dia ke? 

Hm…terima tak terima, dia laki aku jugak. Daripada aku kawen ngan Nick dulu, Zack lagi baik kot. Cuma masalah dia ni tak reti nak rehat dari bekerja. N langsung tak peduli kat aku. Aku pun tak tau dia betul sayang n cinta kat aku ke tak. Huhu.

********


Mana Zack ni? Huhu. Dah kol 12.30 pagi ni takkan dia kat Klang lagi kot? Huhu. Elok2 aku berbunga2 hati nak balik rumah nak jumpa dia, ni dah takde mood dah sebab tunggu lama sangat. Huhu. 

Baru aku ingat nak slow talk ngan dia…nak bincang baik2…pastu nak tanya boleh tak dia amek Farid keje ngan dia? Tapi ni bayang pon takde.

Aku teringat lagi suasana makan malam kat rumah tadi. Makan malam yang paling indah sebab dapat makan satu family. Mak, abah, Laila n Farid…ntah berapa lama agaknya mak abah tak rasa hepi macam tadi. Tiba2 aku rasa semua masalah dah selesai. Yuhuuu!!!

Farid n abah dah ok…lagi tambah ok bila aku cakap aku nak tolong dia cari keje kat tempat aku. Aku tau selama ni dia memberontak sebab kesian kat aku…tapi bila dia tengok aku dah maafkan abah, takkan dia nak lebih2 pulak kan? Cuma dia kena belajar terima Zack sebab aku pun dah nekad nak terima Zack dalam hidup aku demi nak tengok abah hepi (^__^)

… … … 

Arghh…boringnya! Mata tak nak lelap pulak ni sebab excited sangat nak jumpa Zack. Tengok kolam kat bawah katil ni rasa nak berenang je…boleh ke aku berenang? Try je la!

Pelan2 aku masuk kolam n jalan sambil berpaut kat tebing. Hohoho…sejuknye… Aku berjaya apungkan diri tapi takut sangat nak lepaskan tangan dari tebing ni. Huhu. Kalau aku lemas lagi cmne? Ish. Tak kot…

Laili berani sikit lepas tangan pelan2…

Ok try terapung tengah2 dulu…slow…slow…slow…tolak badan sikit.

Relax…relax…huhu…beranikan diri… Erm? Aku betul terapung la!

Kuak sikit. Erm? Aku bergerak la! Aku berenang ke ni? Aku berenang la! Yeay!!! Betul la Zack cakap aku pandai berenang! Wawawawa….suka nya! Lalala~~~

Ni maksudnya aku dah dapat memori cara berenang ke???! Great!!! Lalala~~~ berenang Laili…berenang sepuasnya!!!



******

Haitchum! Haitchum! Srettt… Haitchum! Huhuhu…sakitnya kepala…panas gila badan aku ni. Huhu.

“Puan kan demam panas…usah kerja ya…nanti bibik bagi tau Tuan suruh balik segera,” kata bibik kat aku bila tengok aku dah siap nak keluar.

Takleh2… aku kena jumpa Zack harini jugak! Terkejut beruk aku tengok jam dah kol 10 masa bangun tadi. Tu la syok sangat berenang sampai kol 3 pagi. Huhu.

“Takpe bik. Saya jumpa Tuan kat ofis je. Saya ok, jangan risau ok,” jawabku membiarkan muka bibik berkerut2 risau. Ok lagi ni…boleh jalan lagi. Harap2 Zack ada kat ofis Melaka ni.

Sampai je kat ofis Zack, terus aku tanya receptionist kat situ. N malangnya dah seminggu Zack tak masuk ofis. Huhu.

“Awak try call ofis I kat Klang. Tanya staff kat sana Zack ada sana tak?” arahku pada receptionist tu. Cepat2 da call. Mungkin Zack sibuk settle pasal Shiela n Linda kat sana kot…aku plak tak masuk ofis. Kesian Zack. Huhu.

“Puan, En. Zack ada kat sana. Puan nak cakap dengan En. Zack ke?” soal receptionist tadi.

“Eh takpe2. Saya terus ke sana je la,” jawabku.

“Ok,” balas receptionist n letak telefon. “Tapi muka Puan pucat sangat, Puan tak sihat ke?” soalnya.

Cepat2 aku belek muka kat cermin compact powder aku. “Yeke? Saya ok…just tak sempat make up. Thanks.”

Pucat sangat ke? Tapi seriously kepala aku rasa nak meletup, mata n mulut aku rasa panas sangat…huhu… Kuatkan badan, Laili. Melaka-Klang dua jam je pon. Aku tengok jam kol 12 tengahari. Maknanya kol 2 leh sampai kot.

Zack, wait for me!!!



Bersambung lagi...hihihi...


Jan 12, 2012

Part 23: Boleh Kita Berkenalan?




“Kenapa Zack tu teruk sangat?” Marah Zura berapi-api. “E…kalau la aku ada masa tu, dah lama dia kene hentam ngan aku tau. Kau la tak reti menjawab…lain kali belajar ngan kitorang. Habis tu si Shiela ngan Linda tu keje lagi la kat ofis kau?”

“Diorang taknak keje… konon2 malu la, siap mintak pampasan. Huh. Pastu Zack bising lagi la kat aku. Tapi aku buat pekak je…masuk telinga kiri, kuar telinga kanan. Ah biar je la,” jawabku dengan nada mendatar.

“Ida mana? Sejak aku dok sini dia tak pernah datang pon?” soalku nak alih tajuk. Cepat2 aku sumbat megi kari dalam mulut aku. Makan malam ngan megi je…orang bujang la katakan. Kihkihkih.

“Dia memang jarang datang sini…lagi2 dah nak kawin ni, sibuk pegi beli barang la,” jawab Hajar yang ikot cedok kuah megi aku. Nak tersedak aku dengar Ida nak kawin dah.

“Ida nak kawin dah? Bila???”

Zura n Hajar saling berpandangan. “Kau tak tau ke?” soal Zura. Aku geleng laju.

“Dia belum nak bagi tau kot…hujung bulan ni dia nikah. Lepas seminggu baru sanding. Kawin ngan budak kampong dia jugak. Ala tunggu je la, mesti dia bagi kad nanti sebab dia lom edar kad lagi,” jawab Hajar panjang lebar. Takut aku terasa kot.

“O…” aku angguk pelan n dalam kepala aku terpikir kalau la aku tak kawin lagi mesti best kan. Tah macam mana la perasaan nak kawin…sikit pon aku tak ingat. Ruginya!

“Oi makcik,” tegur Zura sambil sigung tangan aku. “Berangan la tu. Tu mesej masuk tu,” Zura juih bibir kat tepon aku. Cepat2 aku baca mesej.


Adam Psycho: Awak, boleh jumpa tak malam ni?

Aku: Em…boleh kot…katne?

Adam Psycho: Saya kat depan rumah Hajar ni. Hehe.

Pon! Pon! Erk cam bunyi hon kereta 60an je. Haha. Ape la Adam ni…bagi je la salam.

“Sape tu?” soal Zura. Cepat je dia bangun bukak pintu.

“Adam…tak tau la dia nak ape,” jawabku. Aku tengok dia dah tercegat depan pagar. Zura n Hajar sama sibuk meninjau.

*********

“Wow! Beraninya awak ni! Kagum saya! Lili yang saya kenal dulu sangat tegas, tapi tak la sampai amek tindakan berani macam ni,” puji Adam. Puji ke?

Lepas 3 hari akhirnya aku jumpa jugak Adam n kali ni kitorang jalan2 kat kat i-City. Macam biasa la, dia ni cepat je dapat berita yang berkaitan ngan aku. Lampu2 kat i-City ni memang cantik n ramai sangat orang dari serata tempat. Tapi first time kot aku datang sini. Hehe.

Aku toleh pandang Adam. “Saya pernah cerita kat awak ke pasal Shiela n Linda?” aku cuba teka dari reaksi dia tadi.

Adam senyum meleret. “Awak, cuba awak tanya apa2 je berkaitan diri awak kat saya, saya yakin saya tau, termasuklah pasal dua orang minah senget tu,”

Aku tercengang. Perkataan ‘minah senget’ tu aku yang selalu guna rasanya. “Apa yang awak tau?” pancing aku.


“Pasal apa yang awak cerita tadi tu la. Awak dah tau lama dah pasal Shiela tu tapi awak takde bukti, sebab tu awak tak dapat pecat dia. N yang paling penting awak tak pernah minum air yang dia bagi kat awak sebab awak tau staf semua tak suka kat awak.

“Tapi tak sangka akhirnya awak berjaya jugak pecat dia. Patut la Zack berangin je petang tadi…hehehe…” cerita Adam menjawab teka-teki aku.

“Fuh…nasib baik saya tak pernah minum,” aku tarik nafas lega sambil urut2 dada. “Tapi Zack tu kenapa dia marah saya teruk sangat? Bukannya takleh cakap baek2. Hu.”

Betul jugak la Zack marah aku sebab pecat diorang takde bukti. Tapi takkan la takde langsung perasaan nak backup aku? Ape la sangat bayar pampasan nak dibandingkan dengan simpan minah senget kat opis kan?

“Baru awak tau…Zack tu memang camtu, kalau bab keje dia memang terlebih serius sejak ayah dia meninggal tahun lepas. Saya je bertahan jadi bestfriend dia,” terang Adam.

Then Adam sambung lagi. “Pasal laser n botox tu, bukan Zack yang bagi duit kat awak…semua duit awak sendiri. Saya ingat lagi masa awak stress sebab orang sekeliling awak asyik cemuh awak cakap awak tak sepadan dengan Zack yang hensem n kaya raya tu. Awak mengadu kat Maria n dia yang bawak awak pergi treatment. Tapi saya suka awak dari mula kita kenal tau, bukan sebab awak dah cantik!”

“Maria betul2 bestfriend saya ke?” soalku.


“Hm…” Muka Adam jelas tunjukkan yang dia tengah berfikir. “Pada mulanya tak…Zack soh Maria kawan dengan awak sebab Zack nak Maria sendiri tau yang dia takkan sentuh awak sepanjang perkahwinan. Pastu dia plan lepas kontrak kawin korang tamat, dia nak kawin dengan Maria.

“Tapi apa yang dia rancang tak menjadi…sebab Maria dah jatuh sayang kat awak n tak sampai hati tengok awak terus menderita. Fikri plak muncul tepat pada masanya n diorang terus kawin. Zack frust sangat2 n sejak tu dia mula nak baik2 dengan awak. Tapi tak lama lepas tu awak eksiden n sakit amnesia macam ni,”

Aku angguk pelan2 tanda faham. Buat masa ni aku rasa semua cerita Adam boleh dipercayai. Kepala aku terus ligat berfikir macam mana takdir aku berubah jadi macam sekarang ni. Aku yang biasa2 ni tiba2 je ada syarikat atas nama sendiri, bawak kereta mewah, suami kaya-raya…tapi sayangnya hidup aku macam tak bermakna tanpa kawan2 dan orang yang aku sayang n cinta…

Aku renung ke depan n tarik nafas dalam2. “Adam, thanks sangat sebab banyak temankan saya,” ucapku. “Tapi saya harap awak faham yang saya bukan Lili yang awak kenal dulu… Kadang2 memang saya rasa kita pernah rapat, tapi saya masih confuse…kalau awak tak boleh terima, saya mintak maaf…”

Adam angkat dua2 tangan n letak kat belakang kepala dia. Dia senyum kelat n lepas nafas dengan berat. “Takpe wak. Walaupun berat sangat hati saya ni, saya dah mula dapat terima… kalau awak betul2 tak dapat ingat kenangan kita, saya dah ready untuk jadi kawan awak… Tapi saya tak nak mengalah, saya akan cuba pikat awak semula n start macam mana kita mula2 kenal dulu,” jawab Adam dengan ayat yang sangat teratur…aku rasa dah lama dia susun ayat cmni.

Angin malam lembut menyapa…bau wangi perfume Adam buat aku rasa tenang sangat. Beberapa saat kitorang cuma diam je…dua-dua tak tau nak cakap ape.

Tiba2 Adam hulur tangan macam nak bersalam. “Hai awak, nama saya Adam. Boleh kita berkenalan?”

Aku terkejut n terus ketawa. Adam ikut ketawa. Aku sambut tangan Adam. “Hai. Saya Laili tapi kawan2 panggil saya Lili. Selamat berkenalan (^^). Hihihihi…” Kitorang terus ketawa mengenangkan perkenalan semula yang poyo ni. Tapi seriously, tiba2 terasa malam ni sangat indah…haha… (^_^)



Bersambung…


Jan 4, 2012

Part 22: You Are Fired!



Adoi…sakitnye perut aku…mana toilet ni??? Penat dah aku pusing2 ni. Nak tanya staf, malu pulak. Huhu. Ni mesti nasi lemak beli kat tepi jalan tadi ni. Huhu.

Tiba2 tepon aku berbunyik. 'Adam Psycho' yang call tapi aku biarkan je. Yang peliknya sejak kes kat LCCT ari tu aku tak pernah nak jawab tapi tiap pagi dia call nak pujuk aku. Husband aku pulak sikit pon tak heran. Huhu.

Then mesej masuk.  Sape lagi la yang mesej ni…

Adam Psycho: Morning darl…sihat? Tak nak jawab sy call ek...xpe..yg penting awak still baca mesej sy kan? Sy tunggu awk reply k…miss you…

Aish... Adam ni tak dapat call, mesej pulak. Dia tak boring ke aku tak bagi response? Tapi bila satu hari dia tak bagi misscall, hati aku gelisah pulak. Hehe. Jari aku gatal jugak nak reply ni tapi tak yah la. Yang penting sekarang kene cari toilet dulu!

Aku betul2 lega bila nampak sign board ‘Ladies’. Cepat2 aku masuk toilet pertama.  Tak cukup kaki rasanya dari kuar kereta tadi. Kurang ajar betul makcik nasi lemak tuh! Jual nasi lemak basi agaknye! Huhu.

Kenapa aku masuk ofis hari ni?

Hm… aku yakin, seorang yang well-planned macam aku ni mesti ada diary yang aku simpan or at least planner ke…dari situ aku boleh kenal sape diri aku kan? Harap2 ada la petunjuk pasal hidup aku sebelum ni…kalau tak ada, sia-sia je aku datang ofis hari ni. Huhu.

Tengah2 aku membuang, aku dengar dua orang staf masuk toilet n berbual. Macam menarik je kalau curi dengar nih. Hehe.

Awek A: Boring la kalau singa tu dah start keje…

Awek B: Tau takpe. Letih aku kene cakap BI je kat opis. Huh. Menyampah!

Em? Aku ke singa tuh? Singa cute kot.


Awek A: Tapi kan Linda, dia kan dah ilang ingatan…takkan kita kena cakap BI lagi kot? Aku dengar dia gadoh ngan Maria ari tuh elok je cakap Melayu.

Linda: Itu ari tu…mana tau harini dia dah ingat balik. Tengok cara dia jalan masuk opis tadi sama je kelam kabut dia. Macam la bz sangat! Sikit pon tak jawab aku ucap good morning. Dari mula keje dulu la dia tak pernah nak senyum ngan aku. Kalau bercakap pon yang penting2 je. E…geramnya!

Awek A: Ah dia buat2 bz je tu…nak bodek laki dia la tu. Mana taknya, dari miskin papa kedana tiba2 kawin ngan orang kaya, lupa daratan la. Pastu perasan cantik. Dia ingat kita tak tau ke semua tu botox n laser?

Linda: Yela kau tak ingat dulu masa wedding dia ngan Encik Zack? Tak cantik mana pun…mesti la Encik Zack malu. Elok2 bercinta bagai nak rak ngan Maria, tiba2 dapat bini hodoh. Tu yang dia bawak pegi treatment sume.

Awek A: Ah menyampah la aku! Aku ni Linda, dah dekat 10 tahun jadi setiausaha Encik Zack, ape la salahnya kalau Encik Zack naek kan pangkat aku…ni dia soh plak aku transfer sini jadi setiausaha singa tuh!

Linda: Dah tentu la singa tu bini dia…takkan Encik Zack nak bagi kau pulak jadi bos kat sini n bini dia jadi setiausaha kau? Kau kira untung la jugak dapat naik gaji. Aku ni? Habuk pun takde!

Setiausaha: Ah aku tak puas hati! Naek gaji pon bape sen je? Dah la tiap2 pagi kene buat air untuk singa tu. Huh!

Linda: Ha aku ada idea! Pagi ni kalau dia soh kau buat air, kau ludah je dalam air dia, biar padan muka dia!

Setiausaha: Hahaha…kau tak tau ke? Memang tiap pagi aku buat camtu pon! Opps…kantoi sudeh… Hahaha!!!

Linda: Yeke? Hahahaha!!!

What?! Dia ludah dalam air aku??? Kurang ajar! Nak kena pompuan2 nih! Siap la korang!


Linda: Kau ni lamanya make up? Jap lagi kalau singa tu cari aku camne?

Setiausaha: Jap la….

Linda: Wei kita ni mengumpat, ntah2 singa tu kot dalam toilet tu?

Setiausaha: Takde maknanya…dia kan ada toilet dalam opis dia.

Linda: Haha…saje nak takutkan kau. Hehe. Cepat la!

Setiausaha: Ok done! Jom!

Lepas je diorang keluar, aku pon keluar jugak. Kurang ajar betul ek…’singa’ korang panggil aku? Aku ingat aku ni bos yang disukai ramai, rupanya tak. Huh. Takpe, ada lori ada bas…grrr…

Aku jalan straight ikut arah pegi bilik Maria. Sebenarnya aku tak tau bilik aku katne…tapi blasah je la. Aku agak bilik aku mesti sebelah bilik Maria kot.

Sepanjang laluan aku kat opis ni, kalau ada staf tengah berborak tiba2 je diorang diam macam ada malaikat maut lalu. Hebat jugak aku ni kan? Hahaha!

Ok jangan bangga sangat. Disayangi lagi baik dari dibenci kan? Tapi aku nak setle minah ‘Setiausaha’ n ‘Linda’ tadi. Tak sabar aku nak tengok muka diorang.

Bila aku lalu sebelah bilik Maria, aku tengok dia tengah tekun belek sample kain sutera…em…patut ke aku jumpa dia? Hm…jap lagi la.

Akhirnya aku sampai depan pintu bilik aku dengan nama aku terpampang sebagai CEO. Noor Laili Mansur jadi CEO? Peliknya perasaan ni…

Bukak je pintu, ada rak fail yang padat, ada meja besar…kusyen empuk…n ada satu pintu tulis ‘Toilet’. Cis. Penat aku cari toilet tadi rupanya dalam bilik sendiri ada toilet. Huh. 

Aku tengok tepi dinding ada carta organisasi ‘Mimosa Silk Ptd. Ltd.’. Mata aku meliar cari nama Linda n jawatan Setiausaha. Mata aku bersinar bila jumpa ‘Linda Zamri: Account Executive’ n ‘Nurul Shiela Ghani: Secretary’.

Great! Siap la korang. Aku dah masuk hantu ni.


“Yes bos?” jawab satu suara yang sebijik macam suara setiausaha tadi lepas aku dail 101. Nasib baik ada office directories.

“Shiela, bring me milo ice. Now.” Arahku tegas.

Shiela macam tergamam. “Er…ok bos,” jawabnya gugup. Ha…baru kau tau…kekekeke…

Pastu aku dail plak 106.

“Yes bos?” jawab suara Linda. Aku yakin suara yang sama aku dengar kat toilet tadi.

“Linda come to my office now,” arahku kat Linda pulak. Terus aku letak telefon. Sebijik macam drama Melayu. Kekekeke…

2 minit lepas tu dua orang pompuan masuk bilik aku. Sorang pegang cawan (ni mesti Shiela) n sorang lagi yang berlenggang mesti Linda. Dua2 memang cantik…macam model. Make up kemaen tebal!

“Tq Shiela,” ucapku pada Shiela bila dia letak secawan milo ais depan aku.

“No problem bos,” jawabnya. Then dia berdiri sebelah Linda, dua2 berdiri depan meja aku.

No problem konon… Pandang cawan milo tu pon dah buat tekak aku kembang. Tah berapa banyak air la aku minum sebelum ni…yucks!

“Tapi tiba2 saya dah kenyang pulak. Linda, awak minumla milo ni,” kataku sambil hulur cawan milo tadi kat Linda.

Linda teragak2 nak amek tapi dia amek jugak. Hehe. “Tq bos,” ucap Linda sambil sambut cawan tadi. Tapi dia tak terus minum. Tangan dia menggeletar.

“Minumla. Habiskan tau,” pintaku. Muka Linda dah pucat. Kalakar pulak aku tengok. Shiela dah geleng2 kepala kat Linda, bagi isyarat jangan minum. “Kenapa? Kalau tak boleh habis, bagi Shiela separuh,” saje aku soh dua2 minum.

“Takde pape bos,” jawab Linda. Terus dia sedut pelan2. Sempit tekak dia aku tengok bila dia telan air milo tu. Dah macam minum racun. Hehe. Dia minum sampai separuh, then dia pass kat Shiela. Shiela pon minum tanpa membantah. Nampak sangat diorang ni betul2 takut ngan aku. Hahaha.


Aku senyum lebar. “Sedap tak, hm?” sindir aku. Shiela membatu. Linda tekup mulut dia dengan tapak tangan kanan. Nak muntah kot. Hahaha. “Sekarang pergi kemas barang2 awak berdua,” arahku.

“Tapi kenapa bos?” Tanya Shiela cemas.

Aku kerutkan dahi. “You asked me why? Tak jelas lagi ke? Awak fikir saya tak tau? Saya dengar semua perbualan awak berdua kat toilet tadi. Now listen here carefully. You are fired! Both of you! Jangan jejakkan lagi kaki awak kat ofis ni!” marahku dengan suara tinggi. Terangkat2 bahu diorang. Tak ada tunggu lagi dah, cepat2 diorang blah.

Sekarang baru diorang tau langit tu tinggi ke rendah! Hahaha!

*********

“I still don’t get it. Why did you fired them?” marah Zack sambil cekak pinggang. Tak pernah aku tengok dia marah macam ni. Huhu.

“You tak boleh buat macam ni, Laili. They’re very loyal employees. Mereka dah kerja bertahun2 kat sini,” tambah Maria. Dah 5,6 kali dia cakap ayat yang sama.

Muka aku makin panas. Diorang ni tak faham bahasa ke? Aku ni yang teraniaya, bukan minah senget dua orang tadi. Huhu. “Kan I dah explained yang diorang ludah dalam air I then served kat I. Diorang dah lama buat kerja ni. I dengar sendiri diorang mengumpat I kat dalam toilet tadi!” balasku.

“Tapi you tak ada bukti!” suara Zack masih tinggi. Dia mula picit dahi nak tunjuk betapa sakitnya kepala dia. Kepala aku yang lagi sakit ni tak dia peduli pulak. Huh.

“Betul tu, Laili. Kita tak ada bukti…macam mana kalau diorang report kat Labour Law? Macam mana kalau diorang diterima kerja kat company pesaing kita? Diorang boleh buat macam2 untuk balas dendam. You know that, right?” Terang Maria buat aku terdiam. Aku langsung tak terpikir apa yang diorang pikir. Tapi takkan aku nak mengalah pulak?

Come on Laili. Think! Think how to smash back!

Ok. “Habis tu you all nak salahkan I la ni? I macam mana? Mana I terfikir nak keluarkan handphone pastu nak rakam perbualan diorang!”

“That’s why I said you shouldn’t fired them!” potong Zack dengan muka menyinga. Huhu. Dia ni kan!


“Yang you ni nak marah2 sangat ni kenapa? You sayang sangat pekerja you tu kan, pergi la panggil diorang balik. Kalau you kat tempat I macam mana? Apa perasaan you bila dapat tau pekerja kesayangan you bagi you minum air ludah diorang?” Wah aku dah pandai menjawab. Zack diam.

“Kenapa diam? Lagi satu I nak tau kenapa you langsung tak back up I? I’m your wife! Dan I pelik sangat dah tiga hari kita tak jumpa n tak contact, you langsung tak heran bila jumpa I kan? You datang sini semata2 nak marah I kan? Kalau tak ada isu pecat minah dua orang tadi, mesti you langsung tak peduli kat I kan? Yang you tau cuma kerja-kerja-kerja!”

Zack kerut dahi. “What? You sendiri yang cakap you want to be alone?” soal Zack.
Hah? Dia ni manusia tak berperasaan ke? Aku rasa kalau lelaki lain bini merajuk, mesti nak pujuk, betul tak? “Ha-ha. Zack, you just make me speechless,” jawabku yang dah tak tau nak kate ape kat mamat alias ‘suami’ aku ni.

“Honey, this is not about us. This is about the company,” kata Zack dengan suara yang dah mula cool.

Giliran aku peluk tubuh. “No! This IS about us! Betul cakap Adam. You langsung tak peduli kat I. Sikit pun you tak peduli. Dari hari pertama I keluar hospital, sampai la sekarang, ape2 hal semua you suruh Adam tolong setle kan bagi pihak you. You ingat I ni apa? No wonder I jatuh cinta kat Adam!” Opps! Aku telan air liur. 

“You jatuh cinta kat Adam?” soal Zack terpinga2. Maria tengok kitorang dah macam tengok drama. "Haha. Stop the nonsense, Honey. You tak mungkin bercinta dengan Adam. Both of you are like brother and sister. Selalu bergadoh dan tak sefahaman. In fact you yang terpaksa terima Adam jadi kawan you because he’s my bestfriend,”

Bergadoh n tak sefahaman? Habis gambar2 yang Adam tunjuk kat aku ari tu takkan edit kot? Semua gambar real aku rasa. Adik aku Laila pun kenal n suka kat Adam. Memang sah la Zack tak tau aku rapat gila ngan Adam sebelum ni.

“Tapi Adam yang cakap. You tengok la sendiri perangai you macam mana!”

“Kenapa dengan perangai I?" soal Zack sambil cekak pinggang. Dia pikir dia hensem macam Heechul Super Junior ke wat camtu? Sikit pon tak. Huh.


Bila tengok aku diam, Zack sambung syarahan dia lagi. “Dulu memang I tak peduli kat you, tapi sekarang I kerja teruk2 ni pun untuk kita. I buat rumah khas untuk you kat Melaka. I dah bayar in advance untuk you pergi spa bila2 you nak. Kalau I outstation, I mintak Maria or Adam temankan you. Kereta Honda you tu kalau bukan sebab you nak sangat pakai duit you sendiri, BMW pun I boleh bagi you. You cakap je apa you nak, semua you dapat kan?”

“I tak nak harta you lah! You ingat I mata duitan ke? I cuma nak kasih sayang dari my husband, tu je! Sekarang you cakap betul2 dengan I, you betul sayang kat I or you lebih sayangkan kerja you?” laju je ayat aku meluncur keluar dari mulut aku. Apa aku cakap ni? Kenapa aku soh Zack buat pilihan pulak? Huhu.

“Haha,” Zack ketawa pendek n pegang lengan aku dengan erat. “Honey, company ni family I bina dari zero sampai terkenal macam sekarang. I kena pentingkan kerja. Tapi you jangan la risau, I tetap sayangkan you seorang. Kalau I tak kerja sungguh2, macam mana I nak bahagiakan you?”

“What?” Aku betul2 tak sangka dengan jawapan Zack. Huhu. “Ok fine. Sekarang I tau kenapa dulu I sangat stress sampai accident. Zack, you better lupakan I n hidup la dalam dunia you sorang je.”

“You ni kan, sejak bila jadi budak2? Dah la, I nak pergi setle masalah yang you create tadi,” jawab Zack dengan dahi dia mula berkerut balik. Then dia toleh kat Maria. “Maria, call Linda and Shiela for a meeting,” pesan Zack kat Maria pulak.

Dia cakap aku macam budak2? Langsung tak peduli apa aku cakap tadi! Huwaaa…kenapa aku dapat suami macam ni??? Tak ada perasaan!  Macam ni ke dia cakap sayang???

Aku tengok je Zack berjalan pergi ke pintu ofis aku, pulas tombol n sebelum dia melangkah keluar, sempat dia toleh n pesan kat aku something.

“Honey, I hope you learn your lessons for what you did today.”

"FINE!!!" jawabku separuh jerit lepas pintu tertutup.

Tapi dalam hati aku memekik nak jawab 'WHO CARES?!!!'






Bersambung...


Dec 27, 2011

Part 21: Hikmah



Mata aku kat TV tapi fikiran aku ntah pegi mana. Zura dah terlentok kat sebelah kiri aku. Jam kat dinding kol 1 pagi tapi aku langsung tak ngantuk. Kat depan aku plak Hajar tengah kemas2 laptop dia. Dah puas la tu. Dari kol 8 tadi kot dia sibuk chatting dengan boyfriend cyber dia dari Canada. Ntah ape yang diorang borakkan pon aku tak tau.

“Ingatkan tak nak benti chatting tadi,” sindir aku. Hajar ketawa. Ketawa yang amat2 aku rindu.

Ala kawan je pun…lelaki kat internet ni buat borak boleh la, bukan boleh percaya,” jawab Hajar sambil dok sebelah kanan aku. “Kau dok je la kat rumah aku ni…lupakan Zack, lupakan Adam. Cari je lelaki lain. Hehe.”

“Kau cakap senang la…yang menanggungnya aku,” balasku.

“Hm…yela aku faham…gurau je pun. Aku tak sangka hidup kau complicated cmni. Em Laili, dari tadi aku nak tanya tapi lupa. Kau betul terer cakap BI ke?”

Aku angkat bahu. “Ntah. Aku pon tak perasan… it just comes naturally. See?”

“Wow… kau ni betul2 dah berubah la. Dah la cantik macam model sekarang, speaking London pun berhabuk. Jelesnye aku!”

“Nak jeles apenye…hidup aku bukan bahagia pun,” jawabku. “Jar, Dahlia tinggal mana ek sekarang?”

“Rumah lama dia lagi…kenapa?” soal Hajar balik sambil bentang tilam depan TV. Aku kejut Zura n pisat2 dia terus baring atas tilam tu.


“Aku rasa nak jumpa dia, tarik2 rambut dia sampai botak pastu speaking London ngan dia. Dia ingat dia sorang je terer cakap BI? Biar dia tau langit tu tinggi ke rendah, hahaha.” Kejamnye. Ntah apa yang aku pikir pon aku tak tau.

“Dah kau jangan nak cari pasal pulak. Dia dah kawin dah pon. Kene tangkap basah ngan mamat jaga stor kilang. Aku rasa dah cukup huru hara kot hidup dia sekarang sebab aku dengar laki dia penagih n kaki pukul,” cerita Hajar.

“Ha? Yeke? Baru padan muka dia! Kekekeke! Tu la…mulut cam longkang, hati busuk, kan dah dapat balasan,” hahaha…bestnye dapat cakap padan muka!

Hajar cubit peha aku. “Ish kau ni…tak baik tau. Sebab dia la kau dapat kawin ngan Zack yang kaya raya tu tau,”

“Eh apsal pulak?!”

“Yela…kalau dia tak goda Nick dulu, mesti kau kawin ngan Nick…hidup la sebatang kere kat bengkel kereta dia tu ha…” terang Hajar sambil baring n tarik selimut.

“Ah takde maknanya! Jar, kau jangan la tido dulu. Huhu,” tegurku bila tengok Hajar macam dah nak tido pulak.

“Kau tak ngantuk ke? Huhu. Kau cakap nak pegi ofis kau esok, kalau takleh bangun pagi camne?” soal Hajar.

“Ala boleh punye…” jawabku yakin.

Hajar duduk melunjur n sandar kat tepi kaki aku. “Ok tapi kol 2 kene tido tau. Em kau dah fikir masak2 ke nak lupakan Adam? Aku rasa dia tu baik tau.”

“Ntah la… Memang Adam baik sangat2… tapi Zack pun baik jugak…” jawabku macam lalang. Memang aku tak sure. Soalan Hajar buat kepala aku teringat balik episode kat LCCT dua hari lepas.

*********


Aku cepat2 bangun dari kerusi bila tengok Zack kat belakang Maria. Adam ikot sama berdiri. “You said your flight was delayed…” suara aku gugup.

“I changed my ticket with another passenger,” jawab Zack. Dia jalan slow2 datang kat aku buat jantung aku berdegup makin kencang. “Honey, please forgive me. I don’t mean to lie to you….. I… I just really really love you, honey. I knew I was wrong… please trust me,” ucap Zack sambil pegang bahu aku.

Sikit pon dia tak marah bila nampak aku n Adam pegang tangan tadi. Mungkin dalam fikiran dia cuma ada rasa bersalah sebab tipu aku. Aku diam. Aku tengok Maria tunduk je.

Tiba2 Adam bersuara. “Stop it Zack. Kau patut tau apa yang terbaik for your wife. Not just letting her left out in her old memories!” marah Adam.

“I know! Sebab tu aku nak betulkan kesilapan aku!” balas Zack pada Adam. Then dia beralih pandang aku. “Honey, please forgive me. Memang mula2 dulu I buat tak peduli je kat you. Tapi I dah berubah… I really wanna give you all my heart,” rayu Zack. Aku cuba tarik nafas dalam2.

Sebelum ni aku sangat2 marah bila dapat tau Zack tipu aku. Tapi bila Zack ada kat depan aku, aku jadi serba salah. Huhu. “Zack, just tell me. Did I know about you and Maria were in love before? And betul ke you berubah sebab Maria dah kawin?”

Zack terdiam. “No! I berubah sebab I sedar yang I dah mula cintakan you. Tapi bila you dapat tau Maria and I were couple, you rasa tertipu. I tau you accident pon sebab overstress pikir hal ni… sebab tu I rasa bersalah and I don’t want you to remember all that…I nak sangat jadi perfect husband for you!” terang Zack cuba yakinkan aku.

“Percaya la, Laili. Kitorang dah tak ada apa2… Zack cintakan kau sorang je!” sokong Maria pulak.

“Cukup la Zack, Maria. Li, you should trust your heart,” sampuk Adam. Ayat dia bergema2 dalam telinga aku. Aku faham maksud ayat dia…dia nak aku percaya kat dia!


Aku pandang Adam. Muka dia lagi serabut dari muka Zack. Aku tau dia tengah tahan perasaan… dah berjuta kali dia cakap kitorang saling mencintai tapi aku still lagi ragu2. Mungkin Adam nak terus terang kat Zack tapi berbelah bagi sebab Zack kawan baik dia.

“Zack, I tak tau nak percaya sape sekarang…semuanya bercelaru dalam fikiran I. I want to be alone. I hope you understand,” akhirnya aku buat keputusan untuk berseorangan. Langkah aku longlai berjalan keluar LCCT tinggalkan diorang bertiga. Biarla diorang bincang sama diorang. Aku dah tak larat. Huhu. Aku naik teksi n terus turun depan rumah Hajar.

********

“You should trust your heart,” ulang Zura tiba2. “Gila lah Adam tu. Dah la handsome, ayat pun power. Kalau aku, memang aku dah cair dah. Kenapa kau pilih Zack pulak?” soal Zura. Minah ni bangun2 je terus menyampuk. Segar pulak mata dia.

“Sebab Zack is my legal husband…mesti ada hikmah aku kena kawin ngan dia kan?” jawabku.

“Habis tu apa hikmahnya kau kenal ngan Adam? Hehe,” soal Zura balik. Aku tergamam.

“Kau ni menyampuk je. Tido je la!” marah Hajar.

Zura duduk bersila atas tilam. “Macam mana aku nak tido lena? Dah la korang berborak tak benti2. TV terbukak, lampu terbukak. Cuba korang tengok jam dah kol bape?!” bebel Zura. Serentak aku n Hajar pandang jam dinding.

Dah kol 2.45 pagi rupanya… hohoho… larat ke aku nak bangun pergi ofis pagi2 esok?

“Tak perasan la dah lewat cmni… Laili jom tido!” cepat2 Hajar tutup TV n lampu. Aku terus baring sebelah Hajar n aku tak tau kol berapa aku terlelap...


Bersambung…


Related Posts with Thumbnails