Jul 2, 2011

Wedding & Small Reunion

Ha...cun tak? Thanks to Izyana Azis for sharing this in FB (^^)

Assalamualaikum korang! Sihat ker? Harini aku nak share gambar je...gambar aku pegi wedding kawan aku hari ahad minggu lepas, 26 Jun 2011 kat di Tom Yam Klasik Ayer Keroh Melaka.

Pengantin p'puan ni namanya Nawwar Wafaa...sedapkan nama dia? Macam orangnyer jugak, cantik n manis je. Tapi kat skolah dulu panggil Apeng. Tak tau cmne dia bleh dapat nama ni. Maybe kalo ex-mozac 0004 yg baca n3 ni bleh citer sket kot ruang komen bawah ni.hihi.

Hujan lebat tengahari tu (penat aku basuh kereta beria-ia) tak patahkan semngat aku nak g sebab nak sangat jumpa kwn2 skolah. Hehe. Ramai jugak ex-mozac yang datang so ada la small reunion sket.hihi.

Best tau...dah rindu sgt kat diorang sumer. Aku la dah dekat 7 tahun tak jumpa diorang, dorang mungkin ada jugak jmpa tapi x tau la.

Jom layan gambar2 best ni!

********

'Kitorg sumer doakan korang berdua bahagia bersama ke akhir hayat'


Yang nyorok tu pengapit nama Yanie yg jugak bff Apeng sejak skolah rendah =)

Yeay! Makan time!





Back from left: Fetty, Echort, Fieza & Ejat
Sit from left: Mang, Lulu, Nick, Ika, Lili, Rai, Ayul, Edye, Cira & Sarah

Aku guna nickname sebab 2 la nama diorg masa skolah dulu =)

Alhamdulillah kitorang dapat jumpa n chit chat walaupon tak lama...sempat jugak wat ice breaking n semua berjaya dengan kerjaya masing2. cewah (n diorg makin cun melecun aku tengok). 

Sebelum aku nak balik ada jugak say hai2-bye2 kat member2 lain yg baru sampai n aku tak sempat nak borak panjang sebab kene g keje...sob2...huhu...

Diorang then pakat ramai2 nak naek Mozac balik...bestnyer...sedih je tak dapat join.huhu.

Tengok la betapa gumbiranya diorang (^__^)

Miss u all guys...

P/s: Pasni giliran sape plak naek pelamin? Bleh reunion lagi skali :p


Jun 25, 2011

Part 8: Lemas, Cinta dan Abah



Haish...jam dah pukul 2.40 pagi tapi nape aku tak boleh nak lelap mata ni? Geramnyer...cepat la tido...jangan pikir pasal ape yang Zack cakap tadi dah. Tido la wahai mata...tido la...

.......................

"Argghhhhh!!!!" kenapa aku masih pikir lagi? Kenapa suara Zack terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ni? Hu.

Aku rimas betul tak dapat tido camni. Ape kata g test berenang? Hihi.


Aku pegi kat lantai cermin tu…aku bukak cermin tu and turun tangga. Coolnya! Haha. Tapi pandai ke aku berenang? Zack cakap aku berenang kalau stress. Tapi…

*****

"Kali pertama kita jumpa masa kat Port Dickson. Kebetulan I pun tengah holiday masa tu. I jalan2 tepi pantai tapi tiba2 I dengar orang menjerit mintak tolong sebab ada orang lemas.

'Tolong...tolong...tolong...!!! Ada orang lemas!!!' 

camtu. Hihi. Masa tu la kita kenal. Hihi," cerita Zack penuh semangat. Siap gaya lagi. Muka dia berseri-seri pulak bercerita, pelik aku.

Aku cebik bibir. Nyampah. "Maksud U, I ke yang menjerit mintak tolong tu? Yela I kan tak reti berenang...I tau jerit jer...ha-ha-," ajukku balik.

“Eh tak lah. U la yang lemas. Yang jerit tu pakcik tua tak ada gigi. Kuang3…” eeiii dia ni suka sangat kenakan aku tau.

“U ni cerita la betul-betul…main2 pulak!” aku dah mula boring. Elok2 tadi aku nak dengar dia cerita, ni memain pulak.

“Betul la…mana ada I maen2…U lemas masa tu…so I selamatkan U. I ingat lagi masa tu petang 14 Februari 2008. Ramai couple kat PD tengok I bagi CPR kat U tau,”

Er ni p'puan wat CPR kat lelaki la plak

“What? U did CPR? U really saves my life?”

Zack dah buat muka poyos. “Wanna bet with me? Im an architect but I have St John cert. That’s how U fell in love with me. Hahaha…” 

Wah wah wah... bukan main bangga lagi mamat ni! Takkan senang2 je aku jatuh cinta? Ntah2 dia amek kesempatan je nak cium aku. Cis.

“Ah tipu la…I bukan senang2 jatuh cinta tau. Mesti I pegi PD dengan boyfren I kann when U did CPR, his heart was really broken and maybe that's why we broke up,” tiba2 aku rasa rindu kat Nick…

Kenapa kitorg putus sebenarnya? Atau kitorang cuma terputus hubungan? Aku mesti cari Nick!

Aku tengok Zack tiba2 terdiam. Muka dia yang berseri2 tadi, tiba2 malap.

“Zack, kenapa?”

“Nothing…”

“Common la. I can see thru your face! Why? What’s wrong?”

“U…U tak pernah cerita yang U ada boyfren sebelum ni… I ingat I yang pertama n terakhir…” suara Zack tersekat2.

Gulp. Adekah aku dah bocorkan rahsia yang tak patut Zack tau? Mati aku…mesti dia frust gila! Mesti kitorang sangat saling mencintai sampai aku tak pernah citer pasal Nick. 


OhEmGee…

Apa lagi yang aku rahsiakan kat dia ni??? Aku cakap aku pandai buat cheese cake ke? (Walhal sebenarnya aku pandai makan jer. Haha.).

“Err…sorry Zack… I tak tau kenapa I tak pernah cerita kat U tapi I yakin mesti I ada alasan yang kukuh,” wah ayat macam drama. Hihi. 

Aku ingat Zack boleh cerita apa dah jadi kat aku ngan Nick tapi nampaknya takde harapan la…kene tanya mak kot…takpun Laila…diorang mesti banyak simpan rahsia aku.

“It’s ok…”

“U tak nak cerita lagi ke?”

*****

Kaki aku dah naek kecut berendam dalam kolam renang ni. Nak terjun, takut lemas. Tapi geram jugak tengok kolam ni. Ada pelampung tak kat rumah ni? boya ker…wawawa.


Zack cakap kitorang bercinta lepas jumpa kat PD tu. Lepas sebulan kenal, kitorang plan nak kawin. 

Wow cepatnyer! Mesti kitorang sama2 tak sabar nak tuttt. Wawawa. 

Tapi family aku semua tak setuju terutamanya abah sebab Zack orang kaya…huhu… Abah cakap macam pipit dengan enggang!

Ok. Yang ni aku konpius. Patutnya abah suka la aku nak kawin ngan orang kaya…boleh abah tumpang senang, ye tak?

“Kita pernah plan nak kawin lari tau. Tapi sebab abah tak nak tanggung malu, kita wat majlis jugak tapi just nikah and kenduri biasa. I hormati keputusan your family walaupun I mampu nak tanggung semuanya…

Ni gambar search kat google

Patut la aku tak nampak gambar kawin kitorang…just nampak gambar nikah je. 2 pun time aku cium tangan dia. Huh. Tu je 1 gambar yang tergantung kat dalam bilik ni.

“…U had a big fight with your family when I helped to settle  your father’s debt. Since then U n ur family became estranged…

Agaknya sebab 2 la mak tak bagi aku jumpa abah…abah marah sangat kat aku n Zack…

“…Tapi U nekad nak minta maaf dengan family U baru2 ni… Sebab tu I buat rumah kat Melaka n tinggal sini. U nak dekat ngan family U. Mak U ok…dia selalu support U...”

Hmmm....beratnyer keluhan aku ni.

Aku tau abah memang banyak hutang…tak sangka sebab Zack bayarkan hutang, kitorang terus masam muka… N rumah ni Zack bina khas supaya aku dapat dekat dengan family…baiknya dia ni…tiba2 aku rase macam Laili ni dah jatuh cinta dengan Zack..hikhikihik.



Tiba2 tangan aku rase gatal nak SMS Zack. Lantak la kol 3 pagi pon. Hihi.

Aku: Zack, sorry ganggu...boleh tanya tak?
Zack: At this time? What?

Wah macam marah jer...

Aku: I pandai buat cheese cake x?
Zack: ??? Donno. Not sleep yet? Nak I temankan? :D

Cepat2 aku reply: 

Aku: NO! I mimpi makan cheese cake tadi. I tido sekarang. Thnx!

Haha. Nak terburai perut aku ketawa. Nasib dia jawab tak tau. Hihi. Rasa tenang sket nak tido... Gudnite u all!


Bersambung.... (^_^)

Jun 18, 2011

SEGMEN SIMPLE : PANTUN PUJI DIRI SENDIRI ...

Salam korang =) Aku nak join segmen. 

Geram tengok orang lain berpantun-pantun ni...tercabar rasenye aku sebagai anak Melaka. hihihi.

Blog Xidi kemas dan simple,
Header kartun phineas n ferb;
Xidi tak ganas tak juga single,
Cuma santun, ramah n superb!

Wawawa...Best kan...

Bukan nak puji tapi memang masuk bakul angkat sendri la! kihkihkih. Kalau tak puas hati sila la komen banyak2 kat bawah ek. Hihi...

Sape nak join, klik sini :

Thanks bro naser wat segmen ni...tamat jam 11.59pm malam ni yer!

Take care korang!

LOL (^^,)y peace!

Jun 15, 2011

Lagi2 Telur!

Salam korang....watpe tu? Aku bz la.

Tapi aku tetap nak wat entry supaya dapat naekkan mood balik. So entry hari ni nak share ngan korang proses penghasilan telur kat tempat keje aku sebab ni je yang paling aku expert.hihi. Aku yakin mesti ramai yang pikir telur ayam dikutip satu2 kat reban kan...(mcm yang aku bayangkan dulu2.hihi.). 


Tapi sebenarnye korang silap...jom baca sambil korang layan aku promote produk kilang tempat keje aku. Peace (^_^)y !


Ada dua jenis ayam ternakan...ayam telur n ayam daging. Tapi ayam telur ditempatkan di dalam reban bertingkat samada reban terbuka ataupun berhawa dingin. Ladang tempat keje aku ni akan hasilkan hampir 600,000 biji telur ayam sehari! Kalau ayam boleh bertelur setiap 26 jam, korang kira la sendiri bape ekor ayam dalam TPC ni. hehe.

Fyi, ada 4 jenis dedak ayam yang dihasilkan di kilang dedak TPC untuk diberi makan pada ayam2. Jenis dedak ni penting untuk hasilkan pelbagai jenis telur iaitu kurang kolesterol, ada omega, ada selenium ataupun dedak biasa. Dedak yang berlainan akan diberikan kepada reban yang berlainan.



 Telur2 segar dari ladang akan dibawa ke kilang dan disusun berasingan ikut jenis macam dalam gambar ni. Telur2 ni semua tengah tunggu giliran untuk di timbang mengikut berat.


 
Then, nak masuk mesin, telur2 diangkat ke dalam mesin penimbang menggunakan teknologi robot n beratur sebelum masuk penimbang…macam2 warna kan? 1 Malaysia la katakan...hihi.


 

Lepas timbang, diorang ni diasingkan mengikut gred AA, A, B, C, D, E dan F (berat telur). Ada jugak telur yang terlalu besar (gred AAA) dan terlalu kecil (gred G) tapi selalunya tak banyak. Telur gred AAA dan G ni akan diasingkan jugak untuk dijadikan telur air. 

Ramai yang salah faham term 'gred ABC' ni. Mungkin ada yang fikir kualiti A, B or C. Harap lepas ni korang tak salah faham lagi! (^_^)

Then barulah kesemua telur ni diasingkan mengikut kualiti: baik dan bersih (1st grade), warna kulit yang pucat / putih (2nd grade), serta retak / kotor (3rd grade) di dalam tray yang berasingan.



Telur 1st grade akan dibungkus mengikut jenis (rendah kolesterol / selenium / omega / biasa) dan kemudian dimasukkan ke dalam kotak sebelum dihantar ke pasaraya. Kalau telur jenis biasa akan dihantar kepada pemborong. 

Cer korang tengok gambar kat atas ni. Telur ‘Lower Cholesterol (LC)’ ini la yang menaikkan nama TPC sekitar tahun 1980an dulu so aku letak gambar telur LC ni supaya kalau korang nampak kat pasaraya, sila la beli n rasakan perbezaannya! Hihi.



Terdapat juga telur 1st grade yang dicuci dan dibasmi kuman. Telur ni dihasilkan atas kehendak pelanggan yang biasanya hotel2 dan restaurant makanan segera. Telur ini dipanggil ‘wasaco eggs’ iaitu washed, sanitized and coated eggs. 

Untuk pengatahuan korang, sanitizer yang digunakan mestilah yang food grade sanitizer (selamat untuk makanan). Then, telur yang telah dicuci dan dibasmi kuman ni mestilah dililinkan dengan food grade wax supaya liang2 udara yang telah terbuka ditutup semula. Telur yang dah kena air kena cepat2 masak kalau tak, telur tu akan cepat rosak / busuk melainkan dah dililinkan.



Selain wasaco eggs, TPC ada jugak menghasilkan telur air (liquid egg). Julat pH telur air yang baik ialah 7.0 sehingga 7.8.

Telur air yang sudah di pastur (pasturized) hendaklah disimpan didalam bilik sejuk dibawah suhu 7’C sebelum dihantar kepada pelanggan (biasanya kilang membuat kek). Jangka hayat telur air ialah 7 hari dan akan berkurangan jika disimpan melebihi suhu ini.



Semua jenis telur yang dah siap dibungkus semuanya dihantar menggunakan lori syarikat…cantik tak? Hihi. Ada banyak jenis lori yang digunakan untuk proses penghantaran…ada lori sejuk beku (chilled), ada lori sejuk (air-cond) dan ada jugak lori biasa. Jenis lori yang berbeza bergantung kepada produk yang nak dihantar. 

Untuk telur ke pasaraya dan pemborong, pakai lori biasa pun dah ok. Kalo nak hantar telur yang siap dicuci kena pakai lori sejuk untuk kawal pembentukan bacteria. Untuk telur air pulak kene pakai lori sejuk beku sebab jangka hayat dia sangat singkat so lagi sejuk lagi bagus. Produk yang nak naek lori sejuk n chiller kena bungkus pakai tray or kotak yang tebal sebab takut nanti wap air bleh menyebabkan kotak koyak.



Korang pernah tengok telur takde kulit? Camni la rupanya. Kalau ayam bertelur kulit nipis atau tak ada kulit camni maknanya ayam tersebut kurang calcium. Telur2 3rd grade termasuk telur macam ni kilang aku akan jual kepada penternak ikan sebagai makanan ikan.

*******

Ni video aku cilok kat youtube tentang poultry farm kat China. Kat tempat keje aku lebih kurang camni la. Selamat menonton!


Harap entry ni bagi korang semua at least sedikit info pasal TELUR. 

Take care korang.

Ingat TELUR, ingat TPC!

Peace (^^)y !


Jun 14, 2011

GIVEAWAY KAK ES & NESLOO


Salam sejahtera korang! Sihat? Malam ni mood ceria k! Sebabnye aku nak join giveaway dengan harapan akan menang...kui kui kui!


Sape nak join, klik sini.

Jiji kalo dah view n3 ni sila komen yer! hihi.

Aku memang suka barang2 craft yang cantik2 macam kat Fb ni. Ce korang tengok. Best tau! So ape lagi jom la tambahkan saingan GA jiji ni n like penaja hadiah k!

Peace =)
Related Posts with Thumbnails