Nov 12, 2011

Part 15: Kawan VS Lawan




Walaupun hari ni hari Jumaat yang aku tunggu2, tapi seriously aku rasa tak selesa sangat! Kenapa aku cam tak reti nak berborak ni? Diorang pon layan aku suam2 kuku je. Huhu.


“Korang nak pegi mana pasni?” soal aku yang tak tau nak tanya ape lagi dah kat diorang.

“Mana2 je,” jawab Hajar. Baik tak yah jawab. Huh.

“Ok…em…” Er nak tanya ape lagi ek? Dari tadi sepatah aku tanya, sepatah diorang jawab. “Aja, Zura, korang dah kawin kan? Dah ada anak ke belum?”

Aku tengok Hajar n Zura serentak pandang Ida ngan muka berkerut2. Pastu diorang ketawa punyelah kuat sampai satu kedai pandang kitorang. Salah ke aku tanye?

Zura tepuk2 meja sambil gelak cakap “Ida cakap kat kau kitorang dah kawin ke? Hahaha!” 

Hajar sampai berair mata ketawa. “Kau takde mende lain ke nak tipu Laili ni? Kesian dia tau! Hahaha!!!”

“Aku cakap je…tak sangka plak Laili nak percaya! Hahaha!” Jawab Ida sambil ketawa n tekan2 perut dia.

Ok nampaknye aku dah kena tipu bulat2. N skrg ni diorang dah tak boleh berhenti ketawa! Eeee….geramnye! “Kau tipu aku ke Ida? Hampeh betol!” Haha…aku pon ikot sama gelak walaupon cam tak ikhlas. Tapi aku suka suasana ni. Hilang rindu aku kat diorang.


Ida yang dok sebelah aku terus pegang lengan aku n tahan ketawa dia. “Sorry la Li, masa tu diorang ni yang tak nak jumpa kau…aku tak tau nak bagi alasan ape,” jawab Ida n gelak dia mula reda.

“Takpe. Hihi. Aku rindu kat korang tau…sampai hati tak nak jumpa aku ek ari tu,”

“Kitorang mana tau kau datang hari tu…tapi memang kitorang ada pesan kat Ida kalau kau datang, cakap je tak tau,” terang Hajar.

“Tapi kenapa?” soal aku. Kenapa diorang tak nak jumpa aku? Hari ni diorang mesti jawab kenapa kitorang terputus kawan.

“Kau betul2 tak ingat ke Li?” tanya Zura macam tak percaya plak aku ni dah ilang ingatan. “Ape yang kau ingat pasal kitorang?”

Aku mengeluh berat. "Aku cuma ingat kita 1 opis sumer tak puas hati ngan Ah Chin sbb dia brani mintak kat Dato naek gaji...pastu aku sorang je yang tak dapat bonus sebab lom cukup setahun. Balik tu aku eksiden. Eksiden malam tu la yang aku konpius...aku macam baru sedar dari eksiden tu padahal dah dua tahun berlalu...aku langsung tak ingat pape pasal ape yang dah jadi kat aku lepas eksiden tu," cerita aku panjang lebar. Hajar, Ida n Zura dengar sampai melopong. Hihi.

"Cian kat kau...sorry la pasal tadi kitorang wat tak layan je kat kau...kitorang masih cam tak percaya kau datang nak berkawan ngan kitorang balik..." turn Hajar plak bercakap.

"Korang cite la kenapa aku tak nak kawan ngan korang dulu," pintaku. Ni la saat yang paling aku tunggu.


"Kan hari keesokan lepas kau eksiden tu company kita ada audit, semua orang tunggu kau kat opis tapi kau tak datang. Bos dah macam orang gila kat opis mengamuk2. Yela kan dia dah canang dengan Dato yang company mesti akan dapat sijil ISO, malu la dia kalau tak dapat. Kitorang tak tau kau eksiden. Kitorang nak contact kau langsung tak dapat," cerita Hajar siap gaya tangan. Kaki pon macam nak terangkat.

Then Zura pon nak bercerita jugak. "Pastu dalam kol 3 camtu kau datang opis ngan dahi bertampal. Aku, Hajar n bos kat dalam bilik meeting kene ganti kau handle audit tu."

"Pastu kat toilet aku dengar si Dahlia buat cerita kat kau," sampuk Ida plak.  "Aku betul2 tengah sakit perut masa tu. Bila aku kuar toilet nak cari kau, aku tengok kau tengah kene marah ngan bos. Kau ingat Dahlia kan?" 

Laju aku angguk. Sape tak ingat Dahlia mulut cam longkang tu. "Ape Dahlia cakap kat aku?"

Panjang lebar diorang bercerita tapi aku langsung tak ingat. Yang aku boleh buat cuma bayangkan je ape yang diorang cerita. Huhu.


Lebih kurang camni la ape yang aku bayangkan....


"Kau pegi balik la Laili...watper kau datang keje? Kalau kau nak tau, bos tu dah tak nak pakai kau lagi. Habis kitorang satu opis kene hamun ngan bos pasal kau! Poyo kan kau ni berlakon dahi bertampal2 camtu...kau ingat bos nak percaya? Huh. Dah la masuk lambat tak inform sape2," Dahlia ni dah mula la ni nak menyibuk!
"Kau ni ape hal? Aku betul2 sakit la! Semalam aku eksiden, tengahari tadi aku baru aku sedar. Lagi pun henfon n henbeg aku habis kene curi, cmne aku nak inform bos?" aku cuba menjawab dengan tegas.

"Whateverrr. Kau mesti frust kan tak dapat nak menunjuk hari ni? Lagi pulak Hajar n Zura dah ganti tempat kau. Takkan kau tak tau selama ni Hajar n Zura cuma gunakan kau nak bodek bos? Haha. Kesian kan kau ni... kawan baik sendiri tikam dari belakang. Ish3...balik la wei!"

Ee..Dahlia ni dah melampau tau! "Ah watpe aku nak percaya kat kau? Satu dunia tau kau ni kaki belit! Kaki penipu! Mulut longkang! Blah la kau! Jangan nak suka hati je burukkan kawan2 aku!" suara aku mula meninggi.

"Kau tak percaya? Kau tengok la jap lagi. Haha." jawab Dahlia dengan ketawa jahat dia. Sebelum dia blah sempat dia perli aku. "Lagi satu, aku rasa kalau baik kau masuk tadika balik blaja B.Inggeris sebab bos syarikat ni nak pakai pekerja tau BI je! Hahaha!"

Eeee....kuang ajar! Tau la dia cakap BI berhabuk. Huh. Takpe, ada lori ada bas. Tak guna bergadoh ngan minah senget ni.

Pastu aku terus pegi bilik meeting n kebetulan Hajar, Zura n bos baru kuar.

"Good work awak berdua. Kalau awak berdua tak ada, bertambah malu saya dibuatnya! Terima kasih ye Zura, Hajar. Saya bangga dengan kebolehan awak berdua terangkan pada auditor tadi." Pergh...panjang berjela bos puji diorang.

"Same2 bos..." jawab diorang slow2 tapi hampir serentak.



"Laili ni betul2 buat saya naek darah. Awak berdua pesan kat dia tak payah keje lagi. Biar awak berdua je yang handle semua sijil syarikat," sambung bos lagik.

Takkan bos nak fired aku kot? Ni buat aku terdetik ape yang Dahlia cakap macam betul je. Tak leh jadi ni. "Aslmkm bos...maaf saya lambat--"

"Pukol 3 baru nak masuk opis? Awak ingat opis ni opis bapak awak??!!! Awak ni memalukan saya! Memalukan syarikat! Pergi kemas barang2 awak! Mulai esok saya tak nak tengok muka awak lagi!!!" tengking En. Ramli tak bertapis2. Tak sempat aku nak cakap pape. Huh.

"Tapi bos, bukannya saya sengaja!" Air mata aku mula bertakung. Bukan sedih kena marah, tapi sakit hati kene sound depan member opis sumer. Dah la tak tanya kenapa aku lambat. Huhu.

"Kau tak faham lagi ke aku cakap ape??!!" Wah dah tak ada saya-awak lagi dah bos aku ni. Huhu.... 

Budak opis lain sumer diam. Hajar, Ida n Zura langsung tak nak backup aku. Tak tau la kalau diorang takut atau diorang suka tengok aku kene marah n kene buang keje cmni!

"Tunggu apa lagi??!! Jangan mimpi la nak keje sini lagi! Zura n Hajar dah boleh handle sijil ni semua so syarikat ni dah tak perlukan kau lagi!" herdik bos lagi.

"Pegi mati la!" spontan ayat tu kuar dari mulut aku. Hambek kau! Dia pikir aku nak sangat keje kat sini? Terus aku blah pegi kat meja aku n dalam hati aku puas menyumpah seranah bos. Betul la agaknya ape yang Dahlia cakap! Sempat aku jeling tengok Dahlia tengah tersenyum menyindir.


Aku ngemas meja nak bawak balik apa yang patut tapi perasaan marah aku buat aku campak2 je barang2 masuk kotak. Hajar Zura n Ida datang kat aku nak tenangkan aku tapi aku memang tak boleh terima! Kenapa diorang langsung tak bela aku tadi???

"Laili...kau rehat la kat rumah dulu...nanti kitorang cakap ngan bos...dia tengah marah tu...huhu..." pujuk Ida.

"Kenapa kepala kau bertampal tu? Kau sakit ke? Huhu. Patut kau tepon bos dulu pagi tadi..." sampuk Zura plak.

"Kau jangan benti dulu Laili...esok bos ok la tu. Kau sorang je yang paham pasal audit2 ni sumer...kitorang mana tau pape. Huhu..." pujuk Hajar pulak.

Telinga aku macam nak berdarah je dengar suara diorang. Takpe wat keras je. Tak tau kenapa aku jadi rimas sangat. Mungkin tension pasal eksiden malam tu barang2 aku sumer habis kene rompak termasuk handphone n duit gaji, pastu kene maki hamun depan bos, ditambah lagi ngan ape yang aku dengar dari Dahlia. 

"Kau ok tak Li?" tanya Hajar lagi.

"Aku ok ke tak ok ke, korang peduli apa?! Korang memang suka aku kena buang keje kan? Dari tadi aku kene marah ngan bos apsal korang langsung tak cakap pape? Kau Zura, Hajar, nak sangat amek tempat aku kan? Suka sangat bodek bos kan? Korang buat la! Korang tau tak korang ni la perampas periuk nasi orang!!!" terjerit2 aku marah diorang. Macam nak meletup rasanya! Pegi lantak la ape orang lain nak kate!


"Laili kau jaga sikit mulut kau tu! Aku tau kau dengar citer tak betul dari Dahlia tadi tapi takkan kau nak percaya?!" marah Ida.

"Aku lagi percaya Dahlia la dari percaya korang! Aku dengar tadi bos sanjung2 korang. Korang memang suka kan? Korang pikir korang bagus sangat? Kawan baik konon... Blah la wei!" aku memang betul2 dah hilang pertimbangan, macam tak sedar ngan ape yang aku cakap... ntah setan mana la yang dah masuk kepala aku. Huhu.

"Ok fine kalau tu yang kau nak? Kau ingat sikit kalau kitorang tak rekemen kau kerja sini, dah lama kau menganggur, tau?" Marah Zura kat aku. Rasa macam berkecai jugaj jantung aku dengar. Tak sangka selama ni, itu yang diorang pikir pasal aku.

"Aku tak kebulur la wei nak keje kat sini!" panasnye hati aku! Cepat2 aku angkat kotak barang aku.

Dari dalam opis aku dengar Hajar jerit "Kau jangan anggap kitorang kawan kau lagi!!!"


Bersambung....




No comments:

Related Posts with Thumbnails