“Kenapa Zack tu teruk sangat?” Marah Zura
berapi-api. “E…kalau la aku ada masa tu, dah lama dia kene hentam ngan aku tau.
Kau la tak reti menjawab…lain kali belajar ngan kitorang. Habis tu si Shiela
ngan Linda tu keje lagi la kat ofis kau?”
“Diorang taknak keje… konon2 malu la, siap
mintak pampasan. Huh. Pastu Zack bising lagi la kat aku. Tapi aku buat pekak
je…masuk telinga kiri, kuar telinga kanan. Ah biar je la,” jawabku dengan nada
mendatar.
“Ida mana? Sejak aku dok sini dia tak
pernah datang pon?” soalku nak alih tajuk. Cepat2 aku sumbat megi kari dalam
mulut aku. Makan malam ngan megi je…orang bujang la katakan. Kihkihkih.
“Dia memang jarang datang sini…lagi2 dah
nak kawin ni, sibuk pegi beli barang la,” jawab Hajar yang ikot cedok kuah megi
aku. Nak tersedak aku dengar Ida nak kawin dah.
“Ida nak kawin dah? Bila???”
Zura n Hajar saling berpandangan. “Kau tak
tau ke?” soal Zura. Aku geleng laju.
“Dia belum nak bagi tau kot…hujung bulan ni
dia nikah. Lepas seminggu baru sanding. Kawin ngan budak kampong dia jugak. Ala tunggu je la, mesti
dia bagi kad nanti sebab dia lom edar kad lagi,” jawab Hajar panjang lebar.
Takut aku terasa kot.
“O…” aku angguk pelan n dalam kepala aku
terpikir kalau la aku tak kawin lagi mesti best kan . Tah macam mana la perasaan nak
kawin…sikit pon aku tak ingat. Ruginya!
“Oi makcik,” tegur Zura sambil sigung
tangan aku. “Berangan la tu. Tu mesej masuk tu,” Zura juih bibir kat tepon aku.
Cepat2 aku baca mesej.
Adam Psycho: Awak, boleh jumpa tak malam
ni?
Aku: Em…boleh kot…katne?
Adam Psycho: Saya kat depan rumah Hajar ni.
Hehe.
Pon! Pon! Erk cam bunyi hon kereta 60an je.
Haha. Ape la Adam ni…bagi je la salam.
“Sape tu?” soal Zura. Cepat je dia bangun
bukak pintu.
“Adam…tak tau la dia nak ape,” jawabku. Aku
tengok dia dah tercegat depan pagar. Zura n Hajar sama sibuk meninjau.
*********
“Wow! Beraninya awak ni! Kagum saya! Lili
yang saya kenal dulu sangat tegas, tapi tak la sampai amek tindakan berani
macam ni,” puji Adam. Puji ke?
Lepas 3 hari akhirnya aku jumpa jugak Adam
n kali ni kitorang jalan2 kat kat i-City. Macam biasa la, dia ni cepat je dapat
berita yang berkaitan ngan aku. Lampu2 kat i-City ni memang cantik n ramai
sangat orang dari serata tempat. Tapi first time kot aku datang sini. Hehe.
Aku toleh pandang Adam. “Saya pernah cerita
kat awak ke pasal Shiela n Linda?” aku cuba teka dari reaksi dia tadi.
Adam senyum meleret. “Awak, cuba awak tanya
apa2 je berkaitan diri awak kat saya, saya yakin saya tau, termasuklah pasal dua
orang minah senget tu,”
Aku tercengang. Perkataan ‘minah senget’ tu
aku yang selalu guna rasanya. “Apa yang awak tau?” pancing aku.
“Pasal apa yang awak cerita tadi tu la.
Awak dah tau lama dah pasal Shiela tu tapi awak takde bukti, sebab tu awak tak
dapat pecat dia. N yang paling penting awak tak pernah minum air yang dia bagi
kat awak sebab awak tau staf semua tak suka kat awak.
“Tapi tak sangka akhirnya awak berjaya
jugak pecat dia. Patut la Zack berangin je petang tadi…hehehe…” cerita Adam
menjawab teka-teki aku.
“Fuh…nasib baik saya tak pernah minum,” aku
tarik nafas lega sambil urut2 dada. “Tapi Zack tu kenapa dia marah saya teruk
sangat? Bukannya takleh cakap baek2. Hu.”
Betul jugak la Zack marah aku sebab pecat
diorang takde bukti. Tapi takkan la takde langsung perasaan nak backup aku? Ape
la sangat bayar pampasan nak dibandingkan dengan simpan minah senget kat opis kan ?
“Baru awak tau…Zack tu memang camtu, kalau
bab keje dia memang terlebih serius sejak ayah dia meninggal tahun lepas. Saya
je bertahan jadi bestfriend dia,” terang Adam.
Then Adam sambung lagi. “Pasal laser n
botox tu, bukan Zack yang bagi duit kat awak…semua duit awak sendiri. Saya
ingat lagi masa awak stress sebab orang sekeliling awak asyik cemuh awak cakap
awak tak sepadan dengan Zack yang hensem n kaya raya tu. Awak mengadu kat Maria
n dia yang bawak awak pergi treatment. Tapi saya suka awak dari mula kita kenal
tau, bukan sebab awak dah cantik!”
“Maria betul2 bestfriend saya ke?” soalku.
“Hm…” Muka Adam jelas tunjukkan yang dia
tengah berfikir. “Pada mulanya tak…Zack soh Maria kawan dengan awak sebab Zack nak
Maria sendiri tau yang dia takkan sentuh awak sepanjang perkahwinan. Pastu dia
plan lepas kontrak kawin korang tamat, dia nak kawin dengan Maria.
“Tapi apa yang dia rancang tak menjadi…sebab
Maria dah jatuh sayang kat awak n tak sampai hati tengok awak terus menderita. Fikri plak muncul tepat pada masanya n diorang terus kawin. Zack frust sangat2 n
sejak tu dia mula nak baik2 dengan awak. Tapi tak lama lepas tu awak eksiden n
sakit amnesia macam ni,”
Aku angguk pelan2 tanda faham. Buat masa ni
aku rasa semua cerita Adam boleh dipercayai. Kepala aku terus ligat berfikir
macam mana takdir aku berubah jadi macam sekarang ni. Aku yang biasa2 ni tiba2
je ada syarikat atas nama sendiri, bawak kereta mewah, suami kaya-raya…tapi
sayangnya hidup aku macam tak bermakna tanpa kawan2 dan orang yang aku sayang n
cinta…
Aku renung ke depan n tarik nafas dalam2.
“Adam, thanks sangat sebab banyak temankan saya,” ucapku. “Tapi saya harap awak
faham yang saya bukan Lili yang awak kenal dulu… Kadang2 memang saya rasa kita
pernah rapat, tapi saya masih confuse…kalau awak tak boleh terima, saya mintak
maaf…”
Adam angkat dua2 tangan n letak kat
belakang kepala dia. Dia senyum kelat n lepas nafas dengan berat. “Takpe wak.
Walaupun berat sangat hati saya ni, saya dah mula dapat terima… kalau awak
betul2 tak dapat ingat kenangan kita, saya dah ready untuk jadi kawan awak…
Tapi saya tak nak mengalah, saya akan cuba pikat awak semula n start
macam mana kita mula2 kenal dulu,” jawab Adam dengan ayat yang sangat
teratur…aku rasa dah lama dia susun ayat cmni.
Angin malam lembut menyapa…bau wangi
perfume Adam buat aku rasa tenang sangat. Beberapa saat kitorang cuma diam
je…dua-dua tak tau nak cakap ape.
Tiba2 Adam hulur tangan macam nak bersalam.
“Hai awak, nama saya Adam. Boleh kita berkenalan?”
Aku terkejut n terus ketawa. Adam ikut
ketawa. Aku sambut tangan Adam. “Hai. Saya Laili tapi kawan2 panggil saya Lili.
Selamat berkenalan (^^). Hihihihi…” Kitorang terus ketawa mengenangkan
perkenalan semula yang poyo ni. Tapi seriously, tiba2 terasa malam ni sangat
indah…haha… (^_^)
Bersambung…
2 comments:
waah, header cun gilak ;p
jeles3!
teruskan buat novelog yea ^^
hehe... tq33x... sori eunhyuk's bias...kekeke...xidi kene teruskan sampai habis...rase tak lama lagi habis kot =)
Post a Comment