Sep 25, 2011

Part 11: Bila Semua Akan Berakhir?

"Don't you get me, doc? I don't remember anything...kenapa nak paksa2 saya???" hati aku mula rasa panas bila Dr. Stephen paksa aku ingat balik pasal ape yg dah jadi masa eksiden dulu. Maria urut2 belakang aku n bisik soh aku bersabar.


"Im sorry Laili...I just wanna help. U have to try harder because it's the point where you lost your memories. Why dont you seek your friends' help?"

"Saya tak dapat contact kawan2 saya...yang ada semua kawan2 yang baru saya kenal," aku hempas badan kat kusyen. Tensionnyer kepala otak aku ni...doktor ni tak bleh pakai langsung. huhu. Muka jer mcm Tom Cruise. Huh.

"Ok. From my experiences, patient's partner normally will help a lot in triggering patient's memories. I'll ask Zack to help you. Hm... I guess that's all for today. Do call me if anything happen. I'll be happy to help," Dr Stephen bangun dari kerusi n ulur tangan nak salam. Aku mula rasa serba salah sebab marah2 dia je dari tadi.

Aku sambut salam Dr Stephen. "Doc, Im so sorry. Saya terlalu emosi. Saya akan call bila saya perlukan doc."

"It's ok. Take care, ok?"

Itu kali terakhir aku berbual ngan Dr Stephen. Minggu lepas masa Maria bawak dia datang rumah. Maria betul2 kawan yang sangat penyabar dengan perangai panas baran aku. Dia cakap dah biasa...nampak sangat panas baran aku tak berubah. Cuma minggu ni Maria tak dapat teman aku sebab dia kena pergi Pulau Pinang untuk fashion show sempena hari raya...


Erm...hari raya...aku langsung tak merasa raya tahun ni. Tahun lepas. n dua tahun lepas. Ntah macam mana aku sambut raya agaknye? Ntah2 sebab aku gadoh ngan abah, aku langsung tak balik rumah. Then Zack pon macam tak sambut raya jer...Zack asyik kerja sampai aku sendiri tak tau time aku keluar hospital semua orang Islam dah seminggu sambut raya. Huh. Tapi memang takde makna pon...family takde...kawan takde...husband pon takde...apekah life aku skrg ni??? Sedihnye...

Tiba2 aku rasa mata aku panas ngan air mata jatuh bergolek tepi pipi...mak...abah...huhu...

"Are you ok darl?" soal Maria dari dalam tepon.

"Yup. Im ok. Maria sorry ganggu you...I faham you bz. Im sorry I cannot help you...in fact, I know nothing about business! I memang rasa useless sgt2. I memang tak berguna...kenapa aku tak mati je lepas eksiden arituh?" terasa lepas semua rasa terbuku dalam hati aku ni.

"Lili tak baik you cakap mcm tu...U are such a brilliant woman in d world U know! That's why Zack loves U so damn much! Tapi betul ckp U...ramai dah tanya bila U nak buat comeback? Semua dah rindu nak dengar idea bernas U. Tapi I cakap U belum sihat. So takes your time...I'll handle it. ok?"

Aku tenung je siling pikirkan apa Maria cakap. Dia tak putus2 pujuk aku. Aku pulak mcm dah tak boleh kawal emosi sebab langsung tak ingat pape. "Thanks a lot dear...I untung sangat2 ada U," aku tamatkan panggilan dengan longlai. Air mata jatuh lagi...


**********

"Assalamualaikum...Lili! Lili! Assalamualaikum...!!! Hello!!!"

Entah camne aku boleh tertido kat atas sofa n dengar suara orang terjerit2 kat luar rumah. Aku pisat2 bangun tengok Adam kat luar.

"Waalaikumsalam...hai Adam...kenapa awak datang?" aku terus bukak pintu pagar bagi Adam masuk.

"Are you ok? Zack cakap awak ada masalah. Awak nangis sepanjang hari and murung je. Why? What happen?"

Ok ni pelik. Mesti Zack dapat tahu dari Maria tapi kenapa Adam yang datang? "Zack mana?" aku tak terus jawab soalan Adam.

"Zack fly pergi KK ada meeting. Dia bagi tahu saya suruh datang tengok awak sebab Maria pun kat Penang. Darl, are you ok?" Adam cuba pegang tangan aku tapi aku tarik balik lembut. Ada riak hampa kat muka Adam. Aku nampak dia betul2 risau...tapi aku frust giler ngan perangai Zack yang suka2 pass aku kat sape2 yang dia nak untuk temankan aku. Mana dia time aku perlukan dia? Huh.

"Sorry Adam...saya ok...awak boleh balik sekarang..."

"No, sayang. Awak pergi siap, saya bawak awak balik Shah Alam. Awak mesti pergi balik tempat awak eksiden dua tahun lepas," arah Adam. Berderau jugak darah aku bila dia panggil aku 'sayang'. 

"Er...ok..." Walaupon agak ragu2, tapi baik aku ikut Adam. Mana tau ingatan aku akan pulih. It's better try than never.

Sayang...hm...betul ke aku main kayu tiga belakang Zack? Adam...boleh ke saya percaya kat awak???




Bersambung....

Related Posts with Thumbnails