Nasib baik la Ida ni best friend aku.. kalau tak, tak kuasa aku nak dengar dia membebel.
“Kalau nak
diikutkan hati, memang dah lama aku tetak 18 si Zack tuh. Nasib baik aku waras
lagi,” marah Ida lepas dengar cerita pasal aku bercerai ngan Zack.
Aku telan air
liur. “Kau ni… lepas kawin makin bertambah ganas pulak ek? Hehe. Rilek la… aku
pon takde rasa pape..memang la sakit hati, tapi dah jodoh tak panjang, nak wat
camne?” jawabku.
Semalam kenduri
kawen Ida tapi aku tak dpt datang sebab kena pergi Singapore untuk marketing design
kain sutera baru. So harini aku datang la tolong Ida kemas rumah. Yela, dah la
tak datang kenduri, takkan nak buat tak tau je pulak kan ? Kata kawan baik.
Aku sebenarnya tak
nak citer dah pasal kes cerai aku ngan Zack… dah sebulan lebih kot settle. Tapi
kesian pulak kat Ida. Dia je yang belum dengar hal ni dari mulut aku sendiri…
jadi terpaksalah aku citer. Huhu.
Jam dah pukul 4.00
petang. “Ida, dari kol 11 tadi aku dok sini tapi aku tak nampak pon husband
kau?” soalku.
“Oh. Dia dah balik
Perak la lepas kenduri semalam… ada emergency. Minggu depan masa kenduri kat
belah lelaki baru aku jumpa dia balik,” jawab Ida selamba.
“Eh, cuti kawen
pon kena keje ke?”
“Tu la pasal… tapi
nak wat cmne, dah jadi doctor terpaksa la…huhu..” terang Ida.
O… doctor rupanya.
Untung la kawen ngan doctor… agak2 comel macam Joong Ki dalam Innocent Man, tak? Hehe. Suka hati aku je. Ngeh3...
“Wei ape ko pikir
tu?” sergah Ida. Terkejut aku dibuatnya.
“Hehe. Takde
pape,” dalihku.
“Kau dok rumah
Zack ke rumah Hajar sekarang?” soal Ida sambil ulur pinggan yang dah siap lap.
Aku amek pinggan
tu n susun bertindih dalam almari. “Aku dok rumah Hajar… tapi aku rasa nak
pindah keluar la. Company aku pon dah stabil skrg, aku ingat nak amek Hajar n
Zura jadi partner Mimosa Silk.”
“Wahhhh… bagusnya!
Bagus jugak ko amek diorang, sorang pakar finance, sorang pakar computer. Tak
yah ko susah2 cari orang nak handle semua tu,” jawab Ida excited lepas dengar
idea aku.
“Betul2. Ko tak
nak keje ngan aku?”
Ida terdiam
sekejap. “Er.. bukan tak nak, tapi takpe la. Aku dah selesa keje kerajaan
sekarang ni,” jawab Ida teragak2.
Aku senyum je.
“Aku tau… sbb tu aku tak tanya ko pon… Sape nak benti kalo dah keje kerajaan kan ?” Kitorang terus berbual sambil susun pinggan mangkuk dalam almari.
Kalau la aku tak hilang ingatan, mesti aku dapat control company dengan jayanya… tapi tu la masalahnya, aku kena mula dari zero balik. Memang susah. Tapi nasib baik pekerja semua boleh diharap.
Aku yakin aku & Mimosa Silk akan berjaya nanti. Hwaiting!
“Laili!!! Baru aku
teringat! Tapi Adam tak kasi aku cakap sebenarnya ni...” Nak
gugur jantung aku tiba2 je Ida tepuk peha aku.
“Ish kau ni, nasib
baik aku takde sakit jantung tau. Kenapa dengan Adam?” soalku.
Ida garu2 kepala
dia. “Macam mana nak cakap ek…hmm… Actually kan , Adam selalu jugak mesej aku… dia selalu
tanya pasal kau. Tapi kan ,
semalam dia cakap kat aku, esok dia nak pergi Jepun. Dia nak kerja kat sana …”
“Kerja kat sana ???!” bulat mata aku
nak pastikan aku tak salah dengar. Ida angguk laju.
“Dia cakap macam
tu la… dia tak kasi bagi tau kau… em.. korang dah lama tak contact ek?”
Aku ketap bibir.
“A’ah… memang dah lama tak contact. Aku
pun tak ingat bila last aku contact dia… huhu…”
“Kau tak sedih ke
kalau kau tak dapat jumpa dia lagi?” soalan Ida buat aku blur kejap.
Aku tak tau apa
dalam hati aku pikir… “Hm.. tak kot… dah dia tak nak aku tau, watpe aku nak pegi cari dia lagi,”
“Kau ni sengal la…
mesti la dia nak kau tau yang dia nak pegi Jepun… kalau tak, watpe dia bagi tau
aku? Aku rasa la, dia nak kau cari dia kat airport esok,” terang Ida.
Kuang asam betul
cakap aku sengal.cis. “Ah takde maknenye dia nak soh aku cari dia. Biarla. Wei
aku nak balik la… Aku nak pergi tengok rumah aku kat Bukit Raja, nak kemas apa
yang patut,” memang patut aku balik ni… dah nak patah pinggang aku basuh
pinggan mangkuk tadi. Hohoho...
******
‘Home Sweet Home’.
Aku baca papan
tanda yang tergantung kat luar pintu rumah. Serta merta aku teringat waktu kali
pertama aku sampai rumah ni dulu. Masa tu Adam yang bawak aku ke sini. Hmm…honestly,
aku rindu Adam… aku rasa bahagia kalau dia ada dekat ngan aku....
Stop. Kenapa nak
fikir pasal Adam yang nak tinggalkan aku tu?
Tinggalkan aku?
Laili, jangan nak perasan. Dia nak tinggalkan Malaysia , bukan kau sorang je.
Okayyyy... sila berhenti mengomel sorang2.
Baru aku nak
labuhkan punggung atas sofa, tiba2 tepon aku berdering. Private number yang call in. “Hello?” jawabku
berdebar-debar. Mintak2 la Adam yang call.
“Hello Laili. It’s
me, Zack,” jawab satu suara yang amat aku kenal dari hujung sebelah sana . Haish. Kenapa Zack
yang call?
“Yup Zack. How can
I help u?” Soalku. Budget sombong sikit.
“Oh. I just wanna
remind you about a payment…”
“Payment? Payment
apa?” soalku dengan nada pelik.
“Kolam renang
bawah tanah rumah kita tu… I mean rumah u skrg. The payment hasn't settle yet… so, can u make it quick? Coz I don’t like keeping my friend waiting
for a small payment,” terang Zack dengan nada selamba ayam dia.
Dahi aku mula
berkerut. “What do you mean hasn't settle yet?”
“That swimming pool was the
last part of the house. That time, Nick – kawan I yang juga the contractor masa
tu dia ckp kita boleh buat payment lepas siap interior design. Now, since rumah tu
sekarang atas nama u - -”
“Ok2 make it
short. Berapa semua yang belum settle?” Grrr… Zack ni buat aku panas je la. Ni
pun nak berkira ke???!
Dari dalam tepon aku dengar Zack selak2 kertas. “It was... forty thousands ringgit only,”
“What? Is that
‘SMALL’? Gosh! Never mind, I’ll settle it!” terus aku matikan telefon. Bagi dia
RM40,000 memang la sikit. Tapi bagi aku? Grrrr~~!!!
Kenapa mahal sangat kolam renang tu? Beli kolam plastik dah la. Zack ni betul2
gila lah! Tak habis-habis nak cari pasal ngan aku!
Belum sempat
hilang marah, 1 sms masuk tepon aku.
Zack: Why so
hurry? 40k is exclusive interest. Grand total is 48k. U can settle it soon
rite? By the end of this week?
Aku: No worries! Damn u!
Aku hempas telefon
kat atas sofa. Marahnya!!!!!
Jam dah pukul 8.30
malam. Bukan badan je letih, tapi aku rasa kepala otak aku pun dah kerja
overtime harini. If only I know how to curse, dah berbakul2 agaknya Zack kena
sumpah!
Bila masuk bilik, mata aku
terpandang gitar yang Adam cakap milik aku kat tepi katil. Aku capai gitar tu,
duduk kat birai katil n cuba
petik talinya satu per satu ala ala Ana Rafali. Tapi bunyi yang aku petik tak
sama dengan bunyi yang aku bayangkan. Ha-ha-ha. Gelak sorang2. Ok give up on
playing guitar.
Kalau Adam ada,
mesti dia boleh ajar aku balik mcm mana nak main gitar…
Adam. Adam Adam.
Kenapa aku asyik teringat kat dia? Esok dia nak pegi Jepun dah.. perlu ke aku
cari dia kat airport? Tapi mak aku pernah cakap dulu, perigi tak boleh cari
timba. Kalau dia nak jumpa aku, mesti dia sms aku, kan ?
Hmmmm…..
Fikiran aku rasa
tenang sikit bila kenangkan Adam. Serabut kalau pikir pasal Zack. Aku jalan ke
beranda n perhatikan anak2 kaktus yang comel2 kat beranda tu. Aku capai 1 anak
kaktus warna pink yang paling kecik antara banyak2 tu.
Aku bercakap dengan ‘Asuka-chan’ (ok aku namakan dia Asuka-chan sbb bila aku tengok
dia warna pink, aku teringat bunga sakura kat Jepun. Eh tak tak tak. To be honest, aku
teringat kat Adam yang nak pegi Jepun esok) sambil usap duri-duri tajam 'dia'.
“U must be my
baby… the youngest one, rite? U so cute… I really wish u can tell me how ‘we’
met... Oh! Asuka-chan, awak mesti tahu mcm mana hubungan saya dengan Adam kan ? Betul ke kitorg-- OUCH!!!”
Serta merta pokok kaktus pink tu jatuh ke lantai. Jari telunjuk tangan kanan aku
terasa bisa.
“Ah…. Kuang asam
punya Asuka-chan! Ko cucuk jari aku?” Darah mula menitik-nitik. Bisanya!!! Cepat2
aku pergi ke sinki nak basuh.
Tengah aku basuh,
tiba-tiba kepala aku berdenyut2. Aku tutup air paip sinki n pejam mata rapat2. Aku
dapat memory flashback!!! Berputar2!
“Ahh..” Aku paut tangan kiri aku kat sinki sbb aku rasa nak rebah. Dalam flashback, aku nampak aku dengan Adam...
... kitorang duduk atas bangku ... depan kitorang ada unggun api ...
“Argh!” Sakit kepala aku makin kuat.
... aku main gitar ... tiba-tiba Adam hadiahkan aku sesuatu…hadiah tu ... Asuka-chan?
“ARGHH!” Sakitnya
kepala aku! Macam kena ketuk dengan batu!
Aku genggam rambut aku sekuat hati guna
tangan kanan yang tercucuk duri tadi. Dah tak rasa bisa dah. Flashback terus-menerus
menerjah.
... jari telunjuk aku
tercucuk duri Asuk-chan... Adam genggam jari aku kuat2, lap darah kat tisu... hisap
jari aku untuk hentikan darah...
Aku mula terhuyung-hayang.
“SHIT!” Sumpahku bila aku tertolak pasu bunga berisi ros atas meja makan. Pasu
tu jatuh pecah berderai atas lantai. Pandangan aku jadi kabur… bayangan memori
aku yang hilang sebelum ni makin jelas.
... aku nampak muka Adam dekat sangat dengan muka aku ... mata Adam redup pandang mata aku ...
Kaki aku mulai longlai…
aku terduduk tepi cabinet dapur bila nampak bayangan seterusnya…
... Adam nak cium aku ...
Tanpa sempat aku nampak flashback tu betul2, pandangan aku gelap & aku terus tak sedarkan diri -_-
Adam cium aku ke??? We kissed??? For real???!
Bersambung.... ^__^