May 30, 2015

Re-Cap: Hidup Baru 2014-2015

Assalamualikum beautiful readers!!!
Anneyonghasayeo~

Fufufu...

Bismillahirrahmanirrahim.

Menggigil tangan nak buat entry blog. Taip 1 perkataan, backspace3x. Taip lagi. Perghh...previous post was on November 2013??! Hahaha...berkurun lama dah tu. Header tu...abaikan je la muka Heechul tu. Tak sempat la nak buat header 'matured' sikit. Hihihi.

Kenapa tiba2 nak menaip? Sebab nak story-mory kat sini pasal apa yg dah berlaku since previous post, sampai la ni. So.. this entry will be hell long. I swear.


*******

Early 2014: Post-concert withdrawal syndrome


Hahaha..memang bermasalah. Pergi konsert SS5 bulan 11, tapi syndrome ni kekal sampai bulan 3 kot. Asyik teringat je. Al maklumla Super Junior punya konsert mmg entertaining habis. Mana tak kena syndrome ni. Hehe. Pastu siap plan ngan ELF apa projek plan untuk SS6, pakat simpan duit dari day 1 after concert, then nak buat projek jual towel 'Never Leave You'.. etc.etc..

Tapi yang sedihnya tahun ni SS6 tak ada kat Malaysia...paling dekat pun kat Singapore. Ramai jugak ELF yg ada duit lebih dapat ke sana. Me? Kalau ada duit pun saya tak pegi kot. Sebabnya? Nanti saya cerita.


Mid 2014: Dirisik-terima-putus


Ohho (buat suara Shin Chan).. yang ni part paling tak best untuk di cerita dan di ingat sampai bila2. So biarkan tajuk menceritakan segala-galanya. Damn.

21 June 2014: Dirisik - terima - bahagia :)


Ok yang ni best. Hahaha. Gatai. This namja yang merisik saya ni, kulitnya putih..orangnya tinggi lampai 183cm...bekas pemain rugby..pandai cakap Korea ---- ehem2.

Mesti korang yg tak tau pasal ni, pikir aku tengah berangankan mamat Korea kan? Sorry. Saya bukan tengah cakap pasal Heechul. Yang ni, dia truly Malaysian, okay. Kembang hidung sat.

Tu baru ciri luaran. Ciri dalaman tu yang penting tu. Solat tak tinggal. Boleh jadi Imam. Tak merokok. Romantik. Protective. Penyayang. Pandai menawan hati... dan banyak lagi la ciri lelaki yang selalu korang tengok dalam drama Korea. Why? Sebab this someone special ni dia pun minat cerita Korea. Jadi dia nak jadi romantik dan penyayang macam hero drama Korea tu. Katanya la. Sweet tak? Jealous tak? Hehehe... 

My sweet heart, Mohd Suffian Abd Majid. If you read this, you know..ehem.. I love you darling <333 div="">

Saya bukan nak buat awak semua jealous atau menyampah, tapi inilah dia 'The Power of Du'a'. Baca tak tajuk sub-heading pasal putus kat atas tu? Sebab putus tu la saya tak berhenti berdoa dan tak putus berharap pada Allah untuk bertemu dengan pasangan hidup yang serasi dengan saya. Dan saya jumpa dia... krik krik krik...

Cheesy sgt dah ni.

Oh. Btw, family bakal En. Husband ni datang merisik 2 minggu sblm Ramadhan menjelma. Masa merisik terus tentukan tarikh nikah dan kenduri. Lepas bincang antara 2 keluarga, tarikh nikah ialah 13 September 2014. What? Cepat sgt? Takda lah. Benda baik kan, nape nak tangguh lambat2, betul tak? Cukup je masa 3 bulan untuk prepare majlis.

12 July 2014: Bertunang


Yang ni best. Bertunang time bulan puasa..tak pernah dibuat orang! Haha. Tak plan pun nak bertunang..tapi inilah yg terjadi. Boleh baca cerita penuh kat fb saya ok. Tak larat nak taip kat sini. Hehehe. Mianhae.

August 2014: Raya, Persiapan kahwin, Job hunting, Interviews


Haaa...hambik kau! Banyak giler nak di uruskan! 

Orang lain shopping beli baju raya, saya shopping beli barang hantaran dan baju nikah. 
Orang lain buat kuih raya, saya isi borang dan siapkan dokumen nak hantar ke pejabat agama. 
Orang lain jahit langsir, saya jahit backdrop untuk bilik pengantin.
Orang lain raya sakan, saya sibuk cari kerja kat internet dan attend interviews. 

Interview bukan kat Melaka, tapi semua kat Port Klang. Yela, husband orang Klang dan mesti la nak duduk ngan husband lepas kahwin kan? Lebih 5 interview saya rasa. Letih...tapi sebab nak attend interview ni la saya dapat kenal rapat ngan family husband. Sebab biasanya saya akan stay kat rumah beliau untuk attend interview the next day dan beliau akan bawa saya pergi tempat interview.

Dan alhamdulillah sangat2...Allah mudahkan semuanya. Rezeki nak dirikan masjid, saya diterima kerja kat Telok Gong. Lebih kurang 10km dari rumah husband. Dekat kan? Syukur.

September 2014: Resign, Majlis kahwin, Bercinta selepas nikah :)


As soon as I announced my wedding date to my office mates, they were really shocked! 

Dah kenapa tulis BI ni? LOL. 

Kawan2 ofis ramai yg terkejut bila saya bg tau sy nak kahwin sbb diorg tak tahu bila masa saya bercinta dan bila masa saya prepare untuk kahwin. Memang saya tak banyak bercerita sebab tak nak org kecoh. Tapi sebenarnya husband dah beberapa kali datang jemput / hantar saya kat ofis..mgkin diorg tak perasan..atau saya ni bukan orang penting? Sigh..

Bila edar kad jemputan, saya submit jugak resign letter kat HR. HR faham dgn situasi saya sbb saya tukar kerja sebab nak ikut suami, bukan sebab dah tak suka kerja kat TPC. Saya inform HR untuk ambil kawan saya yg kerja kat lab Huat Lai untuk ganti tempat saya. Seminggu sebelum saya tinggalkan TPC, sempat la saya ajar Aishah kerja2 yang patut dia buat. Terlalu singkat masa training tu..tapi apakan daya, bos lambat pindahkan Aishah dari HL ke TPC. Tempat kerja baru saya kat Telok Gong pulak urgent nak pakai orang. Hmmm...

It's ok. Saya still bantu Aishah melalui fon kalau ada apa2 yg dia tak faham.

13 September 2014, saya dan suami disatukan dengan 3 kali lafaz oleh abah saya. Wawawa!!! kelakar abah den ni. Dia pulak nervous sampai tersasul2. En. Husband sekali lafaz je. Steady baby!

Majlis nikah sebelah pagi, then tengahari sanding. Lepas nikah, family husband balik rumah makcik husband kat Bertam. Time nak sanding pukol 1, family En. Husband tak sampai lagi sbb jalan sempit dan tak ada tempat parking. Jadinya kami berarak dengan pengapit je tanpa family lelaki sbb kumpulan qasidah Pak Busu (yang iring berarak) nak gerak ke tempat lain lepas tu. Sedih, tapi tak apa la janji selesai.

Majlis kenduri meriah sbb saudara mara dari Singapore datang. ELF datang. Office mate dan org HQ datang. Kawan2 MAS abah pun datang. Makanan pun sedap sangat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Lepas selesai majlis kat rumah saya, majlis rumah lelaki 1 minggu lepas tu. Best jadi pengantin baru. Hihihi. Indah beb! Lagi2 kalau yang bercinta lepas nikah macam kami ni. Sape yang belum bertemu jodoh tu, ikhlasnya saya doakan awak semua cepat2 bertemu jodoh dan bernikah. Aaaminnn.... Hwaiting!

Berbalik kepada topik kenapa saya tak nak pergi SS6 kalau ada kat Malaysia, sebabnya, inilah. Saya dah bersuami dan suami mesti di dahulukan :)

End of 2014: Selamat datang ke Live Well Sdn Bhd


Hidup baru. Suasana baru. Tempat kerja baru. 

Saya mula kerja kat Live Well ni bulan October 2014. Live Well ni anak syarikat kepada Champ Fungi Sdn Bhd (kenapa la den asyik kerja ngan anak syarikat je?). Company ni basically proses salad yg siap untuk dimakan (ready-to-eat)..khasnya untuk orang2 yang dok bandar dan tak sempat nak basuh sayur sebelum makan -ceh-. Chairman nya org Holland..boleh dikatakan international company jugak.. jadi stress kerjanya tahap international jugak la. Huhu.

Saya kena report direct pada director yang stay kat Singapore - Robin. Kadang2 staffs panggil dia Robin Hood. Asyik terbang sana sini..kejap S'pore, kejap Klang, kejap lagi kat Melaka, tiba petang dah kat Thailand pulak. Esok2 kat Holland dah. Hidup dalam kapal terbang je dia ni. Seorang yg senang di bawa berbincang..lebih kurang 40-an, berbangsa Cina, muka macam Melayu, dan beragama Islam.

Tapi...

Ada satu perangai Robin Hood ni yang buat saya tambah stress...dia suka marah2 dalam email. Hwaaaa...selalu stress kalau nampak email dia. Bila jumpa depan2 ok je. Tapi bila dalam email, dia punya tanda soal berganda2 macam ni ??????. Then tanda seru pun sama macam ni !!!!!!!! Mahunya tak stress?????

Early 2015: Beli rumah


Lepas lebih kurang 3 bulan kerja kat LW, saya dan husband dapat cari rumah yang dalam budget kitorg. Rumah 2nd hand. Kenapa beli rumah 2nd hand? Ya Allah, rumah baru kat Klang ni bapak mahal! Rumah flat yang tak ada lift tu tingkat 5 harganya RM170k. Tingkat bawah sekali RM280k. 700kps je kot. Untuk mengelakkan bebanan hutang sepanjang hayat, kami buat keputusan untuk beli rumah 2nd hand je. 

Alhamdulillah rumah yang kami beli ni atas tanah (bukan rumah flat), RM170k, tepi highway Kesas dan bersebelahan dengan pusat bandar Bukit Tinggi, Klang.

Tapi proses beli rumah 2nd hand bukanlah mudah macam nak beli rumah baru...banyak sangat prosedur dan bayak sangat pakai duit in cash! Syukur la husband saya ni masa muda2 hobinya simpan duit...kalau tak, mana nak cari duit ribu-ribu dalam sekelip mata? Terima kasih En. Husband..terima kasih Allah...sobs3x...

Awak semua google je la ye cerita pengalaman orang lain yg nak beli rumah 2nd hand. Saya tak ingat dah step2 nya...in fact, sampai tarikh entry ni pon, proses jual beli masih belum selesai. Dah 90% rasanya. Sekarang tengah tunggu surat dari pejabat tanah.

April 2015: Pregnant?


Alhamdulillah masuk bulan April 2015 ni, genap 7 tahun bulan perkahwinan saya dan suami. Baru 7 bulan tapi kami teringin sangat nak anak. Dan belum rezeki kami lagi :( Ramai yang bertanya jadi kami jawab 'belum ada rezeki lagi'.

Ada sekali tu saya kena period pain yang sangat teruk jadi saya dan suami buat keputusan untuk jumpa gynae kat Poliklinik Barakah, Bandar Puteri. Takut jugak kalau2 ada cyst dalam rahim. Na'uzubillah. Alhamdulillah tak ada apa2. Doktor yg beri consultation ni cakap kemungkinan saya kena period pain sebab stress. Rasanya betul la cakap Doc tu..saya kan stress pasal kerja. Huhu.

End of April 2015: Mak Abah tunaikan Umrah


Syukur alhamdulillah, tercapai cita2 mak abah untuk jejakkan kaki ke Makkah. Masa hantar mak abah naik flight, adik beradik abah ada yg datang menghantar jugak. Saya dan adik2 menangis...gembira dan sedih bercampur baur. Sedih sebab selalunya kami adik beradik yang tinggalkan mak abah untuk balik asrama dan sebagainya. Tapi kali ni, mak abah yang tinggalkan kitorg. 

Bila balik dari umrah, saya dan suami jemput di KLIA. Abah gembira sangat. Mak pulak demam teruk. Macam2 abah bawak balik untuk kitorg adik beradik dan saudara-mara terdekat. Bila malam, abah bercerita pengalaman kat sana dan tunjuk video yang abah rakam. Seronok dengar abah bercerita :)

May 2015: Resign Letter


Ya. Saya hantar surat resign dengan notis 2 minggu sebab saya tak tahan menanggung stress kerja. Suami pun bersetuju dengan keputusan saya sbb dia pun tak tahan dengar saya mengadu stress kerja. Huhu.

Tapi surat tu hanya surat..boss Robin Hood tu tak terima. Hampeh. Dia tanya kenapa then I explained why. Lepas tu dia cakap nanti akan hire sorg asst.manager production supaya tekanan kerja berkurang..hopefully. Sebab jumpa Robin Hood ni face to face, saya tak tau nak bidas apa yang dia cakap. So saya tarik balik resign letter saya...huhu....

Tapi lepas peristiwa resign not accepted ni, Robin dah kurang hantar email yang menambah stress. Hahaha. Bagus jugak. Atau saya yang dah boleh cope ngan stress kerja kat sini? Wallahualam...semoga saya diberi kekuatan.


*******

WOW!!!

Panjangnya entry kali ni! Sakit bahu den menaip. Tapi takpe, puas hati. Pasni tah bila pulak saya nak up entry baru kan...entah2 tahun 2016 pulak. Hahaha.

Dalam tempoh setahun ni, banyak betul pengalaman hidup yang boleh saya kongsikan, kan? Insya Allah kalau ada masa, saya edit entry ni untuk masukkan gambar kat mana-mana part yang berkenaan.

Btw, lagi 1 hari nak masuk bulan June 2015. Lagi berapa minggu je nak sambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kita kali ini pernuh berkat hendaknya...


P/S: Adik bongsu saya, Nur Saiyidah, ada orang tulis artikel pasal blog dia kat surat khabar Berita Harian! Best baca artikel tu sebab ada mention nama saya. Hehehe.


Assalamualaikum beautiful world.
Annyeong~~~






Related Posts with Thumbnails