Oct 12, 2011

Part 12: Ida, Zura & Hajar



"Assalamualaikummm....!!!" jerit Adam buat ke berapa kali ntah. Peluh kat dahi aku dah merecik2 sbb berdiri bawah matahari ni. Huhu. Tekak pon perit sbb dari tadi terjerit2 bagi salam tapi tak ada sapa keluar rumah. Pagar tak berkunci tapi rumah mcm sunyi tak ada orang je.

"Dah la Adam. Dia tak ada kat rumah kot. Mana awak tau ni rumah Hajar?" soalku n terus masuk kereta Adam. Adam pon ikot masuk kereta n hidupkan enjin n pasang air-cond kuat2. Aku meamng ingat sangat ni rumah Hajar sebab aku slalu lepak kat cni...dulu...dua tahun dulu.

"Mestila saya tau...dulu awak ada tunjuk kat saya. Saya tak tau awak ingat ke tak tapi awak ada 3 orang kawan baik dulu nama Hajar, Zura n Ida."

"Saya ingat! Awak tau pasal diorang???" aku excited giler dengar Adam tau pasal kawan2 aku. "Cuba awak cerita apa yang awak tau? Saya tak ingat kenapa kitorang terpisah!"

Adam garu2 dagu dia yang tak berapa gatal kot. "Err...sebenarnya saya tak tau dari awak. Tapi saya dapat tau sendiri...saya siasat sendiri...sorry...awak jangan marah ek?" Adam buat muka sorry dia. Tapi napa aku nak marah?

"Watpe saya nak marah...cerita je la apa yang awak tau."


Adam mula drive tapi xtau nak bawak ke mana. Aku ingat2 lupa jalan kat Shah Alam ni coz dah banyak berubah...Seksyen 7 pon dah jadi bandar...jauh beza!

"Awak tau tak semua kawan2 Zack & kawan awk selepas awak kawin dengan Zack kenal awak sebagai seorang p'puan yang tegas n serius? Tapi semua tu kantoi lepas saya nampak awak nangis kat ofis awak..."

Wow! Ni la cerita yang aku tunggu2! Mata aku tak b'kelip tunggu Adam sambung cerita. "Knapa saya nangis?"

"Sabar la saya cerita satu2..." Skali skala Adam toleh pandang aku yang dok sebelah. "Lepas sy tengok awak nangis, saya beranikan diri jadi bzbody sket.hihi."

"Saya sebenarnya kesian kat awak sebab awak tak ada kawan yang betul2 kawan awak masa tu...semua kawan kerja je. So saya pikir mungkin sy boleh jadi kawan awk..." cerita Adam n parking kereta depan kedai makan. Aku nak terlupa dah yg kitorang lom makan dari keluar tadi.

Sambil makan lagi best borak ni. Hehe.

Adam order kan aku kuey teow hailam yang sememangnya faveret aku. N dia order nasi goreng pattaya.Simple jugak Adam ni orangnye. Tak macam Zack yang penuh adab tatasusila....

Kim Heechul Oppa =P

"Awak nangis sebab awak rindukan kawan2 awak yang nama Hajar, Zura n Ida tu la. Masa awak bercerita tu saya terkejut jugak awak ckp Melayu ngan saya...sejak tu saya tahu mesti ada rahsia disebalik perwatakan awak."

"Awak cakap awak terpaksa pergi jauh dari hidup diorang. Awak macam merajuk tapi hati awak keras n ego sangat. Awak langsung taknak cari diorang walaupon awak rindu kat diorang..."

Aku suap pelan2 kuey teow yang panas lagi dalam mulut aku...dah lama x makan mendalah ni tapi telinga aku taknak terlepas satu perkataan pon dari mulut Adam.

"Awak tak cerita kenapa awak lari dari diorang tapi saya pergi siasat sebab sy nak lebih memahami awak...sampai awak eksiden aritu pon awak tak tau yang saya dah tau apa yang berlaku antara awak n kawan2 awak dulu..." giliran Adam pulak suap nasi kat mulut dia yang celoteh tu.

Hm...complicated sungguh... tapi baik aku dengar sampai habis. "Awak ni slow sangat la bercerita...cuba laju sket."


"Saje saya citer slow2 supaya dapat luang masa ngan awak lama2. Hahaha..."

"Ha.Ha. Tak kelakar pon. Cepat la sambung!"

"Awak ni gelojoh tak berubah ek. Haha." Suka Adam nak ngusik aku. Tapi malas aku nak layan. "Ok2. Sorry Lili saya just rindu awak sangat2."

"Satu hari tu saya pergi tempat kerja lama awak. Saya jumpa Ida je sebab Hajar n Zura dah resign. Ida banyak jugak bercerita pasal awak walaupon mula2 dia cakap tak kenal sape awak. Saya tau dia tipu sbb saya cam muka dia. Awak penah tunjuk gambar kawan2 awak kat saya n awak selalu bawak gambar tu."

Wah betul la Adam ni kenal rapat ngan aku...dia tau aku simpan gambar kawan2 aku! Aku tak rasa Zack tau. "Mcm mana awak korek rahsia? Apa yang dia cerita kat awak?" soal aku.


Adam sedut air teh o ais limau dia n sambung. "Saya cakap awak dah nazak n nak minta maaf kat kawan2 awak. Haha! Terus dia cerita semua. Tapi lepas dia cerita, saya bg tau la yang saya tipu...hehe...Saya ni memang pandai berlakon...silap2 Ida tu dah jatuh cinta pandang pertama kat saya...hahaha..."

Betuah betul mamat ni. Ke situ plak. Huhu.

"Ida cakap Hajar n Zura resign sbb awak resign...diorang rasa bersalah kat awak. Tapi Ida cakap diorang kesal sangat dengan awak yang langsung tak nak dengar penjelasan diorang..."

"Kenapa pulak? Huh. Apa yang dah jadi sebenarnya? Awak ni cerita la betul2 jangan la belit2...huhu..." Aku tolak pingggan aku yang licin jauh sket ke tengah meja.

"Habiskan air milo ais awak dulu pastu kita jalan lagi. Dalam kereta saya sambung," jawab Adam selamba je. Hm...dia ni kan...eee...geramnya! Tapi muka dia ni mcm familiar sangat2...aku rasa ingatan pasal dia ni datang dalam kepala aku slow2...



Bersambung....

No comments:

Related Posts with Thumbnails