Jan 20, 2012

Part 24: Berenang Sepuasnya!



Aku tak sangka dah dekat seminggu aku dok kat kampung. Aku ingat lagi masa mula2 aku melangkah masuk, rumah ni jadi senyap sunyi macam ada malaikat maut lalu. 

Tapi lepas je aku salam abah n abah mengalir air mata, terus suasana berubah. Aku peluk abah kuat sangat…walaupun aku tak faham keadaan sebenar dua tahun dulu, tapi aku rasa biarla semuanya berlalu.

Laila cakap abah dah selalu sakit2 sejak akhir2 ni… Farid pulak jarang2 tepon rumah. Aku tengok muka mak berseri-seri sangat sepanjang aku kat rumah ni. Tiap2 hari masak lauk sedap2. Seriously aku rindu giler kat suasana macam ni!

“Abah ni umur dah tak panjang…abah tau abah banyak salah dengan kau…abah mintak maaf…” ucap abah masa aku dok ngan abah kat luar rumah petang tadi. Mata aku mula berkaca. Tak pernah2 abah cakap macam ni ngan aku. Huhu.

“Abah benda lama jangan la ingat lagi…Li pon tak ingat pape dah pasal semua tu…” jawabku sambil genggam tangan abah.

Anak mata abah merenung jauh ke depan. Mesti terlalu banyak yang abah tengah fikir. “Farid sampai sekarang benci abah sebab gunakan kau nak bayar hutang. Aku ni bukan ayah yang baik…kau nanti ada anak kau didik la elok2," kata-kata abah terhenti seketika.

"Aku tau sampai sekarang kau dengan Zack hidup tak bahagia…tapi kalau kau dapat maafkan abah, terima Zack sebagai suami kau, abah rasa abah boleh pegi dengan tenang…” sambung abah lagi.

Aku jadi sayu dengar suara abah. “Abah tak yah la cakap bukan2…” jawabku. “Li cuba mula hidup baru dengan Zack demi abah…abah jangan risau ye,” pujukku. Abah senyum.

Aku happy sangat2 tengok abah senyum. Aku tak tau macam mana marahnya aku kat abah dulu, tapi ni la hikmahnya aku hilang ingatan. Walau macam mana pun abah buat kat aku, abah tetap abah aku kan

Maknanya aku kena la lupakan peristiwa kena marah dengan Zack kat opis haritu…lupakan Adam…n start a new life!

Tiba2 mata aku terpaku kat seseorang kat pagar rumah. Lepas beberapa saat baru aku dapat cam yang tu Farid. Dia macam teragak2 nak masuk, mungkin sebab dia nampak aku kot.

“Farid!!!” Jeritku. Farid masih lagi tercegat. Lepas aku lambai2 soh dia masuk baru la dia mula melangkah pelan2.


Aku ulur tangan kalau2 Farid nak salam aku. Nasib baik dia sambut tapi acuh tak acuh je. Dia wat tak nampak je abah kat sebelah aku. Hampeh betol. 

“Ape mimpi kau balik ni? Dah bercerai ngan Zack ke? Akhirnye pandai jugak kau guna otak ek,” kasar betul ayat budak ni. Macam ni ke cara adik jumpa kakak? Huh.

Belum sempat aku jawab, mak dah memekik kat belakang. “Kau hormat sikit kakak kau tu! Tak habis2 suruh kakak kau bercerai. Kau tu yang ape mimpi balik sini? Dekat tiga bulan tak dengar khabar berita, telepon lagi la, haram!” Hambek kau kena sound. Kekeke.

“Bising la mak ni. Orang penat la,” jawab Farid.

“Pandai pulak cakap aku bising? Anak bertuah. Ni tengah2 minggu balik ni, kau tak keje?” soal mak lagi. Aku ni nak tergelak pon ada. Tak tau nape…dah lama tak tengok mak n anak bergadoh kot. Hehe.

“Orang dah benti la…” jawab Farid n terus masuk bilik dia.

Dah benti? Dia keje ape kat JB pon aku tak tau, ni dah benti pulak? Mak sambung lagi membebel sampai aku sendiri tak larat nak dengar. Ni la kehebatan mak, bising sampai pagi pon takpe. Hehe. Tapi bila aku pandang abah, aku tengok abah tengah termenung lagi. Aish…

“Abah menung ape lagi ni?” soalku.

“Hm…” berat keluhan abah. “Kat pejabat kau ada keje kosong? Kalau ada, kau bagi la kat Farid tu,” sambung abah.

“Li pun tak tau bah. Li bukan biasa lagi kat sana… tapi nanti Li cuba tanya Zack,” jawabku.

Nak tanya Zack ni yang lemah ni…dah la susah nak jumpa dia, aku pulak baru lepas cari pasal kat opis. Huhu. Boleh ke dia bagi Farid keje?

“Zack tu bagus…dia tak pernah kedekut duit. Farid tu benci Zack tapi dia tak tau belanja rumah ni Zack hulur tiap2 bulan. Masa dia kene lokap sebab bergadoh dulu, Zack yang tebal muka pegi jamin dia. Dia asyik pikir Zack jahat, buat kau merana. Dia cakap abah gunakan kau, tapi dia tak pikir Zack pun terpaksa ikut kehendak arwah ayah dia,” cerita abah panjang lebar.

Aku terdiam. Sayang jugak Farid kat aku ek. Tapi abah ni sanjung sangat ngan Zack ni nak soh aku terima dia ke? 

Hm…terima tak terima, dia laki aku jugak. Daripada aku kawen ngan Nick dulu, Zack lagi baik kot. Cuma masalah dia ni tak reti nak rehat dari bekerja. N langsung tak peduli kat aku. Aku pun tak tau dia betul sayang n cinta kat aku ke tak. Huhu.

********


Mana Zack ni? Huhu. Dah kol 12.30 pagi ni takkan dia kat Klang lagi kot? Huhu. Elok2 aku berbunga2 hati nak balik rumah nak jumpa dia, ni dah takde mood dah sebab tunggu lama sangat. Huhu. 

Baru aku ingat nak slow talk ngan dia…nak bincang baik2…pastu nak tanya boleh tak dia amek Farid keje ngan dia? Tapi ni bayang pon takde.

Aku teringat lagi suasana makan malam kat rumah tadi. Makan malam yang paling indah sebab dapat makan satu family. Mak, abah, Laila n Farid…ntah berapa lama agaknya mak abah tak rasa hepi macam tadi. Tiba2 aku rasa semua masalah dah selesai. Yuhuuu!!!

Farid n abah dah ok…lagi tambah ok bila aku cakap aku nak tolong dia cari keje kat tempat aku. Aku tau selama ni dia memberontak sebab kesian kat aku…tapi bila dia tengok aku dah maafkan abah, takkan dia nak lebih2 pulak kan? Cuma dia kena belajar terima Zack sebab aku pun dah nekad nak terima Zack dalam hidup aku demi nak tengok abah hepi (^__^)

… … … 

Arghh…boringnya! Mata tak nak lelap pulak ni sebab excited sangat nak jumpa Zack. Tengok kolam kat bawah katil ni rasa nak berenang je…boleh ke aku berenang? Try je la!

Pelan2 aku masuk kolam n jalan sambil berpaut kat tebing. Hohoho…sejuknye… Aku berjaya apungkan diri tapi takut sangat nak lepaskan tangan dari tebing ni. Huhu. Kalau aku lemas lagi cmne? Ish. Tak kot…

Laili berani sikit lepas tangan pelan2…

Ok try terapung tengah2 dulu…slow…slow…slow…tolak badan sikit.

Relax…relax…huhu…beranikan diri… Erm? Aku betul terapung la!

Kuak sikit. Erm? Aku bergerak la! Aku berenang ke ni? Aku berenang la! Yeay!!! Betul la Zack cakap aku pandai berenang! Wawawawa….suka nya! Lalala~~~

Ni maksudnya aku dah dapat memori cara berenang ke???! Great!!! Lalala~~~ berenang Laili…berenang sepuasnya!!!



******

Haitchum! Haitchum! Srettt… Haitchum! Huhuhu…sakitnya kepala…panas gila badan aku ni. Huhu.

“Puan kan demam panas…usah kerja ya…nanti bibik bagi tau Tuan suruh balik segera,” kata bibik kat aku bila tengok aku dah siap nak keluar.

Takleh2… aku kena jumpa Zack harini jugak! Terkejut beruk aku tengok jam dah kol 10 masa bangun tadi. Tu la syok sangat berenang sampai kol 3 pagi. Huhu.

“Takpe bik. Saya jumpa Tuan kat ofis je. Saya ok, jangan risau ok,” jawabku membiarkan muka bibik berkerut2 risau. Ok lagi ni…boleh jalan lagi. Harap2 Zack ada kat ofis Melaka ni.

Sampai je kat ofis Zack, terus aku tanya receptionist kat situ. N malangnya dah seminggu Zack tak masuk ofis. Huhu.

“Awak try call ofis I kat Klang. Tanya staff kat sana Zack ada sana tak?” arahku pada receptionist tu. Cepat2 da call. Mungkin Zack sibuk settle pasal Shiela n Linda kat sana kot…aku plak tak masuk ofis. Kesian Zack. Huhu.

“Puan, En. Zack ada kat sana. Puan nak cakap dengan En. Zack ke?” soal receptionist tadi.

“Eh takpe2. Saya terus ke sana je la,” jawabku.

“Ok,” balas receptionist n letak telefon. “Tapi muka Puan pucat sangat, Puan tak sihat ke?” soalnya.

Cepat2 aku belek muka kat cermin compact powder aku. “Yeke? Saya ok…just tak sempat make up. Thanks.”

Pucat sangat ke? Tapi seriously kepala aku rasa nak meletup, mata n mulut aku rasa panas sangat…huhu… Kuatkan badan, Laili. Melaka-Klang dua jam je pon. Aku tengok jam kol 12 tengahari. Maknanya kol 2 leh sampai kot.

Zack, wait for me!!!



Bersambung lagi...hihihi...


1 comment:

Diyana Norman said...

woah cerpen ke ni??? rajennnye u

Related Posts with Thumbnails