Apr 28, 2011

Part 5: Minah Caller Ring Tone

"Wahai i-phone 4!!! Tunjukkan aku sape dirikuuuu....!!!"




B’day Z?? Sape Z? Nape jadual macam pack jer? BOD? DOE? KK tu kuala kangsar ke…kota kinabalu? RSB tu menatang ape?

Lepas je Hafizah ajar aku cara nak guna benda alah i-phone 4 ni, aku cek kat inbox message, sent item hatta draft pon, sume empty. Then aku tengok calendar…satu pun takder bagi klu ape2 pasal diri aku. Yang aku nampak someone yang bz n jadual sentiasa pack jer.

Aku scroll kat phone book tengok nama dalam 2. D Anuar…D Aziz…D Bala…D Zamri…

‘D’ ni ape? Takkan dato’ kot? Then aku scroll bawah lagi. Ignes Kchg…Inas K.Dmsra…Jack JB…bla bla bla….

Peliknya…sape diorang sume ni? Sorang pon aku tak kenal. Not even ring any bell!
Nombor Nick pon takde. Takkan aku dah delete plak. Hmm…

Yes! Nasib baik ada nombor hajar, zura n ida. Mesti diorang dapat tolong aku. Diorang kan kawan baik aku. Aku mesti tanya kat diorang ape yang dah jadi dalam hidup aku sejak dua tahun lepas! Yeay!

Tetiba aku terasa smthg dalam poket handbag Gucci tuh.


O...so sweet...walaupon gmbr ni agak lusuh, tapi ok la... Agak2 diorg watper ek skrg? Tak sabar nak dengar cerita diorang!


************


Shit. Untuk ke tiga ratus tujuh puluh dua, yup, 372, kalinya aku dengar ‘caller ring tone’ dari minah yang sama (aku tak la kira tapi citer mesti nak meletop kan):

“Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan pesanan suara selepas bunyi bip. Beeep…”

Ape la guna diorang ni pakai handphone kalo off je? Huhu. Dah la tiga2 orang pon off. Huh.

Aku memang dah fed-up. Dah additional tiga hari aku terkurung kat dalam bilik ni. Memang rimas n boring sangat2! Dah la takde sape2 melawat aku.huhu.

Sepatutnya aku kuar harini coz aku dah bleh jalan laju2.hihi. Aku tengok jam dah kol 11.00 pagi…aku tak tau mak datang ngan abah or sorang2 jap lagi. Diana cakap dalam kol 11.15 mak aku sampai. Aku tak sabar nak balik rumah, nak cari kesan2 hidup aku sblm ni. Cewah. Hihi.

Tetiba pintu bilik aku dibukak sesorang. “Oi. Dah siap kemas barang ko ke belom?” Terjah budak lelaki yang aku rase cam kenal jer…Kus semangat!
“Farid??” tekaku.
“Yela. Ko apsal? Dah ilang ingatan ker?” tanya Farid. Kurang sopan sungguh! Setahu aku Farid ni dengar kata n tak pernah nak kurang ajar cmni.
“Ko tu kenapa? Memang aku ilang ingatan, so what? Seingat aku, aku tak pernah ada adik kurang ajar cam ko ni. Dah la masuk tak bagi salam,” geram aku dibuatnya.
“Ek eleh…kerek plak…aku dah datang sini nak amek ko dah cukup baik tau. Dah la. Baik aku blah je!”
Ni ape hal Farid ni? Nape perangai dia dah jauh berubah ni?
“Farid, mak mana?!” soal aku tapi langsung tak berjawab n dengan slumber je dia hempas pintu bilik aku. Seminit lepas tu baru mak masuk.

“Kenapa Laili halau farid? Penat mak pujuk dia ajak ambil ko. Ni dia dah balik, ko nak naik bus??” marah mak kat aku plak. Adoiai apsal aku kene marah plak ni??
“Mana ada Laili marah dia, mak. Dia yang masuk tak bagi salam, terus baran je. Sejak bila dia jadi camtu mak?”
“Perangai dia memang macam tu, takkan ko tak ingat? Dah la. Mak takda masa nak cerita. Mak pergi cari teksi kejap. Nah, tukar baju ni. Ko dah siap kemas?” mak macam berdalih je ni…tak puasnyer hati aku!
“Dah…Laili ada handbag je…” jawabku sambil capai baju yang mak ulur. T-shirt merah n suar jeans yang aku paling suka pakai.hihi. Thank u mak (^__^)


*************


 Ok fine. Aku kena terima hakikat yang aku memang dah kurus. Seluar jeans ni gedobos macam sarung guni. Teringat aku kat iklan london weight management:

'Oh lihat la dunia...aku dah kurus!!! Hahaha!!!'

 Malangnya t-shirt ni pon macam t-shirt orang derma kat anak2 yatim. Lusuh. Siap ada tompok2 clorox plak tuh. Mak… apsal la mak bawak t-shirt huduh camni…bawak la t-shirt cantik sket…huhu…

Aku keluar toilet sambil pegang pinggang seluar yang aku pakai. Baru je aku nak buka mulut mintak mak tali pinggang, mata aku terpaku kat sorang lelaki dok kat tepi katil aku…



“What took u so long, honey?” tegur lelaki tuh macam poyo sket. Aku gosok2 mata aku macam tak percaya. Takkan Lee Dong Wook plak nih??? 

Then aku pegi dekat sket. Mamat tu dah kerut dahi.

Betul la SEBIJIK macam Lee Dong Wook!

Ape dia wat kat sini? Mulut aku nak tegur dia tapi suara tak kluar. Memang aku tak penah b'cakap ngan pelakon hensem dari korea ni tapi dia plak terus datang dekat aku, peluk akun directly kiss dahi aku.

“Wo! Wait a minute! Lee Dong Wook??” soalku n tolak badan lelaki tu jauh sket.

“What? HAHAHAHA!!!"

Apsal mamat ni gelak mcm nak pecah perut ni?

"U don’t recognize me?" Soalnya. Aku geleng. Mamat tu pun sama menggeleng-geleng sambil ketawa tak putus-putus. "Oh god...u remember Lee Dong Wook more than u remember me? U are so cute, honey,” ujarnya sambil lagi skali kiss dahi aku.

Ok fine. Sekarang aku tau aku dah salah orang. Malunyer!!!
“Mak, Laili tak kenal saya ke?” soal kembar Lee Dong Wook tuh. 
Aku terus pandang mak. Aku tengok mak geleng. Mak??? Sejak bila mak aku jadi mak dia? Ni takleh jadi ni. “Mak, sape ni?” soalku separuh jerit.
“Honey, u speaks Malay? I tak pernah dengar u cakap Melayu! This is miracle!” jerit lelaki tu n lagi skali nak peluk n kiss aku tapi aku sempat elak.
 “Hey! Look. I tak kenal u sape so please stop doing that,” warning aku.
“Hmm…” aku dengar mak mengeluh. “Zack, kan mak dah cakap Laili tak kan kenal kau…Dr Stephen cakap dia ada sakit...ape menatang penyakit tu...amanusia...ke amnasia?"
"Amnesia, mak," aku betulkan.
 "Lebih kurang la bunyinyer. Dia tak ingat ape yang berlaku sejak Feb 2008,”

Zack? So ni la agaknye Z dalam calendar aku kot. Tapi ape hubungan dia ngan aku plak ni? Ape lagi la surprise untuk aku hari ni? Tadi Farid dah besar n kuang ajar, ni ade plak mamat nama Zack panggil aku honey n mak aku mak. Takkan la dia…

Laki aku???

Ok. Sekarang seseorang sila ketuk kepala aku sampai aku koma balik.




Bersambung...

3 comments:

Jay said...

WOW..MACAM CERITA BAGAIKAN PUTERI JE??HEHEHEHEHE

Jay said...

WOW..MACAM CERITA BAGAIKAN PUTERI JE??HEHEHEHEHE

missxidi said...

Ish mana sama...jauh peginye...ni mesti baca bagaikan puteri tak khusyuk ni...

Related Posts with Thumbnails