Good Morning Semua!!! Morning ke?
Harini aku pisat2 bangun tengok jam dah kol 12.10 tengahari. Orang gaji tengah masak. Aku baru berkenalan ‘lagi sekali’ tadi. Nama dia Tumirah tapi dia cakap aku biasa panggil bibik je.
Pada pandangan aku, bibik ni pendiam…aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. So aku malas nak cakap banyak…agaknyer aku selalu marah2 dia dulu kot…2 yang dia kecut perut nak b’cakap ngan aku.hihihi.
Zack ada sms aku cakap kereta aku dah siap repair…kol 2 ni sampai. Tapi dari kol 1.30 tadi aku dah terpacak depan pintu rumah. Heh. Tak sabar nak tengok ‘kereta baru’. Honda Accord kot. Hihihi.
Lagi 2 minit kol 2, kreta honda accord putih parking betul2 depan pagar rumah. Aku tak sedar bila masa aku berlari dengan tak pakai selipar. Kihkihkih.
“Hai Lili! Awak dah ok? Saya betul2 risaukan awk tau!” terjah lelaki yang bawak kereta honda accord tu n terus pegang pipi aku.
“Lili? Excuse me. I tak kenal U…bukan ke U ni pekerja honda yang cuma hantar kereta ni kat sini?" soal aku tepis tangan 'beliau' sambil kerut2 dahi. Walaupon Zack hensem tapi smart jugak mamat ni.hihi.
"Ops. Sori saya lupa awak kena amnesia...tapi betul ke awak langsung tak ingat saya? Hubungan kita lebih dari saya-bestfren-husband-awak. Ingat tak?"
Muka aku bertambah kerut. Ape la yang mamat ni merepek.
"Ok saya tau muka awak cakap saya merepek. Tapi PERCAYALAH. Saya boyfriend awak!"
Boyfriend??? n dia tau aku cakap dia merepek? Baru aku nak bukak mulut, bibik berlari2 dari belakang bagi i-phone n cakap Zack tepon.
"Er...yes, Zack,"
"Is it arrive? The car. You love it?" Kedengaran suara Zack yang excited sangat2.
"Er..yes i love it. Thanks Zack," suara aku gagap2 lagi. Sebenarnya dalam kepala aku masih pikir ape yang mamat depan aku ni cakap tadi.
"Darl, are u ok? Adam ada kat sana lagi tak?" soal Zack kat tepon.
"Adam? Yang hantar kereta ni ke?"
"Yup. Please pass the line to him," suara Zack betul2 ceria. Tapi aku plak macam blur2. Then aku pass i-phone ni kat Adam...aku tak tau tau ape Zack cakap kat mamat nama Adam ni tapi aku just dengar camni:
"Aha. Em. Yes! I knew we made it! Ok...Thanks Zack!"
Then Adam matikan tepon n pass balik kat aku.
"Ape Zack cakap kat U?" selamber je aku tanya sebab nak tau sangat2.
"Oh. Takde apa2..hal bisnes. Err...betul awak tak ingat kat saya?"
"Mestila tak ingat. U pon tau I ada amnesia kan? Jangan nak suka hati jer mengaku boyfren I ye...I'm married!" marah aku sambil tunjuk tangan yang bercincin berlian. Wah macam berlagak plak. Hahahaha...
"Ye...memang jelas awak ada amnesia sebab awak tak pernah guna I-U dengan saya. Awak selalu cakap tu untuk orang Melayu yang nak berlagak orang putih je."
What? Mane dia tau? Aku memang dari dulu pikir camtu tapi Zack cakap tu memang bahasa aku. Ape ni?
"Awak jangan nak amek kesempatan atas penyakit saya ye!" suara aku tinggi sikit.
"That's sound better. Hihi," Adam senyum lebar. "Saya suka dengar awak guna saya-awak. Hihi."
Tak leh jadi dia ni. Dah la datang rumah orang tak bagi salam terus pegang pipi aku. Pastu mengaku boyfren. Ni nak bertekak dengan aku pulak? Ntah2 dia ni saje2 je nak ngaku boyfren aku sebab nak rampas aku dari Zack. Ye! Aku kan dah cantik cam model! Mirip Erra Fazira kan.
"Awak -- "
"Ikut suka awak la kalau tak nak percaya saya...kalau awak ingat saya nak rampas awak dari Zack pon ok sebab itu yang awak cakap kat kawan2 awak dulu. Hahaha," wah gelak sakan mamat ni. Belom sempat aku cakap ape2 dia dah cakap dulu. Takde insurans nyawa agaknye dia ni!
Tapi aku tak tau nak cakap ape. Perlu ke aku tepon Zack sekarang?
"Awak nak call Zack tanya betul ke saya boyfriend awak? Baik awak fikir dulu sebab ape perasaan suami kalau tau isteri dia main kayu tiga dengan sahabat dia sendiri?" Ok ni dah melampau. Dia ni betul2 takder insurans nyawa.
"Awak ni betul2 melampau tau! Saya bukan perempuan macam tu!" hati aku betul2 sakit sekarang ni. Nafas aku pon makin sesak.
"Look. I'm sorry, love." Adam tengok tepat ke mata aku. Kali ni nada dia bertukar serius. Dia try pegang tangan aku tapi aku cepat2 sorok ke belakang.
"Listen here. Hati saya betul2 hancur bila Zack bagi tau saya yang awak ada amnesia lepas accident aritu...saya jadi tak tentu arah...takpelah. Kita bincang hal ni lain kali. Saya taknak awak stress... yang penting saya lega dapat jumpa awak...tengok awk sihat cmni...hm..." Aku dapat dengar keluhan berat Adam. Dia nampak jujur sangat2. Aku pulak terus diam tak tau nak balas ape...
"Anyway, Zack mintak awak hantar saya balik ofis...takkan saya nak naek bas pulak kan?" sambung Adam dengan senyum tawar yang try nak sorok frust dia...
"Ok," jawab aku pendek. Seriously aku rase jantung aku sempit sangat sekarang ni!
**************
"Saya boleh tolong awak ingat balik apa yang awak tak ingat," Adam pecah kesunyian dalam kereta yang dah 20 minit takde suara. Aku malas nak balas borak dia. Tak tau kenapa.
"Awak tau ni kereta baru? Zack dah jual kereta awak sebab taknak awak naik kereta yang 'bad luck' tu lagi," sambung Adam lagi sambil drive slow2. Aku tak tau dia keje mana so biar dia je la drive.
"Awak tak marah? Awak sayang sangat kat kereta awak yang sebelum ni...plate number ADA11. Cantik kan? Awak cakap nombor 11 bleh cantum letak V tengah2, then betuk perkataan ADAM. Awak beli cash tau sebab bisnes awak tengah untung masa tu. Saya orang pertama yang awak bawak round satu KL lepas kreta tu kuar," cerita Adam penuh excited. Tapi aku masih diam n dia terus sambung bercerita lagi.
"Plate number kereta ni AHE2121...lebih kurang 'Azizi'...Zack cakap nama impian anak awak dengan dia...hm..." tiba2 suara dia jadi sayu pulak.
"Adam, boleh awak berhenti bercerita? Jauh lagi ke ofis awak?" soalku yang dah tak larat nak dengar lagi.
"Selagi awak tak join saya berborak ni, kita takkan sampai ofis saya," jawabnya selamber.
"How dare u? Saya bagi tau Zack pasal awak!"
"Bagi tau la...saya kawan baik Zack. Dia takkan kesah saya bersama awak sepanjang hari...mahupun sepanjang minggu dia outstation... Memang kita selalu lepak sama2, sebab tu kita jatuh cinta..."
"Adam, saya ada amnesia. Hal yang awak cerita ni memang susah nak diterima akal saya...saya harap awak faham..." aku cuba bercakap dengan tenang. Tapi tiap kali aku sebut nama 'Adam', macam ada sesuatu yang singgah kat hujung hati aku.
"Tolong la Lili. Saya terlalu rindukan awak... Seminggu awak koma, hidup saya jadi sasau. Bilik awak restricted to family only. Saya cuma sempat melawat sekali je. Saya dan Ann, setiausaha saya kalau awak tak ingat, terpaksa menyamar jadi orang tua masa melawat awak di hospital. Saya tak boleh tidur tengok mata dan dahi awak berkerut2 sepanjang malam...bila saya panggil nama awak, awak langsung tak bersuara. Tapi tiap kali saya cium tangan awak, nadi awak berdenyut laju. Saya tinggalkan bunga rose merah sebab awak paling suka bunga tu n saya percaya awak akan lebih cepat sedar bila tercium bau rose; n sangkaan saya tak pernah silap!"
Aku betul2 terdiam dengar isi hati Adam. Betul ke ape yang dia cakap ni? Baru aku teringat bunga ros sebelah katil aku...mati2 aku ingat Nick yang bagi...dia ke yang bagi??? Dan masa nurse cakap mak abah aku baru je balik, Adam ke yang menyamar jadi mak abah aku?
"Adam. Stop it. Too much info for me to hear right now! I'm sorry..."
"Hmm....I know...I'm sorry too. Kita dah sampai," Adam park kereta depan pusat pameran kereta import bawah nama syarikat Adam Berhad. dan terus keluar kereta. Aku ikut keluar nak amek seat driver plak tapi Adam sempat inform aku something yang buat aku confuse:
"Kalau awak tiba2 rasa nak contact saya, awak cari la nombor saya dalam i-phone awak. Awak save nama saya 'Adam Psyco'. Kan saya cakap awak tipu kawan2 awak, awak cakap saya nak rampas awak dari Zack? Hm...ok lah. Bye Lili, take care..." Adam senyum dengan raut sedih kat muka dia...aku nak jawab 'ok' tapi dia dah blah.huhu.
Cepat2 aku cek i-phone aku n memang betul aku save nama dia 'Adam Psyco'. Betul ke semua yang dia cerita tadi?