Jun 8, 2010

Episod Jatuh Longkang!

Nak story ngan pembaca semua tentang pengalaman jatuh longkang masa kecik2...bukan aku yang jatuh, tapi adik aku yg bongsu..hehe. Masa tu dia umor 5 tahun..skrg dah form 1 dah. Tapi episod beliau jatuh longkang ni mmg xpenah lupa la dlm family. In fact, smlm kitorang masih sindir dia.hehe.kesian...

Waktu hari kejadian tu, sebenarnya kitorang adik bradik nak ikot abah tercinta g pasar beli lauk...memang hobi kitorang ngekor abah kuar walaupon g pasar yg xla best mane pon. Kan macam2 bau ade kat pasar ikan 2. Betol x? xtau la nape kitorang mmg nak ikot sesangat abah masa tu...siap bangun pagi2, mandi, pakai bedak wangi2, pakai baju cntik2 mcm nak beraya & siap sembur minyak wangi lagi (kot).haha. Yang paling excited skali adik aku yang bongsu tu la (namanya dirahsiakan takut dia menjerit bila baca entry ni). Aku ingt lagi muka dia memang tebal bedak Carry Junior macam opera cina. Konon2 cantik la 2.hehe.

Then kitorg pon g la pasar naek kreta abah...

Jalan2...beli lauk...pau abah beli jajan...mintak baju baru...nak beli buah epal...jagung....n so on so forth la. Tgh2 'shopping' adik aku ni mrengek nak aiskrim...jadi abah pon beli la tanpa banyak soal. Biasa la budak kecik. Yang bestnye, sorang mintak, sume dapat.hehe. 



Ni bukan adik aku...sekadar contoh je..macam ni la lebih kurang. Gambar dari Yahoo! Image Search.

Kitorg nak balik dah ni. Masing2 jalan pegang aiskrim calong & makan penuh nikmat. Tangan sbelah sume pegang barang. Berat punye pasal, kitorang nak ikot la jalan shortcut blakang tmpt semblih ayam. Busuk.huhu. Tapi redah je la. Tiba2...

"WAAAAA!!!!!!!"

Mak ai! Kuat gila la dia jerit. Terkejut dengar. Toleh blakang nampak tangan je tegak dari dalam longkang pegang aiskrim & beliau dah ada dalam longkang! "Mcm mana bleh jatuh ni?" aku tanya. Kitorg sume berlari mcm penyelamat negara. Dia cuma meraung je la. Dalam hati aku ckp 'adoi ai mati la kene marah ngan abah ni...'. Memang betol pon dari jauh dengar suara abah mcm halilintar memekik "kenapa  tak pimpin tangan adik langkah longkang?!" kitorang diam je...cuak giler...Kitorg pon tarik la dia naek atas. Masa tarik 2 tgn dia tetap tegak ke atas pegang aiskrim. Tapi menangis teresak2. Busuk wo...longkang orang basuh ayam.huhu. Aku terpikir 'Baju suar dah kotor tapi aiskrim slamat lagi?'.

Maka adik aku pon b***l je la dlm kreta smpai rumah...tp beliau masih bleh makan aiskrim. Sampai rumah terus mandi. Nampak la muka dia pucat mungkin terkejut. Dalam jugak longkang tu.huhu. Nasib baek tak cedera. Dah ok sket, kitorg adik bradik tanya kat dia:

"Adik, camne leh jatuh? Adik tak nampak ke longkang tu?"
Dia pon jawab: "Tak...tengah syok makan aiskrim...hehehe.." sempat t'sengeh plak tuh.

Patutla tangan ke atas je...jatuh longkang takpe, janji aiskrim selamat! Macam ni pon ade?

Sekian

1 comment:

ida zainal said...

wahh...nk kate ida lh tuhh..hehe...kwn ida dh bce taw..hehe..=)

Related Posts with Thumbnails