Jun 25, 2011

Part 8: Lemas, Cinta dan Abah



Haish...jam dah pukul 2.40 pagi tapi nape aku tak boleh nak lelap mata ni? Geramnyer...cepat la tido...jangan pikir pasal ape yang Zack cakap tadi dah. Tido la wahai mata...tido la...

.......................

"Argghhhhh!!!!" kenapa aku masih pikir lagi? Kenapa suara Zack terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ni? Hu.

Aku rimas betul tak dapat tido camni. Ape kata g test berenang? Hihi.


Aku pegi kat lantai cermin tu…aku bukak cermin tu and turun tangga. Coolnya! Haha. Tapi pandai ke aku berenang? Zack cakap aku berenang kalau stress. Tapi…

*****

"Kali pertama kita jumpa masa kat Port Dickson. Kebetulan I pun tengah holiday masa tu. I jalan2 tepi pantai tapi tiba2 I dengar orang menjerit mintak tolong sebab ada orang lemas.

'Tolong...tolong...tolong...!!! Ada orang lemas!!!' 

camtu. Hihi. Masa tu la kita kenal. Hihi," cerita Zack penuh semangat. Siap gaya lagi. Muka dia berseri-seri pulak bercerita, pelik aku.

Aku cebik bibir. Nyampah. "Maksud U, I ke yang menjerit mintak tolong tu? Yela I kan tak reti berenang...I tau jerit jer...ha-ha-," ajukku balik.

“Eh tak lah. U la yang lemas. Yang jerit tu pakcik tua tak ada gigi. Kuang3…” eeiii dia ni suka sangat kenakan aku tau.

“U ni cerita la betul-betul…main2 pulak!” aku dah mula boring. Elok2 tadi aku nak dengar dia cerita, ni memain pulak.

“Betul la…mana ada I maen2…U lemas masa tu…so I selamatkan U. I ingat lagi masa tu petang 14 Februari 2008. Ramai couple kat PD tengok I bagi CPR kat U tau,”

Er ni p'puan wat CPR kat lelaki la plak

“What? U did CPR? U really saves my life?”

Zack dah buat muka poyos. “Wanna bet with me? Im an architect but I have St John cert. That’s how U fell in love with me. Hahaha…” 

Wah wah wah... bukan main bangga lagi mamat ni! Takkan senang2 je aku jatuh cinta? Ntah2 dia amek kesempatan je nak cium aku. Cis.

“Ah tipu la…I bukan senang2 jatuh cinta tau. Mesti I pegi PD dengan boyfren I kann when U did CPR, his heart was really broken and maybe that's why we broke up,” tiba2 aku rasa rindu kat Nick…

Kenapa kitorg putus sebenarnya? Atau kitorang cuma terputus hubungan? Aku mesti cari Nick!

Aku tengok Zack tiba2 terdiam. Muka dia yang berseri2 tadi, tiba2 malap.

“Zack, kenapa?”

“Nothing…”

“Common la. I can see thru your face! Why? What’s wrong?”

“U…U tak pernah cerita yang U ada boyfren sebelum ni… I ingat I yang pertama n terakhir…” suara Zack tersekat2.

Gulp. Adekah aku dah bocorkan rahsia yang tak patut Zack tau? Mati aku…mesti dia frust gila! Mesti kitorang sangat saling mencintai sampai aku tak pernah citer pasal Nick. 


OhEmGee…

Apa lagi yang aku rahsiakan kat dia ni??? Aku cakap aku pandai buat cheese cake ke? (Walhal sebenarnya aku pandai makan jer. Haha.).

“Err…sorry Zack… I tak tau kenapa I tak pernah cerita kat U tapi I yakin mesti I ada alasan yang kukuh,” wah ayat macam drama. Hihi. 

Aku ingat Zack boleh cerita apa dah jadi kat aku ngan Nick tapi nampaknya takde harapan la…kene tanya mak kot…takpun Laila…diorang mesti banyak simpan rahsia aku.

“It’s ok…”

“U tak nak cerita lagi ke?”

*****

Kaki aku dah naek kecut berendam dalam kolam renang ni. Nak terjun, takut lemas. Tapi geram jugak tengok kolam ni. Ada pelampung tak kat rumah ni? boya ker…wawawa.


Zack cakap kitorang bercinta lepas jumpa kat PD tu. Lepas sebulan kenal, kitorang plan nak kawin. 

Wow cepatnyer! Mesti kitorang sama2 tak sabar nak tuttt. Wawawa. 

Tapi family aku semua tak setuju terutamanya abah sebab Zack orang kaya…huhu… Abah cakap macam pipit dengan enggang!

Ok. Yang ni aku konpius. Patutnya abah suka la aku nak kawin ngan orang kaya…boleh abah tumpang senang, ye tak?

“Kita pernah plan nak kawin lari tau. Tapi sebab abah tak nak tanggung malu, kita wat majlis jugak tapi just nikah and kenduri biasa. I hormati keputusan your family walaupun I mampu nak tanggung semuanya…

Ni gambar search kat google

Patut la aku tak nampak gambar kawin kitorang…just nampak gambar nikah je. 2 pun time aku cium tangan dia. Huh. Tu je 1 gambar yang tergantung kat dalam bilik ni.

“…U had a big fight with your family when I helped to settle  your father’s debt. Since then U n ur family became estranged…

Agaknya sebab 2 la mak tak bagi aku jumpa abah…abah marah sangat kat aku n Zack…

“…Tapi U nekad nak minta maaf dengan family U baru2 ni… Sebab tu I buat rumah kat Melaka n tinggal sini. U nak dekat ngan family U. Mak U ok…dia selalu support U...”

Hmmm....beratnyer keluhan aku ni.

Aku tau abah memang banyak hutang…tak sangka sebab Zack bayarkan hutang, kitorang terus masam muka… N rumah ni Zack bina khas supaya aku dapat dekat dengan family…baiknya dia ni…tiba2 aku rase macam Laili ni dah jatuh cinta dengan Zack..hikhikihik.



Tiba2 tangan aku rase gatal nak SMS Zack. Lantak la kol 3 pagi pon. Hihi.

Aku: Zack, sorry ganggu...boleh tanya tak?
Zack: At this time? What?

Wah macam marah jer...

Aku: I pandai buat cheese cake x?
Zack: ??? Donno. Not sleep yet? Nak I temankan? :D

Cepat2 aku reply: 

Aku: NO! I mimpi makan cheese cake tadi. I tido sekarang. Thnx!

Haha. Nak terburai perut aku ketawa. Nasib dia jawab tak tau. Hihi. Rasa tenang sket nak tido... Gudnite u all!


Bersambung.... (^_^)

Jun 18, 2011

SEGMEN SIMPLE : PANTUN PUJI DIRI SENDIRI ...

Salam korang =) Aku nak join segmen. 

Geram tengok orang lain berpantun-pantun ni...tercabar rasenye aku sebagai anak Melaka. hihihi.

Blog Xidi kemas dan simple,
Header kartun phineas n ferb;
Xidi tak ganas tak juga single,
Cuma santun, ramah n superb!

Wawawa...Best kan...

Bukan nak puji tapi memang masuk bakul angkat sendri la! kihkihkih. Kalau tak puas hati sila la komen banyak2 kat bawah ek. Hihi...

Sape nak join, klik sini :

Thanks bro naser wat segmen ni...tamat jam 11.59pm malam ni yer!

Take care korang!

LOL (^^,)y peace!

Jun 15, 2011

Lagi2 Telur!

Salam korang....watpe tu? Aku bz la.

Tapi aku tetap nak wat entry supaya dapat naekkan mood balik. So entry hari ni nak share ngan korang proses penghasilan telur kat tempat keje aku sebab ni je yang paling aku expert.hihi. Aku yakin mesti ramai yang pikir telur ayam dikutip satu2 kat reban kan...(mcm yang aku bayangkan dulu2.hihi.). 


Tapi sebenarnye korang silap...jom baca sambil korang layan aku promote produk kilang tempat keje aku. Peace (^_^)y !


Ada dua jenis ayam ternakan...ayam telur n ayam daging. Tapi ayam telur ditempatkan di dalam reban bertingkat samada reban terbuka ataupun berhawa dingin. Ladang tempat keje aku ni akan hasilkan hampir 600,000 biji telur ayam sehari! Kalau ayam boleh bertelur setiap 26 jam, korang kira la sendiri bape ekor ayam dalam TPC ni. hehe.

Fyi, ada 4 jenis dedak ayam yang dihasilkan di kilang dedak TPC untuk diberi makan pada ayam2. Jenis dedak ni penting untuk hasilkan pelbagai jenis telur iaitu kurang kolesterol, ada omega, ada selenium ataupun dedak biasa. Dedak yang berlainan akan diberikan kepada reban yang berlainan.



 Telur2 segar dari ladang akan dibawa ke kilang dan disusun berasingan ikut jenis macam dalam gambar ni. Telur2 ni semua tengah tunggu giliran untuk di timbang mengikut berat.


 
Then, nak masuk mesin, telur2 diangkat ke dalam mesin penimbang menggunakan teknologi robot n beratur sebelum masuk penimbang…macam2 warna kan? 1 Malaysia la katakan...hihi.


 

Lepas timbang, diorang ni diasingkan mengikut gred AA, A, B, C, D, E dan F (berat telur). Ada jugak telur yang terlalu besar (gred AAA) dan terlalu kecil (gred G) tapi selalunya tak banyak. Telur gred AAA dan G ni akan diasingkan jugak untuk dijadikan telur air. 

Ramai yang salah faham term 'gred ABC' ni. Mungkin ada yang fikir kualiti A, B or C. Harap lepas ni korang tak salah faham lagi! (^_^)

Then barulah kesemua telur ni diasingkan mengikut kualiti: baik dan bersih (1st grade), warna kulit yang pucat / putih (2nd grade), serta retak / kotor (3rd grade) di dalam tray yang berasingan.



Telur 1st grade akan dibungkus mengikut jenis (rendah kolesterol / selenium / omega / biasa) dan kemudian dimasukkan ke dalam kotak sebelum dihantar ke pasaraya. Kalau telur jenis biasa akan dihantar kepada pemborong. 

Cer korang tengok gambar kat atas ni. Telur ‘Lower Cholesterol (LC)’ ini la yang menaikkan nama TPC sekitar tahun 1980an dulu so aku letak gambar telur LC ni supaya kalau korang nampak kat pasaraya, sila la beli n rasakan perbezaannya! Hihi.



Terdapat juga telur 1st grade yang dicuci dan dibasmi kuman. Telur ni dihasilkan atas kehendak pelanggan yang biasanya hotel2 dan restaurant makanan segera. Telur ini dipanggil ‘wasaco eggs’ iaitu washed, sanitized and coated eggs. 

Untuk pengatahuan korang, sanitizer yang digunakan mestilah yang food grade sanitizer (selamat untuk makanan). Then, telur yang telah dicuci dan dibasmi kuman ni mestilah dililinkan dengan food grade wax supaya liang2 udara yang telah terbuka ditutup semula. Telur yang dah kena air kena cepat2 masak kalau tak, telur tu akan cepat rosak / busuk melainkan dah dililinkan.



Selain wasaco eggs, TPC ada jugak menghasilkan telur air (liquid egg). Julat pH telur air yang baik ialah 7.0 sehingga 7.8.

Telur air yang sudah di pastur (pasturized) hendaklah disimpan didalam bilik sejuk dibawah suhu 7’C sebelum dihantar kepada pelanggan (biasanya kilang membuat kek). Jangka hayat telur air ialah 7 hari dan akan berkurangan jika disimpan melebihi suhu ini.



Semua jenis telur yang dah siap dibungkus semuanya dihantar menggunakan lori syarikat…cantik tak? Hihi. Ada banyak jenis lori yang digunakan untuk proses penghantaran…ada lori sejuk beku (chilled), ada lori sejuk (air-cond) dan ada jugak lori biasa. Jenis lori yang berbeza bergantung kepada produk yang nak dihantar. 

Untuk telur ke pasaraya dan pemborong, pakai lori biasa pun dah ok. Kalo nak hantar telur yang siap dicuci kena pakai lori sejuk untuk kawal pembentukan bacteria. Untuk telur air pulak kene pakai lori sejuk beku sebab jangka hayat dia sangat singkat so lagi sejuk lagi bagus. Produk yang nak naek lori sejuk n chiller kena bungkus pakai tray or kotak yang tebal sebab takut nanti wap air bleh menyebabkan kotak koyak.



Korang pernah tengok telur takde kulit? Camni la rupanya. Kalau ayam bertelur kulit nipis atau tak ada kulit camni maknanya ayam tersebut kurang calcium. Telur2 3rd grade termasuk telur macam ni kilang aku akan jual kepada penternak ikan sebagai makanan ikan.

*******

Ni video aku cilok kat youtube tentang poultry farm kat China. Kat tempat keje aku lebih kurang camni la. Selamat menonton!


Harap entry ni bagi korang semua at least sedikit info pasal TELUR. 

Take care korang.

Ingat TELUR, ingat TPC!

Peace (^^)y !


Jun 14, 2011

GIVEAWAY KAK ES & NESLOO


Salam sejahtera korang! Sihat? Malam ni mood ceria k! Sebabnye aku nak join giveaway dengan harapan akan menang...kui kui kui!


Sape nak join, klik sini.

Jiji kalo dah view n3 ni sila komen yer! hihi.

Aku memang suka barang2 craft yang cantik2 macam kat Fb ni. Ce korang tengok. Best tau! So ape lagi jom la tambahkan saingan GA jiji ni n like penaja hadiah k!

Peace =)

Jun 12, 2011

Fakta Chewing Gum


Korang penah tertelan gula2 getah tak? Ala orang kampong aku cakap chewing gum.hihi. Penah kan...kalau korang nak tau, sape2 yang penah tertelan chewing gum akan mendapat risiko sakit jantung bila berumur 50 tahun ke atas... Bahaya tu! huahuahua...

Adoi! (tetiba rasa ada orang sekel kepala aku).

Ok fine. Fakta kat atas tu sebenarnya mitos yang aku buat sendiri. kihkihkih. Maaf ye kalo betul2 buat korang sakit jantung. Im sorry! (buat gaya Amir raja lawak).

Salam weekend korang sumer...bak kata en. jay, senyum dulu baru baca k (^__^). 

Ni nak share apa yang aku baca semalam sebab masa aku kunyah2 dentyne, aku terpikir apa yang ada dlm chewing gum ni yang buat dia lekat2? 


Aku dulu tak la suka makan chewing gum sebab kadang2 aku terlupa so aku tertelan...pastu aku ada perasaan anti kat mulut orang yang asyik mengunyah jer tak henti2 mcm lem_ _ haiwan yang ada 4 perut. Opps! In fact, yang paling annoying ialah bila budak2 suka2 jer buang rata2 n pastu lekat kat tapak kasut aku. Kadang2 kat bus stop penah tak korang terpegang bawah seat ada chewing gum yang dah berkulat.yucks! Aku penah. Kuang3...

Tapi ... (ye ada tapi nya di sini) sejak aku keje kat tempat keje aku skrg yg sentiasa dibekalkan gula2 termasuk chewing gum, aku pon makan la chewing gum dengan bestnyer dengan harapan lepas makan mulut aku akan jadi segar n wangi....hihihi...(panjangnye explain).

Bagi penggemar gula2 getah @ chewing gum, jom cek tis out:

1. Mendalah yang buat chewing gum lekat2 ialah 'gum based ingredient' yang selamat untuk manusia gigit2 n kunyah2.

2. Barangsiapa yang tertelan chewing gum, jangan risau...(ok tarik nafas lega) sebab chewing gum ni akan keluar seperti bentuk asal dia masa korang buang bahan kumbahan korang. Lain maksud, ia tak la melekat kat mana2 usus hatta salur darah korang pon. (Tapi banyak kes budak2 tercekik chewing gum ni so jangan bagi budak2 makan).

3. Untuk statistic plak, lebih dari 35% chewing gum yang ada kat dunia ni adalah buatan kilang William Wrigleys!

4. Purata manusia mengunyah chewing gum ialah 30 minit setiap satu (lamanya!).

5. Bagi sape2 yang tak suka makan chewing gum, korang patut mula makan sebab kajian menunjukkan sape yang makan chewing gum ni...

a) akan mudah ingat apa yang dipelajari (mungkin bleh jadi genius),


b) dapat kurangkan stress,


c) tingkatkat focus dan alert dalam kelas / kerja / hidup,



d) kawal berat badan,



and finally....

e) dapat meningkatkan kesihatan mulut.




Lalala ~~~ menarikkan fakta2 kat atas ni. So selamat mengunyah chewing gum!

Peace!


Jun 9, 2011

Macam2 hal...

Salam korang...sihat ker?



Aku nak g tau macam2 hal jadi kat opis harini...pagi tadi aku sampai, kakak QC cakap semalam ada pekerja tersadung besi n luka berdarah2 kat kaki dia. Yang bestnyer dia citer luka tu dalam gila smpai nampak tulang. Memang aku ngeri bab nampak2 tulang ni walaupon hati ada jugak excited. Hihi. Tapi sebenarnya tak la sampai nampak tulang...luka tu dalam sebab tu berdarah2. In fact pekerja tu tak g hospital pon. Dia bleh jalan cam biasa je. Kuang kuang kuang... Ok habis satu citer.



Citer yang kedua pasal kepochi kat opis aku asyik la anta emel kat dato' ngadu hal kat opis ni. Yang paling takleh blah, dia bleh selamber derk je kutuk bos aku cakap kedekut n sombong sebab tak bagi pinjam duit kat dia! Adoiai kepochi...biarla...kan duit dia...lagi pon bos aku seorang yang sgt best n slalu blanja staff makan petang. Tak tau la nape ko cakap dia camtu. Tak patut betul. Huh.



Masuk cerita ke tiga plak pasal safety shoes. Salah satu customer company ada wat audit pasal kebajikan pekerja. Masa audit tu dia ada komplen pekerja tak dapat safety shoes. So disebabkan tak nak kehilangan customer, HR nak order kasut tapi manager tak approve...HR mintak tolong kat purchasing tapi purchasing slh fhm plak n marah kat HR...cian amoi HR kat opis aku...isk3..takpe la. kalo bos tak approve nak wat cmne kan?



OK ni dah citer ke empat dah ni. Pasal kawan2 la ape lagi...aku malas nak citer panjang tapi orang tua2 penah cakap jangan terlampau suka nanti sedih kemudian hari. So, lu pikir la sendiri. Huhuhu...


Bagi readers yang ada baca pasal kawan aku eksiden, semalam aku ada g melawat dia n alhamdulillah dia ok lepas operation...sape yang tak baca or nak baca lagi skali, bleh la klik sini.

Last but not least, sape yang lom baca lagi entry aku pasal kantoi ngan artis korea, bleh klik sini k!

Ok lah. Take care ye korang! Peace!




Kisah Kantoi Aku Dengan ...

Cak!

Salam korang...harini aku nak story pasal kisah kantoi aku ngan someone...citer ni dah lama aku simpan sorang2 tapi rasanye dah sampai masa aku citer kat korang semua. Cewah2...macam nak bagi wasiat plak. hihihi.


******


Aku dulu masa darjah satu kuat tipu kawan aku terutamanya sorang budak lelaki pendiam n berhingus yang slalu dok sorang2 blakang kelas. Aku selalu cakap kat dia yang aku ada pergi kelas gimnastik artistik. Kuang3...tah pape tah penipuan aku ni. Siap demo plak tu aku maen riben depan kelas. Yang besnyer kawan2 aku heboh satu skolah sampai cikgu2 sumer nak anta nama aku kat pusat gimnas negara. Wawawa.


Selain tu jugak, aku ada menipu yang aku pandai cakap korea kat kawan2 kelas aku. Ntah pape aku sebut pon aku tak tau tapi diorang sumer macam terpegun je dengar aku bercakap:

"Adiosayo kamsamita cincha &(&^RGH%^&@*.......... "

Nape la diorang sumer percaya kat aku kan? Mungkin muka aku muka budak baik kot. Hihi.

Tapi penipuan aku tu tak lama sebab aku pindah skolah dari Sungai Buloh, Selangor ke Manjung, Perak... (biarla aku rahsiakan nama skolah aku.hihi.). Masa aku skolah kat Perak, aku insaf sket la. Aku dah tak tipu cakap ada pegi kelas gimnas sebab aku tak penah nampak mana2 sign board 'KELAS GIMNAS ADA DI SINI' kat Manjung. Hihi. Tapi aku tipu cakap aku terer main piano. Hahaha. Nasib baik kat sekolah tu takder piano nak soh aku demo depan semua orang. Citer nak gempak. kuikuikui.


Nak dipendekkan cerita, habis skolah, aku dapat tawaran masuk Korea University (KU) atas tajaan JPA (bukan nak blagak la tapi memang kisah benar nih). Mungkin sebab azam aku sejak kecik nak g Korea kot. Ha ni la gambar hostel n bilik aku kat sana:




Hostel ni ramai jugak student Malaysia...yang tak boleh blahnyer, student Malaysia semuanya suka bercerita pasal pensyarah korea yang hensem2 n cun2. Mula2 aku meluat jugak. Tapi masa first kuliah, mulut aku dah ternganga besar tengok Lee Dong Wook jadi pensyarah subjek Biology! Cuba korang bayangkan!

"Ok students. Biology means study of life. Bla bla bla..."

Memang tak bleh blah! 

Hari kedua mulut aku terus tergamam tengok Kim Tae Hee mengajar subject World History! Memang cun gila la cikgu sejarah aku ni...tiba2 aku jadi peminat sejarah dunia plak. hihihi.

"After Hiroshima attacked by nuclear, the whole world start to realize bla bla bla..."

Pergh....memang aku rasa heaven giler blaja kat Korea ni. Dah la aku memang minat K-pop, tiba2 dapat plak pensyarah artis terkenal semuanya!

Hari ke tiga aku pegi kuliah, aku memang dah stand-by dengan kamera Olympus water resistance (tak tau nape nak mention kalis air kat sini), 12 megapixel. Aku nak amek gambar dengan pensyarah aku n masuk kat facebook biar satu Malaysia jeles! 

Hari tu subject Fizik. N aku paling tak sangka, kali ni Kim Hyun Joon yang mengajar aku Fizik! Sebijik macam dalam citer Playful Kiss! Wawawa.

"f=ma which means force is equal to mass times acceleration.. bla bla bla.."

Korang mesti dapat bayangkan aku tersengeh sorang2 macam kerang busuk kena perfume dalam dewan kuliah kan...hihihi...tengah aku sengih sorang2, tiba2 Kim Hyun Joon terdiam n pandang tepat kat muka aku. Aku pon gabra la. Cepat2 aku cover sengeh aku.

"Excuse me. Could you please come forward?" panggil beliau tiba2.
"Me?" tanya aku teragak2 sambil tunjuk jari kat muka aku.
"Yes, you." jawab beliau dengan senyum yang cukup menawan. hihi.

Aku pon turun la pelan2 pegi depan dewan kuliah siap bawak kamera lagi. Masa tu satu dewan dah berbisik2. Hati aku tertanya2 jugak apsal ek aku kena panggil???

"Are you Xidi? You always demonstrate how to play ribbon when we were standard 1! I'm Hyun Joon, remember?"

Ok SHIT! Ni ker budak berhingus dalam kelas darjah satu aku dulu? Sejak bila dia jadi mamat korea??? Ok baru aku ingat ayah dia duta Korea dok M'sia sebulan je masa tu!

"Sorry sir you got a wrong person," dalih ku.

"No I'm not...dont be shy. Tomorrow please show us your talent! Class, give her around of applause, she was my friend! She knows gymnastic!" Dan satu dewan kuliah tepuk tangan kuat2 sambil bersorak. Masa tu jugak Kim Hyun Joon bisik kat telinga aku:

"Saya tahu awak tak pernah pergi kelas gimnastik dulu!" What? Dia cakap Melayu. Oh tidak!!! Tolong someone lempang pipi aku n kejutkan aku dari mimpi ngeri ni!

Lepas tu aku terus naik ke seat aku n sinking my head under my book!

Now what? Balik hostel n berlatih buat gimnastik dengan riben untuk buktikan yang aku betul2 pandai main riben ala2 gimnas negara atau behenti je blaja??? Waaaa...mak...nak balikkkk!!!!!


******


Korang rasa apa aku buat lepas kantoi ngan Kim Hyun Joon? Kalau korang nak tau, keesokkan harinya, aku telah memberi pelbagai alasan (sakit kaki, sakit tangan n etc) sampai la aku habis blaja (sebenarnya aku ada pegi jugak kelas belaja main riben tapi badan aku sakit2 tak bleh nak lentur sikit pon.hohoho.).

Tq baca n3 aku ni smpai habis. Kepada korang semua, jangan la menipu sebab nanti korang akan kantoi jugak suatu hari nanti.........

Takut tak? Kihkihkih.


******


Sampai sini je citer bohong aku yang kreatif ni... Best kan? Cakap la best supaya aku tak perasan sorang2...heh... Ni sumer gara2 'Giveaway Kpop Contest by Belog Korie' yang aku excited sangat nak join sampai tulis n3 ke 12 pagi. Hihihi.... (.^^)y


Klik banner kat atas ni or kat side bar nun atas skali kalo nak join, ok! Aku cabar peminat Kpop sumer join kontest ni.
Ada berani??? Mesti berani punye lah! Kui kui kui...

P/s: Cerita rekaan. Takde kene mengena dengan hidop n mati sape2 mahupun artis2 kat atas hatta KU sekali pon.

Peace!


Jun 8, 2011

Part 7: Dah Ready ke Belum?


Zack cakap dari hospital nak ke rumah mewah kat MiTC ni tak la jauh sangat tapi sebab hantar mak kat Kampung Motern tadi, kira kene pusing jugak la. Zack memang ramah n senyuman dia betul2 buat aku cair. Agaknya sebab tu la aku jatuh cinta n kawin dengan dia kot. Heh.


Bumi Melaka ni tak la asing sangat ngan hidup aku…tanah yang mak duduk sekarang pun tanah pusaka arwah nenek aku. Tapi dah lama sangat tak balik sini…last sekali balik masa aku darjah 5 kot, masa arwah nenek aku meninggal (--')

Tadi masa hantar mak, aku nak turun jumpa abah n adik2 tapi mak tak bagi. Mak tak tau ke aku rindu sangat kat diorang??? Huhu. Mintak nombor tepon rumah pon mak tak bagi. Adekah adik aku dah jadi artis terkenal? Agaknyer dia masuk AF kot...skrg AF brapa dah ek??? Aznil Nawawi idop lagi tak? Aishh..apa aku pikir ni? Hoho...

“U pikir ape tu?” soal Zack tiba2. Semua awan-awan berangan dalam kepala otak aku ilang. Hihihi.
“Cantik la rumah U, I kagum sangat! Memang U beli camni ke? Banyak cermin jadi nampak luas sangat. I suka tau!” Eh tu aku ke dalam cermin tu? Cantiknye…hihi…rasa tak puas je nak tengok diri sendiri dalam cermin! Tak boleh blah puji diri sendiri. kihkihkih....



“Hm…maybe I should explain from A to Z. Jom I tunjuk bilik kita. Mesti U dah lupa kan,”

Bilik kita? Huahuahua…mcam kelakar je bunyinye. Camne aku nak cakap aku nak tido sorang2??? Tak sampai hatinye! Kihkihkih.

Dalam aku kata tak nak, aku ikot jugak pegi rumah ni. Sekarang ni plak, kaki aku elok je melangkah masuk bilik kitorang. In fact, aku macam best je guna I-U ngan Zack. Wawawa.

Melangkah je masuk bilik ni, mata aku dah tepegun tengok lantai kaca bilik ni yang bleh nampak kolam renang kat bawah. WOW! Rumah ni ada bahagian bawah tanah la! Aku macam nak melompat kegumbiraan jer! Hahaha...aku macam nak gila dah ni...tolong la seseorang tempeleng kepala aku n cakap aku tengah mimpi jer...



“U suka berenang kalo U tension,” tiba2 Zack bersuara lagi bila tengok aku macam orang jakun je.
“Berenang? I tau berenang ke?" 
“Mesti la U tau…” jawab Zack sambil aku follow dia dok kat tepi katil.


Aku pejam mata rapat2. Cepat la ingatan…datang balik kat dalam kepala otak aku ni!!! Nape aku tak ingat apa2 pasal bilik ni? Pasal katil jati yang empuk sangat2 ni???

“Honey U tak ingat apa2 pasal bilik ni?” tanya Zack. Aku geleng. Huh. Letihnya macam ni…life best camni takkan aku tak bleh ingat langsung??

 Zack dah duduk rapat sebelah aku. Rapat sangat2. Huhu… meremangnyer bulu tengkuk aku ni. Hihi. Agaknye macam mana la malam pertama aku ngan Zack kan? Eh. Apa aku pikir ni...stop...jgn pikir bukan2...

“Honey... U dah ready?” soal Zack lembut je tepi telinga aku... 

Ready? Ape maksud dia ready? Takkan la…heh heh heh... 

Ye Zack... I dah ready untuk apa saja... 


Eh. Cop cop cop!

Ni tak leh jadi ni.

“Sorry Zack…U pun tau kan I tak ingat apa2…I memang tak ready apa2. Lebih2 lagi er…pasal… hubungan suami isteri ni,” jawab aku gagap2. Nervous nyer! Camne kalo dia terus tolak aku baring atas katil nih? Engsot jauh sket la. Takutnye…huhu…

“What? Hahahahaha!!! U ingat I nak tanya U ready untuk itu ke?”  Aku tengok Zack dah tekan perut gelak kuat2. “U are so funny, honey. Ni la yang buat I makin sayang kat U tau! Muah!” satu kiss hinggap kat dahi aku. Yucks!

“Err…habis tu u tanya I ready ape?” blurnya kepala otak aku ni…takkan aku salah pikir plak? “Yela…U dah ready ke belum nak dengar I nak crita kat U tentang life kita…kan U tak ingat apa2? Hihihi…kelakar la U ni…tu la banyak berangan lagi...”

La… buat suspen jer...malunyer! Ok wat muka siyes. “Ehem. La yeke…ok crita la,” sebenarnya merah padam muka aku tahan malu.huhu. Tapi mata n telinga aku dah terbuntang luas nak dengar cerita Zack ni. Aku dok rapat balik kat sebelah kiri dia.

“Ok…come here.” Zack tarik nafas dalam2 sambil genggam tangan kanan aku n letak atas peha kiri dia. Hmm dia ni macam amek kesempatan je! Tapi aku macam penah rasa genggaman tangan ni... mungkin ke ingatan aku dah kembali? Mungkin kah...  ---

Errr...mungkin tak. Tadi dia genggam tangan aku masa bawak aku masuk bilik ni. Ok, fine.

“Kita mula dengan macam mana kita kenal ye.”



Ooops sorry..bersambung lagi...



Jun 4, 2011

Lari Dari Mati!

Salam sejahtera semua! Harini saya (ok hari ni guna 'saya' sbb entry mood baik.hihi.) nak share cerita berpengajaran sket sebab semalam dah promise nak citer kan...Saya dengar cerita ni dari ustaz saya dulu jadi ingat2 lupa...jalan cerita masih ada, jadi saya cuba share ye.


Citer ni pasal sorang hamba Allah yang nak lari dari kematian beliau sendiri. Ianya berlaku zaman nabi dulu tapi saya tak ingat zaman nabi apa. Cerita dia camni....

Ada seorang hamba Allah ni yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Beliau ni tinggal seorang diri di sebuah perkampungan kecil. Allah amat menyayangi beliau sebab ketaatan beliau terhadap-Nya...maka suatu hari Allah berfirman kepada malaikat Izrail untuk memberitahu hamba Allah ni supaya bersedia mengahadapi sakaratul maut keesokan harinya!

Sejurus mendapat arahan ini, malaikat Izrail mendatangi hamba Allah ni sebagai orang biasa. Melihat beliau sedang khusyuk beribadah, Malaikat memberi salam untuk menyampaikan berita tersebut. Bunyinya seperti ini:

"Wahai hamba Allah yang tawadhuk, Allah telah berfirman untuk mengambil nyawamu pada hari esok. Maka bersedialah engkau."

Memang beliau terkejut bukan kepalang. Beliau merasakan dirinya belum bersedia untuk menghadapi kematian...beliau merasakan amalan beliau belum cukup untuk menghadap Allah SWT. Lalu beliau merancang untuk melarikan diri!

Sebaik sahaja malaikat Izrail berlalu pergi, beliau segera mengemaskan sedikit pakaian, sebuku roti dan sedikit air untuk dibawa pergi. Beliau berfikir bahawa nyawanya akan diambil jika beliau terus tinggal dirumah usangnya itu kerana rumah itu mungkin akan runtuh jika terdapat ribut pasir dan nyawanya akan melayang.

Beliau mula berjalan ke tepi sungai...mesyusuri sungai tersebut, merenangi lautan dan tiba disebuah pulau yang sunyi. Beliau mula berfikir cara apakah lagi nyawanya akan dicabut dari jasad? Di pulau sunyi itu, tiada apa melainkan pasir semata2. Beliau berasa lebih selamat. 

Ditepi pulau itu beliau terjumpa sebiji buah kelapa yang terdampar. Melihat buah kelapa tersebut, beliau segera menanamnya kerana bimbang buah tersebut akan dilambung ombak lalu terkena kepalanya dan menyebabkan beliau mati.

Oleh kerana keletihan, lapar dan haus, beliau minum air dan memakan roti bekalan beliau sehingga habis lalu tertidur di tengah2 pulau tersebut....

Dengan kuasa Allah, keesokkan harinya sebaik beliau membuka mata, beliau terkejut melihat buah kelapa yang beliau tanam telah tumbuh menjadi sebuah pokok kelapa malahan mempunyai sebiji buah. Buah tersebut gugur ke bumi hampir2 mengenai kepala beliau. Beliau menjadi lebih takut dan buntu.


Kerana haus dengan terik matahari, beliau minum air kelapa tersebut dan makan isinya. Beliau kemudian kelam kabut ingin meninggalkan pulau tersebut kerana khuatir pokok kelapa tersebut akan rebah menghimpap beliau. Akan tetapi malaikat telah mendatangi beliau. Lalu beliau segera melutut berdoa sambil menangis:

"Ya Allah, ampunkan hambamu ini...aku belum bersedia menghadapi kematian...berilah aku sedikit masa..." rintih beliau.

Mendengar doa itu, Allah berfirman kepada malaikat supaya menyebut:

"Waktu kematian itu pasti walaupun cara dan tempatnya berbeza,"

Malaikat memberitahu hamba Allah tersebut supaya bersyukur kerana Allah mengasihinya dan memberitahu hari kematiannya supaya beliau dapat bersedia dengan lebih amal ibadah. Mendengarkan itu, hamba Allah tadi tahu beliau sudah tidak dapat lari lagi...beliau sedar harinya telah tiba cuma waktunya belum beliau pasti dan biarlah beliau tidak mengetahuinya.

Hamba Allah itu redha dan terus beribadah di tengah lautan. Pada saat yang Allah telah janjikan, malaikat Izrail mengambil nyawanya ketika beliau sedang khusyuk menunaikan solat Isya'. Tidak ada sebarang penyebab kematian - tiada runtuhan berlaku, tiada buah kelapa gugur mengenai kepala, tiada ombak besar membadai, tiada pokok kelapa menghimpap, tiada ribut pasir melanda - cuma malaikat Izrail yang datang mencabut nyawanya!

*********

Pengajarannya disini, kita memang tidak dapat lari dari takdir yang telah Allah tentukan untuk kita, caranya mungkin berbeza tetapi apa yang telah ditentukan itu memang pasti akan berlaku.

Tq terus baca sampai habis. Kongsikan bersama semoga semua mendapat hikmah dari Nya, aminnn..


Jun 3, 2011

Takdir Hari Ini: Pangku Kawan Eksiden

Assalamualaikum korang...sihat? Aku sihat...tapi ada story pasal takdir aku harini.

Semalam (tadi cakap harini, tapi bermula malam tadi la sebab ada kaitan) aku gadoh ngan en.jay ...biasa la orang muda...tapi sedih jugak. Aku tido dekat kol 12 kot so pagi tadi bangun lamabt...dalam 6.35 pagi cam tu.

Tunggu adik aku sudah mandi bari aku g mandi..so lewat jugak la aku kuar g keje...dalam kol 7.32 am jam kat dashboard kreta.

Aku bawak laju gak la kat hgway. Supsap supsap (laju gila la ni konon2nya) ...7.55am aku dah smpai kat traffik lite nak ke kilang. Tapi dah dekat je ngan kilang aku, betul2 depan simpang, aku tengok ada motor dah eksiden langgar blakang teksi n nampak beberapa orang tengah papah mangsa ke tepi.

Yang aku paling tak sangka mangsa tu kawan satu tempat keje aku nama faizah. huhu. Aku cepat2 parking tepi n pegi kat dia n terus ampu belakang badan dia yang dah lembik. Masa tu jugak kawan aku nama hajar benti tepi gak n sama2 nak tolong anta g hospital tapi takleh angkat faizah sebab kitorang tengok kaki dia patah.

Aku pangku dia n pegang tangan dia kuat2...tengok dia mengigil tahan sakit n mengadu sakit sangat2. Kesian aku tengok dia...aku tenangkan dia n g tau dia jangan jerit sebab nanti lagi sesak nafas. Pakcik2 kat c2 pon tenangkan dia (walaupon suasana kat c2 tak brapa tenang, mesti korang dapat bayangkan kan).

Aku tengok kaki kanan dia patah kat tulang kering tu... Sampai sekarang aku terbayang2...kita kalau luka sket pon dah sakit, ni kan pulak tulang patah.huhu.

Aku sempat lap darah kat pipi dia guna tisu sebab luka. Dalam gak kot sbb darah mengalir je. Bibir dia pecah sket. Yang lain sumer alhamdulillah ok... Kawan aku Zura (tak prasan bila masa dia sampai) bagi air sket kat faizah untuk pulih semangat tapi pakcik2 kat situ marah plak diorang kata tak baik. Betul ker?

Lebih kurang kol 8.30 cmtu baru ambulan smpai...lmbat kan? Huhu...siap sesat2 lagi. Mungkin org yg tepon tu salah bagi info kot. Tapi faizah memang kuat la sebab dia tak nangis pon. Kalau aku... tak tau la cmne. Mintak simpang malaikat 44.

Tu takdir dia hari ni...takdir aku plak nak pangku dia which is kali pertama dalam hidup aku ada kat tempat kejadian eksiden patah cmni. Pekerja kilang memang ramai yang keluar tengok smpai la ambulan sampai (diorang ni takde keje ke? dalam hati aku cakap).

Aku ikot naek kreta ngan bos sampai hospital alor gajah tapi dia kene transfer ke hospital melaka sebab nak masuk plate besi. Petang tadi bos aku cakap hari selasa or rabu baru operation...lambatnyer...huhu...mesti menahan sakit je kawan aku ni.huhu.

Sabar ye faizah, semuanya ada hikmah...

Harap readers semua sama2 doa operation dia berjalan lancar, ok? Tq korang (--)

P/s: Penah dengar citer takdir sorang hamba Allah yang nak lari dari kematian masa zaman Nabi tak? Nanti aku citer k. Harini entry mood serius.

Bye bye bye! Tq for reading!

Eksiden ni berlaku semalam, 2 Jun 2011 tapi story ni publish hari ni, 3 Jun 2011. Jadi perkataan 'harini' dalam entry kat atas merujuk kepada semalam hari Khamis, 2 Jun 2011.

Kitorang memang kuat makan. Peace.


Related Posts with Thumbnails