Jun 3, 2011

Takdir Hari Ini: Pangku Kawan Eksiden

Assalamualaikum korang...sihat? Aku sihat...tapi ada story pasal takdir aku harini.

Semalam (tadi cakap harini, tapi bermula malam tadi la sebab ada kaitan) aku gadoh ngan en.jay ...biasa la orang muda...tapi sedih jugak. Aku tido dekat kol 12 kot so pagi tadi bangun lamabt...dalam 6.35 pagi cam tu.

Tunggu adik aku sudah mandi bari aku g mandi..so lewat jugak la aku kuar g keje...dalam kol 7.32 am jam kat dashboard kreta.

Aku bawak laju gak la kat hgway. Supsap supsap (laju gila la ni konon2nya) ...7.55am aku dah smpai kat traffik lite nak ke kilang. Tapi dah dekat je ngan kilang aku, betul2 depan simpang, aku tengok ada motor dah eksiden langgar blakang teksi n nampak beberapa orang tengah papah mangsa ke tepi.

Yang aku paling tak sangka mangsa tu kawan satu tempat keje aku nama faizah. huhu. Aku cepat2 parking tepi n pegi kat dia n terus ampu belakang badan dia yang dah lembik. Masa tu jugak kawan aku nama hajar benti tepi gak n sama2 nak tolong anta g hospital tapi takleh angkat faizah sebab kitorang tengok kaki dia patah.

Aku pangku dia n pegang tangan dia kuat2...tengok dia mengigil tahan sakit n mengadu sakit sangat2. Kesian aku tengok dia...aku tenangkan dia n g tau dia jangan jerit sebab nanti lagi sesak nafas. Pakcik2 kat c2 pon tenangkan dia (walaupon suasana kat c2 tak brapa tenang, mesti korang dapat bayangkan kan).

Aku tengok kaki kanan dia patah kat tulang kering tu... Sampai sekarang aku terbayang2...kita kalau luka sket pon dah sakit, ni kan pulak tulang patah.huhu.

Aku sempat lap darah kat pipi dia guna tisu sebab luka. Dalam gak kot sbb darah mengalir je. Bibir dia pecah sket. Yang lain sumer alhamdulillah ok... Kawan aku Zura (tak prasan bila masa dia sampai) bagi air sket kat faizah untuk pulih semangat tapi pakcik2 kat situ marah plak diorang kata tak baik. Betul ker?

Lebih kurang kol 8.30 cmtu baru ambulan smpai...lmbat kan? Huhu...siap sesat2 lagi. Mungkin org yg tepon tu salah bagi info kot. Tapi faizah memang kuat la sebab dia tak nangis pon. Kalau aku... tak tau la cmne. Mintak simpang malaikat 44.

Tu takdir dia hari ni...takdir aku plak nak pangku dia which is kali pertama dalam hidup aku ada kat tempat kejadian eksiden patah cmni. Pekerja kilang memang ramai yang keluar tengok smpai la ambulan sampai (diorang ni takde keje ke? dalam hati aku cakap).

Aku ikot naek kreta ngan bos sampai hospital alor gajah tapi dia kene transfer ke hospital melaka sebab nak masuk plate besi. Petang tadi bos aku cakap hari selasa or rabu baru operation...lambatnyer...huhu...mesti menahan sakit je kawan aku ni.huhu.

Sabar ye faizah, semuanya ada hikmah...

Harap readers semua sama2 doa operation dia berjalan lancar, ok? Tq korang (--)

P/s: Penah dengar citer takdir sorang hamba Allah yang nak lari dari kematian masa zaman Nabi tak? Nanti aku citer k. Harini entry mood serius.

Bye bye bye! Tq for reading!

Eksiden ni berlaku semalam, 2 Jun 2011 tapi story ni publish hari ni, 3 Jun 2011. Jadi perkataan 'harini' dalam entry kat atas merujuk kepada semalam hari Khamis, 2 Jun 2011.

Kitorang memang kuat makan. Peace.


2 comments:

angelycious said...

Ohhh~! Kesiannya dye. how is she? beraninya xidi pangku even da berdarah2. Kalau jay tu sah2 pengsan dulu ;D

xidi said...

Dia berdarah sket je...kalo banyak pikir jugak kot. sekarang dia kat hospital tunggu operation.huhuhu.

Related Posts with Thumbnails