Jun 15, 2011

Lagi2 Telur!

Salam korang....watpe tu? Aku bz la.

Tapi aku tetap nak wat entry supaya dapat naekkan mood balik. So entry hari ni nak share ngan korang proses penghasilan telur kat tempat keje aku sebab ni je yang paling aku expert.hihi. Aku yakin mesti ramai yang pikir telur ayam dikutip satu2 kat reban kan...(mcm yang aku bayangkan dulu2.hihi.). 


Tapi sebenarnye korang silap...jom baca sambil korang layan aku promote produk kilang tempat keje aku. Peace (^_^)y !


Ada dua jenis ayam ternakan...ayam telur n ayam daging. Tapi ayam telur ditempatkan di dalam reban bertingkat samada reban terbuka ataupun berhawa dingin. Ladang tempat keje aku ni akan hasilkan hampir 600,000 biji telur ayam sehari! Kalau ayam boleh bertelur setiap 26 jam, korang kira la sendiri bape ekor ayam dalam TPC ni. hehe.

Fyi, ada 4 jenis dedak ayam yang dihasilkan di kilang dedak TPC untuk diberi makan pada ayam2. Jenis dedak ni penting untuk hasilkan pelbagai jenis telur iaitu kurang kolesterol, ada omega, ada selenium ataupun dedak biasa. Dedak yang berlainan akan diberikan kepada reban yang berlainan.



 Telur2 segar dari ladang akan dibawa ke kilang dan disusun berasingan ikut jenis macam dalam gambar ni. Telur2 ni semua tengah tunggu giliran untuk di timbang mengikut berat.


 
Then, nak masuk mesin, telur2 diangkat ke dalam mesin penimbang menggunakan teknologi robot n beratur sebelum masuk penimbang…macam2 warna kan? 1 Malaysia la katakan...hihi.


 

Lepas timbang, diorang ni diasingkan mengikut gred AA, A, B, C, D, E dan F (berat telur). Ada jugak telur yang terlalu besar (gred AAA) dan terlalu kecil (gred G) tapi selalunya tak banyak. Telur gred AAA dan G ni akan diasingkan jugak untuk dijadikan telur air. 

Ramai yang salah faham term 'gred ABC' ni. Mungkin ada yang fikir kualiti A, B or C. Harap lepas ni korang tak salah faham lagi! (^_^)

Then barulah kesemua telur ni diasingkan mengikut kualiti: baik dan bersih (1st grade), warna kulit yang pucat / putih (2nd grade), serta retak / kotor (3rd grade) di dalam tray yang berasingan.



Telur 1st grade akan dibungkus mengikut jenis (rendah kolesterol / selenium / omega / biasa) dan kemudian dimasukkan ke dalam kotak sebelum dihantar ke pasaraya. Kalau telur jenis biasa akan dihantar kepada pemborong. 

Cer korang tengok gambar kat atas ni. Telur ‘Lower Cholesterol (LC)’ ini la yang menaikkan nama TPC sekitar tahun 1980an dulu so aku letak gambar telur LC ni supaya kalau korang nampak kat pasaraya, sila la beli n rasakan perbezaannya! Hihi.



Terdapat juga telur 1st grade yang dicuci dan dibasmi kuman. Telur ni dihasilkan atas kehendak pelanggan yang biasanya hotel2 dan restaurant makanan segera. Telur ini dipanggil ‘wasaco eggs’ iaitu washed, sanitized and coated eggs. 

Untuk pengatahuan korang, sanitizer yang digunakan mestilah yang food grade sanitizer (selamat untuk makanan). Then, telur yang telah dicuci dan dibasmi kuman ni mestilah dililinkan dengan food grade wax supaya liang2 udara yang telah terbuka ditutup semula. Telur yang dah kena air kena cepat2 masak kalau tak, telur tu akan cepat rosak / busuk melainkan dah dililinkan.



Selain wasaco eggs, TPC ada jugak menghasilkan telur air (liquid egg). Julat pH telur air yang baik ialah 7.0 sehingga 7.8.

Telur air yang sudah di pastur (pasturized) hendaklah disimpan didalam bilik sejuk dibawah suhu 7’C sebelum dihantar kepada pelanggan (biasanya kilang membuat kek). Jangka hayat telur air ialah 7 hari dan akan berkurangan jika disimpan melebihi suhu ini.



Semua jenis telur yang dah siap dibungkus semuanya dihantar menggunakan lori syarikat…cantik tak? Hihi. Ada banyak jenis lori yang digunakan untuk proses penghantaran…ada lori sejuk beku (chilled), ada lori sejuk (air-cond) dan ada jugak lori biasa. Jenis lori yang berbeza bergantung kepada produk yang nak dihantar. 

Untuk telur ke pasaraya dan pemborong, pakai lori biasa pun dah ok. Kalo nak hantar telur yang siap dicuci kena pakai lori sejuk untuk kawal pembentukan bacteria. Untuk telur air pulak kene pakai lori sejuk beku sebab jangka hayat dia sangat singkat so lagi sejuk lagi bagus. Produk yang nak naek lori sejuk n chiller kena bungkus pakai tray or kotak yang tebal sebab takut nanti wap air bleh menyebabkan kotak koyak.



Korang pernah tengok telur takde kulit? Camni la rupanya. Kalau ayam bertelur kulit nipis atau tak ada kulit camni maknanya ayam tersebut kurang calcium. Telur2 3rd grade termasuk telur macam ni kilang aku akan jual kepada penternak ikan sebagai makanan ikan.

*******

Ni video aku cilok kat youtube tentang poultry farm kat China. Kat tempat keje aku lebih kurang camni la. Selamat menonton!


Harap entry ni bagi korang semua at least sedikit info pasal TELUR. 

Take care korang.

Ingat TELUR, ingat TPC!

Peace (^^)y !


6 comments:

missxidi said...

ye betol tu! hihi.

سيتي عإيشه Aisyah said...

selama nie sy tahu makan telur je..now tahu serba sedikit~ thanx for the info ;)

Acik said...

Org yg mengusahakan telur ni mesti yg sabar. Kalu x mesti berdozen2 pecah nanti ...

missxidi said...

@aisyah: (nama kawan baek xidi ni) memang blog walking bleh dpt info kan. bca la lagi pasal chewing gum plak (^^)

@acik: a'a sabar je macam bos xidi (^^,)

Siti Wanee Anuar said...

Hai nak tanyer, td de sebut cuci telur menggunakan food grade sanitizer. Mane nk dpt tu?

Siti Wanee Anuar said...

Hai nak tanyer, td de sebut cuci telur menggunakan food grade sanitizer. Mane nk dpt tu?

Related Posts with Thumbnails