Nov 9, 2011

Part 14: Geram! Geram! Geram!



“Honey, you menung apa tu? Jom kita balik,” tegur Zack buat ingatan aku kat kes minggu lepas terus terbang.

“Er...takde pape. Thanks Zack for the dinner,” jawab aku ringkas je. Malas nak cerita apa yang aku pikir.

Dalam perjalanan balik kitorang masing2 diam je sambil layan radio. Aku tak tau la apa yang Zack pikir tapi aku masih lagi pikir pasal perangai Adam. Dah la aku rindu giler kat Nick, jumpa tak sampai 5 minit sesuka hati dia je tumbuk boyfren aku. Huhu.

Ok Nick bukan lagi boyfren aku tapi mesti la rindu. Elok2 kitorang couple tibe2 je dah putus. Tak ke pelik rasanye? Hm…walaupon Nick dah serabai sket, tapi dia tetap maintain hensem. Hihi.


Tiba2 Zack berdehem. Aku toleh la pandang dia. Dia macam nak bagi tau aku smthing. Ape ek?

“Honey actually I wanna tell you this but promise me don’t be angry, ok?” pinta Zack.

Aku buat muka pelik. Apsal pulak Zack ni? “Ok, go on.”

Zack tarik nafas dalam2. “This Friday I’m going to Italy for an auction…and…it’ll be 1 week…is that ok?”

Pergi Itali seminggu??? Auction ape? Nak ikot…nape Zack tak nak ajak aku? Huhu. Aku pon nak melancong jugak! Mesti dia tak nak aku ikot…huhu… “Auction apa, Zack?”

“Auction kereta antik... I pergi dengan Adam. Lagipun kitorang nak jumpa beberapa arkitek kat sana.”

“Ooo…” Adam lagi. Hm…tak nak la ikot.




********

“Awak ni dah gila ke tumbuk Nick sampai macam tu sekali???” aku tengok muka Adam bengang n merah padam. Tapi sikit pon dia tak balas apa yang aku marah. Geram betul! Dia pikir dia sape agaknye suka hati je nak tumbuk anak orang?

“Awak tau tak dia satu-satunya harapan saya nak tau kisah silam saya? Kenapa awak tumbuk dia?!” bebel aku lagi. Memang aku betul2 sakit hati. Adam bawak kereta dah mcm bawak formula 1. Kejap je dah sampai Seremban tapi sikit pon aku tak takot sebab marah punya pasal.

"Adam! Saya cakap dengan awak ni!"

“Awak suka kan dia pegang tangan awak macam tu? Saya boleh cerita semua pasal awak tapi awak yang tak nak percaya! Saya yang cintakan awak, bukan mamat selebet tadi! Awak faham tak??? Awak Lili, milik saya! Lagipun--”

“Stop calling me Lili! Saya Laili! Nick boyfren saya or what so ever and saya cintakan dia! Saya langsung tak kenal awak! Eee...geramnye cakap ngan awak ni!"

“Ok! Kalau awak gilakan sangat mamat tadi tu, awak pergi la kat diaaaaa!!!” jerit Adam.


Wah nak jerit kat aku ek...dia ingat dia sorang je bleh jerit? “Turunkan sayaaaaaa!!!” jerit aku balik panjang2. Adoi dah macam orang gila plak kitorang terpekik2 dalam kereta ni. Haha. Sakit tekak menjerit tapi best dapat lepas geram. Er…mintak2 la jangan dia benti soh aku turun betul2. Waaaa!!!

Nasib baik Adam diam tahan marah n terus drive sampai la ke depan rumah aku…takut jugak kene tinggal tepi highway tadi. Kuikuikui.

Even dia diam tapi aku tetap tak puas hati. “Awak jangan datang rumah saya or cari saya lagi! Faham?” Warning aku sebelum hempas pintu kereta Adam. 

Terasa panas n sakit hati sangat2! Dia yang ajak aku pegi Shah Alam konon2 nak tolong aku last2 dia yang buat spoil. Hampeh betul! Geram! Geram! Geram!


*********

 Terasa kejap je dah sampai rumah…jam pon dah pukol 10 mlm.

“Honey, why don’t you start working next week? Mesti you bosan dok kat rumah kan?” Cadang Zack masa kitorang sama2 nak masuk rumah. Aku angguk perlahan. Stupid dumb dumb la Zack ni. Aku nak pegi Itali jugak…ade ke soh pergi keje. Huhu. Tak dapat pergi Itali, bagi la tiket g Australia ke...New Zealand ke...

“Nanti you mintak la Maria tunjuk ajar kalau you tak boleh buat, ok?” Nak tak nak terpaksa la aku jawab ok… Then aku masuk bilik aku, Zack masuk bilik dia. Hm...

Tiba2 ada mesej masuk tepon aku.

Sender: +6019224****
Aslmkm Laili. Ni Ida…aku nak mintak maaf pasal minggu lepas. Kita jumpa nak Jumaat ni? Aku boleh ajak Hajar n Zura sekali. Tu pun kalau kau nak la…

Ida???!

Aku: Mesti la nak! Ok confirm Jumaat ni =) Katne?

Ida: Kat SACC Mall bleh? 


Aku: Ok je.hehe. Tq ida! Aku rindu sangat kat kau! Aku tak tau apa dah jadi b4 ni tapi harap kau maafkan aku ye…


Ida: Xpe... Nanti kita cerita k. G.nite =)


Aku: Gudnite (^^,)

Wah… Bestnyer! Tak sabar nak tunggu Jumaat ni! Zack, kau nak pegi Italy ke...Australia ke...Canada ke...pergi la. Hehehe.... Baru la terasa berseri2 muka aku ni. Hehe. Lalala~~~

Gudnite korang!




Bersambung =)

2 comments:

sofiah rahmat said...

wah... dah jd penulis novel la... bole ikut mcm novel badai semalam la...

aleen aiden said...

nak ikut pi itali! :P

Related Posts with Thumbnails