Cak!
Salam korang...harini aku nak story pasal kisah kantoi aku ngan someone...citer ni dah lama aku simpan sorang2 tapi rasanye dah sampai masa aku citer kat korang semua. Cewah2...macam nak bagi wasiat plak. hihihi.
******
Aku dulu masa darjah satu kuat tipu kawan aku terutamanya sorang budak lelaki pendiam n berhingus yang slalu dok sorang2 blakang kelas. Aku selalu cakap kat dia yang aku ada pergi kelas gimnastik artistik. Kuang3...tah pape tah penipuan aku ni. Siap demo plak tu aku maen riben depan kelas. Yang besnyer kawan2 aku heboh satu skolah sampai cikgu2 sumer nak anta nama aku kat pusat gimnas negara. Wawawa.
Selain tu jugak, aku ada menipu yang aku pandai cakap korea kat kawan2 kelas aku. Ntah pape aku sebut pon aku tak tau tapi diorang sumer macam terpegun je dengar aku bercakap:
"Adiosayo kamsamita cincha &(&^RGH%^&@*.......... "
Nape la diorang sumer percaya kat aku kan? Mungkin muka aku muka budak baik kot. Hihi.
Tapi penipuan aku tu tak lama sebab aku pindah skolah dari Sungai Buloh, Selangor ke Manjung, Perak... (biarla aku rahsiakan nama skolah aku.hihi.). Masa aku skolah kat Perak, aku insaf sket la. Aku dah tak tipu cakap ada pegi kelas gimnas sebab aku tak penah nampak mana2 sign board 'KELAS GIMNAS ADA DI SINI' kat Manjung. Hihi. Tapi aku tipu cakap aku terer main piano. Hahaha. Nasib baik kat sekolah tu takder piano nak soh aku demo depan semua orang. Citer nak gempak. kuikuikui.
Nak dipendekkan cerita, habis skolah, aku dapat tawaran masuk Korea University (KU) atas tajaan JPA (bukan nak blagak la tapi memang kisah benar nih). Mungkin sebab azam aku sejak kecik nak g Korea kot. Ha ni la gambar hostel n bilik aku kat sana:
Hostel ni ramai jugak student Malaysia...yang tak boleh blahnyer, student Malaysia semuanya suka bercerita pasal pensyarah korea yang hensem2 n cun2. Mula2 aku meluat jugak. Tapi masa first kuliah, mulut aku dah ternganga besar tengok Lee Dong Wook jadi pensyarah subjek Biology! Cuba korang bayangkan!
"Ok students. Biology means study of life. Bla bla bla..."
Memang tak bleh blah!
Hari kedua mulut aku terus tergamam tengok Kim Tae Hee mengajar subject World History! Memang cun gila la cikgu sejarah aku ni...tiba2 aku jadi peminat sejarah dunia plak. hihihi.
"After Hiroshima attacked by nuclear, the whole world start to realize bla bla bla..."
Pergh....memang aku rasa heaven giler blaja kat Korea ni. Dah la aku memang minat K-pop, tiba2 dapat plak pensyarah artis terkenal semuanya!
Hari ke tiga aku pegi kuliah, aku memang dah stand-by dengan kamera Olympus water resistance (tak tau nape nak mention kalis air kat sini), 12 megapixel. Aku nak amek gambar dengan pensyarah aku n masuk kat facebook biar satu Malaysia jeles!
Hari tu subject Fizik. N aku paling tak sangka, kali ni Kim Hyun Joon yang mengajar aku Fizik! Sebijik macam dalam citer Playful Kiss! Wawawa.
"f=ma which means force is equal to mass times acceleration.. bla bla bla.."
Korang mesti dapat bayangkan aku tersengeh sorang2 macam kerang busuk kena perfume dalam dewan kuliah kan...hihihi...tengah aku sengih sorang2, tiba2 Kim Hyun Joon terdiam n pandang tepat kat muka aku. Aku pon gabra la. Cepat2 aku cover sengeh aku.
"Excuse me. Could you please come forward?" panggil beliau tiba2.
"Me?" tanya aku teragak2 sambil tunjuk jari kat muka aku.
"Yes, you." jawab beliau dengan senyum yang cukup menawan. hihi.
Aku pon turun la pelan2 pegi depan dewan kuliah siap bawak kamera lagi. Masa tu satu dewan dah berbisik2. Hati aku tertanya2 jugak apsal ek aku kena panggil???
"Are you Xidi? You always demonstrate how to play ribbon when we were standard 1! I'm Hyun Joon, remember?"
Ok SHIT! Ni ker budak berhingus dalam kelas darjah satu aku dulu? Sejak bila dia jadi mamat korea??? Ok baru aku ingat ayah dia duta Korea dok M'sia sebulan je masa tu!
"Sorry sir you got a wrong person," dalih ku.
"No I'm not...dont be shy. Tomorrow please show us your talent! Class, give her around of applause, she was my friend! She knows gymnastic!" Dan satu dewan kuliah tepuk tangan kuat2 sambil bersorak. Masa tu jugak Kim Hyun Joon bisik kat telinga aku:
"Saya tahu awak tak pernah pergi kelas gimnastik dulu!" What? Dia cakap Melayu. Oh tidak!!! Tolong someone lempang pipi aku n kejutkan aku dari mimpi ngeri ni!
Lepas tu aku terus naik ke seat aku n sinking my head under my book!
Now what? Balik hostel n berlatih buat gimnastik dengan riben untuk buktikan yang aku betul2 pandai main riben ala2 gimnas negara atau behenti je blaja??? Waaaa...mak...nak balikkkk!!!!!
******
Korang rasa apa aku buat lepas kantoi ngan Kim Hyun Joon? Kalau korang nak tau, keesokkan harinya, aku telah memberi pelbagai alasan (sakit kaki, sakit tangan n etc) sampai la aku habis blaja (sebenarnya aku ada pegi jugak kelas belaja main riben tapi badan aku sakit2 tak bleh nak lentur sikit pon.hohoho.).
Tq baca n3 aku ni smpai habis. Kepada korang semua, jangan la menipu sebab nanti korang akan kantoi jugak suatu hari nanti.........
Takut tak? Kihkihkih.
******
Sampai sini je citer bohong aku yang kreatif ni... Best kan? Cakap la best supaya aku tak perasan sorang2...heh... Ni sumer gara2 'Giveaway Kpop Contest by Belog Korie' yang aku excited sangat nak join sampai tulis n3 ke 12 pagi. Hihihi.... (.^^)y
Klik banner kat atas ni or kat side bar nun atas skali kalo nak join, ok! Aku cabar peminat Kpop sumer join kontest ni.
Ada berani??? Mesti berani punye lah! Kui kui kui...
P/s: Cerita rekaan. Takde kene mengena dengan hidop n mati sape2 mahupun artis2 kat atas hatta KU sekali pon.
Peace!
9 comments:
Ok jln cerita yang best!
My heart following ur story until the end..
nice job dear.
Btw. gudluck.
Tq korie! harap awak suka (^^) kalo wat contest lagi xidi nak join tau!
huhu . best2 citer nie . klakar . hihi . good luck ! ^_^
tq tia...tia join tak???
KHJ <3 , HAHA . nice story ;)
jgn sampai kantoi ngn min ho yer! hihi.
JGS pun saya minatt ! HAHA . LMH paling saya sayang ;)
cut, JGS tu sape? hihi....
jang geun suk
Post a Comment