Jun 4, 2011

Lari Dari Mati!

Salam sejahtera semua! Harini saya (ok hari ni guna 'saya' sbb entry mood baik.hihi.) nak share cerita berpengajaran sket sebab semalam dah promise nak citer kan...Saya dengar cerita ni dari ustaz saya dulu jadi ingat2 lupa...jalan cerita masih ada, jadi saya cuba share ye.


Citer ni pasal sorang hamba Allah yang nak lari dari kematian beliau sendiri. Ianya berlaku zaman nabi dulu tapi saya tak ingat zaman nabi apa. Cerita dia camni....

Ada seorang hamba Allah ni yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Beliau ni tinggal seorang diri di sebuah perkampungan kecil. Allah amat menyayangi beliau sebab ketaatan beliau terhadap-Nya...maka suatu hari Allah berfirman kepada malaikat Izrail untuk memberitahu hamba Allah ni supaya bersedia mengahadapi sakaratul maut keesokan harinya!

Sejurus mendapat arahan ini, malaikat Izrail mendatangi hamba Allah ni sebagai orang biasa. Melihat beliau sedang khusyuk beribadah, Malaikat memberi salam untuk menyampaikan berita tersebut. Bunyinya seperti ini:

"Wahai hamba Allah yang tawadhuk, Allah telah berfirman untuk mengambil nyawamu pada hari esok. Maka bersedialah engkau."

Memang beliau terkejut bukan kepalang. Beliau merasakan dirinya belum bersedia untuk menghadapi kematian...beliau merasakan amalan beliau belum cukup untuk menghadap Allah SWT. Lalu beliau merancang untuk melarikan diri!

Sebaik sahaja malaikat Izrail berlalu pergi, beliau segera mengemaskan sedikit pakaian, sebuku roti dan sedikit air untuk dibawa pergi. Beliau berfikir bahawa nyawanya akan diambil jika beliau terus tinggal dirumah usangnya itu kerana rumah itu mungkin akan runtuh jika terdapat ribut pasir dan nyawanya akan melayang.

Beliau mula berjalan ke tepi sungai...mesyusuri sungai tersebut, merenangi lautan dan tiba disebuah pulau yang sunyi. Beliau mula berfikir cara apakah lagi nyawanya akan dicabut dari jasad? Di pulau sunyi itu, tiada apa melainkan pasir semata2. Beliau berasa lebih selamat. 

Ditepi pulau itu beliau terjumpa sebiji buah kelapa yang terdampar. Melihat buah kelapa tersebut, beliau segera menanamnya kerana bimbang buah tersebut akan dilambung ombak lalu terkena kepalanya dan menyebabkan beliau mati.

Oleh kerana keletihan, lapar dan haus, beliau minum air dan memakan roti bekalan beliau sehingga habis lalu tertidur di tengah2 pulau tersebut....

Dengan kuasa Allah, keesokkan harinya sebaik beliau membuka mata, beliau terkejut melihat buah kelapa yang beliau tanam telah tumbuh menjadi sebuah pokok kelapa malahan mempunyai sebiji buah. Buah tersebut gugur ke bumi hampir2 mengenai kepala beliau. Beliau menjadi lebih takut dan buntu.


Kerana haus dengan terik matahari, beliau minum air kelapa tersebut dan makan isinya. Beliau kemudian kelam kabut ingin meninggalkan pulau tersebut kerana khuatir pokok kelapa tersebut akan rebah menghimpap beliau. Akan tetapi malaikat telah mendatangi beliau. Lalu beliau segera melutut berdoa sambil menangis:

"Ya Allah, ampunkan hambamu ini...aku belum bersedia menghadapi kematian...berilah aku sedikit masa..." rintih beliau.

Mendengar doa itu, Allah berfirman kepada malaikat supaya menyebut:

"Waktu kematian itu pasti walaupun cara dan tempatnya berbeza,"

Malaikat memberitahu hamba Allah tersebut supaya bersyukur kerana Allah mengasihinya dan memberitahu hari kematiannya supaya beliau dapat bersedia dengan lebih amal ibadah. Mendengarkan itu, hamba Allah tadi tahu beliau sudah tidak dapat lari lagi...beliau sedar harinya telah tiba cuma waktunya belum beliau pasti dan biarlah beliau tidak mengetahuinya.

Hamba Allah itu redha dan terus beribadah di tengah lautan. Pada saat yang Allah telah janjikan, malaikat Izrail mengambil nyawanya ketika beliau sedang khusyuk menunaikan solat Isya'. Tidak ada sebarang penyebab kematian - tiada runtuhan berlaku, tiada buah kelapa gugur mengenai kepala, tiada ombak besar membadai, tiada pokok kelapa menghimpap, tiada ribut pasir melanda - cuma malaikat Izrail yang datang mencabut nyawanya!

*********

Pengajarannya disini, kita memang tidak dapat lari dari takdir yang telah Allah tentukan untuk kita, caranya mungkin berbeza tetapi apa yang telah ditentukan itu memang pasti akan berlaku.

Tq terus baca sampai habis. Kongsikan bersama semoga semua mendapat hikmah dari Nya, aminnn..


2 comments:

qamarguyz said...

salam ziarah..
terima kasih atas perkongsian..
tersedar kembali kuasa Tuhan..
akan hakikat kehidupan & pastinya kematian

xidi said...

sama2 qamar...saya pon teringat crita ni sebab tersedar bila kawan eksiden last week...huhu...

Related Posts with Thumbnails