May 31, 2011

9 Habit Luar Biasa Bagi Blogger

Salam korang sumer! sihat? aku sihat jer...

Actually aku start draft n3 ni hari sabtu hari tu masa jalani CPR n 1st aid training kat opis tapi rehat2 time tu sempat plak wat n3.hihi.


Sekarang aku ada mood nak list down habit luar biasa bagi semua blogger. Sori la tajuk tu salah..potong p'kataan 'luar'. Jangan marah yer...hihi... Korang cuba baca satu persatu, mana tau korang pon ada habit yg sama bleh bagi komen sket.

1. Korang selalu nak cek brapa follower korang hari ni.
Ni habit biasa la ni...memang dah popular tapi tetap nak tengok jugak follower bertambah ke tak, betul tak. Sape setuju or tak setuju sila komen (^,^)y

2. Selalu bukak2 je blog mesti nak tengok ade orang komen n3 tak?
Sama jugak cam habit no. 1 tadi, ni habit yang dah tak dapat nafikan lagi bagi semua blogger. Mungkin jugak m'harap tiap2 hari ada orang komen / komplen n3 korang. Kalo setuju sila komen, kalo tak setuju sila komplen. hehe.

3. Selalu tulis kat shoutbox yang korang visit
Ni mesti la coz nak tinggalkan jejak...cara ni bagus sebab blogger lain pon bleh singgah blog korang n kalo diorang suka blog korang, diorang mesti follow kan.

4. Habit mengabaikan orang sekeliling
Habit ni tak brapa bagus la sebab time khusyuk tulis n3, mesti kita 'tend to ignore everything else around us'. Sape stuju sila angkat tangan cam usop weelcha! hihi.

5. Mengabaikan orang tersayang pastu cakap sori
Ni pon tak bagus jugak. Sama cam habit kat atas tu la...kadang2 kwn baik or bf / gf or adik bradik mesej tanya khabar or tanya tgh watper tu, kita akn ckp 'lps tulis n3 ni aku reply la'.hihi. Sape ngaku sila tinggalkan jejak!

6. Habit blog walking sampai tengah malam
Ni bagus la sebab dapat memeriahkan lagi blog kawan2 yang lain. Tapi yg tak best, bil letrek rumah korang mesti melambung kan...ape tah lagi lepas tarif dah naek ni.hukhukhuk...

7. Condem blog orang yang ada lagu2
Ni kalo lagu bising ramai yang tak suka...so ramai la blogger komplen. Tapi ada jugak blogger yg suka terutama bila lagu kegemaran tengah main. Melekat jugak la kat blog member tu.hihi.

8. Makan n minum sambil tulis n3
Ha ni la salah satu punca ramai remaja sekarang obes. Tapi statistik untuk blogger tak tau la plak sebab kebanyakkan blogger aku tengok comel n hensem jer.hihi. Mungkin diorg ni lupa makan kot.

Last skali...

9. Tulis n3 time keje sbb duit nuffnang lagi banyak dari gaji
Kihkihkih...ni aku pon terlibat sama la ni. Memang betul kadang2 boring kat opis...bukak ms excel tapi tangan taip n3 baru.wawawa. Tapi makan minggu jugak la nak siapkan 1 n3.hihihi...

Ok la korang...selamat ber blog walking n hepi2 selalu yer...jangan lupa share n3 ni! Sweet!

Bye bye bye (>,<)



May 27, 2011

Contest Menulis Surat Tak Rasmi: Lebih RM6 Ribu Untuk Dimenangi!

Assalamualaikum n hai korang! Watper tu? Ooops..mestilah tengah blog walking kan...hihi.

Ni ada berita gembira untuk semua blogger! Mungkin ramai yang dah tau coz banyak kat iklan TV. In fact, contest ni pon abah aku yang soh join (caya lah abah!). hihi. So...


Fyi, pos Malaysia ada anjurkan pertandingan menulis surat tak rasmi iaitu berkenaan pengalaman n harapan jadi anak malaysia. Jom cek tis out!


Ha ni la iklan yg pos malaysia siarkan. patriotik tak? yela kan tak lama lagi masuk bulan merdeka...mgkin pemenang akan jadi salah satu sejarah m'sia coz diumumkan 31 ogos? mana tau kan...tiba2 rezki kita ke.hihi. Jom la join. Aku bukan nak tamak so aku share ngan sumer orang supaya dapat join jugak.

Tarikh tutup contest ni 30 Jun 2011 so ada masa lagi la nak g google ker...nak cari idea ke...nak interview atuk nenek ker...(^^,) Coz dulu kalo blaja pasal sejarah mesti slalu tanya atuk n nenek tapi diorang dah takde ni...sob2..kene la cari sendiri kan.huhu.

Hadiah memang best giler.

Kalo johan dapat RM3000.00, buku setem n sijil.
Kalo naib johan dapat RM2000.00, buku setem n sijil.
Kalo tempat ke-3 dapat RM1000.00, buku setem n sijil.
N tak lupa jugak...
Kalo saguhati dapat RM200.00 untuk 10 orang peserta, buku setem n sijil.

Jadi korang tak yah la harap duit nuffnang sangat kalo dah menang contest ni. hihi.




Ape tunggu lagi? Senang jer contest ni...kalau ada blogger menang, nnt jangan lupa inform kat gengblogger or kat n3 ni yer!

Bye bye bye! Take care!

P/s: Baca syarat penyertaan dulu yer. Kalo tak silap den, untuk student skolah menengah jer (--''). T'pakse la den guno namo adik den yg duo orang tu ha. isk isk isk...

Tarif Elektrik dan Air Naik Senyap-Senyap!

Assalamualaikum korang...sihat ke? Aku? Huhu...sdehnyer...

Aku bukan ape...sedih tengok bil api dan air yg sampai kat rumah aku semalam melambung naik! huhu. Mana taknye, bil api total sume RM286.00 n bil air RM89.00! Tak sakit jantung aku tengok???

Biasanye bil api rumah aku RM70-80 jer...air RM50-60...tapi bil semalam buat aku rasa nak kembali ke zaman hidup bergelap dan n mandi pakai air perigi (=_=') huhu...

Malam nnti aku upload gmbr bil rumah aku k.

Tarif elektrik: dari 0.21 sen, sekarang dah jadi 0.28 sen bagi 500kwh yang pertama.
Tarif air: dari 0.55 sen, sekarang dah jadi 0.60 bagi 20 meter padu pertama.

Kerajaan negeri ke kerajaan pusat yang naikkan aku pon tak tau...yang pastinyer diorang naikkan senyap2 tanpa inform kat orang ramai. Jom la kita blaja berjimat api n air. Adoiai...


p/s: boleh report kat tv3 tak???


May 26, 2011

Harini Besday Zack Zukhairi

Assalamualaikum and sejahtera sumer! Sihat tak???



Just nak inform kat blogger tegar sape yang tak kenal ngan Zack Zukhairi kan...blog yang paling aku suka baca entrynyer (coz ada blog yang aku suka singgah sebab tutorial...blog cute...informative..dll) - so harini besday si Zack ni la. 

Hepi besday n smoga panjang umur k!

Tadi aku ade g tengok fb beliau...byk betol org wish dia. So aku pon wish jugak la.



Ni je entry yg nak tulis. Hihi. Bukan nak promote blog Zack tapi saje nak inform korang sumer!

Take care! Bye bye Bye (^^,)


May 25, 2011

Biasiswa JPA

Assalamualaikum & sejahtera semua!


Ni aku baca paper JPA nak bagi peruntukan biasiswa kepada 4000 pelajar cemerlang. Wow! best la kalo dapat biasiswa JPA...time aku blaja dulu student yang dapat biasiswa JPA la yang paling masyuk skali. Mana taknyer, duit tu masuk betul2 time orang lain sumer tengah pokai. Hihihi.


Biasiswa yang JPA umumkan ni untuk budak yang SPM tahun 2011 ni. So adik2 sila la belajar sungguh2 dan jangan lepaskan peluang dapatkan biasiswa ni, ok! Terms dia lagi strict coz khas untuk student yang dapat 9A+...almaklumla student dah ramai yang pandai2...tak macam dulu2. Daripada paper yang aku baca ni, 1,500 biasiswa diperuntukkan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) manakala 2,500 biasiswa untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).


Kepada readers yang baca entry ni, hebah2kan la berita ni kat sedara mara supaya adik2 yang amek SPM tahun ni akan blaja lebih tekun. Chaiyok!!!




Nak tau lebih lanjut, sila klik sini.


Nak tengok website JPA, sila klik sini.






Take care, bye3!


p/s: nyesal tak blaja betol2 dulu.sob2.



May 23, 2011

IRIS Korean Drama Review 2


Assalamualaikum dan sejahtera semua =) cmner korangnyer weekend? Mesti best kan...

Ok la. Sekarang aku nak sambung review IRIS. Ari 2 citer pengenalan je kan...ni aku nak story lepas jer KHJ kena tembak kat pinggang, dia berjaya lari dari buruan korea utara (PCY and KSH) - er kalo tak faham short for nama sila tengok n3 sebelum ni.

Tapi dalam masa yang sama JSW pon nak bunuh KHJ...KHJ yang dah frust giler tengok awek dia mati depan mata (tapi of cos tak mati lagi kan, heroin kot), cuba sedaya upaya bersembunyi. Dia lari ke airport and rampas 1 kapal terbang kecik. 

Dalam masa yang sama JSW dah stand by ngan rifle nak tembak kapal terbang tersebut. Masa KHJ tengok JSW nekad nak bunuh dia, hati dia dah hancur sangat. Aku betul2 pikir JSW tak sampai hati nak tembak, tapi dia tembak jugak! Huhu...sadisnyer. Pastu kapal terbang KHJ jatuh menjunam ke dalam tasik...isk isk isk...

CSH cuti lama sebab nak kaji pasal KHJ n dia yakin sangat KHJ hidop tapi JSW ada post berita palsu kat kawan baik CSH dengan bukti bahawa KHJ dah mati...huhu...CSH sedih sangat masa dapat tau berita tu sampai takleh nak berdiri.huhu. Tapi dia ni kuat orangnye...tak lama lepas tu dia masuk keje kat NSS balik. 




Korang agak ape sebenarnye terjadi???

Mesti la hero selamat...tapi dia telah diselamatkan oleh seseorang dan dirawat di dalam hospital tanpa pengetahuan saper2...orang tu ialah seseorang yg jugak cuba dibunuh director NSS sejak dulu lagi. Masa KHJ sedar dari koma or sakit lepas jatuh kapal tu, dia memang tak percaya kat sape2 so dia pon lari dari hospital tu =(.

KHJ lari pegi Jepun. Oh ye...lupa nak story pasal Jepun. KHJ ngan CSH penah g 'honeymoon' kat Jepon so dia ada kenal 1 family kat sana la iaitu family Yuki yg sgt2 la sukakan KHJ. On d way g rumah Yuki, dia skali lagi diburu KSH yang diarahkan bunuh KHJ. 



Tapi KHJ tau dia diekori KSH...Dia nyorok sket so dia sempat blasah KSH sampai pengsan then dia bawak KSH balik rumah Yuki sebab tak sampai hati tinggalkan KSH sorang2...baik kan??? hihi. KHJ siap bagi KSH makan pakai straw sebab KSH diikat...KHJ masih tak percayakan saper2 tapi KSH dah mula percaya orang yang dia buru ni adalah orang yang baik (^_^). Start pada ni la dia dua orang jadi gandingan yang sangat2 COOL (^o^)y



KHJ ada citer yg dia tau awek dia @ CSH dah mati...padahal KSH tau CSH idop lagi. Tapi KSH taknak citer hal sebenar sbb dia pon sbnrnyer dah suka kat KHJ! Siap ngorat KHJ lagi tu.hihi. Disebabkan KSH percaya yg KHJ ni orang baik, dia pon mintak tolong kat PCY untuk tolong diorang balik korea selatan. PCY setuju and siap bagi beberapa orang untuk bawak balik dia dua orang.

Memang smart la masa diorang nak susup masuk korea selatan balik. Diorang rampas kapal nelayan and sempat hacked sumer cctv kat pelabuhan. Aku paling suka lagu Hallelujah oleh Big Bang. Jom enjoy jap!


Best kan??? hihi.

KHJ yang rasa dikhianati oleh NSS plan sama2 ngan team yang PCY bagi kat dia untuk musnahkan NSS especially director NSS. Tapi 1 jer yang KHJ tak setuju iaitu bunuh orang2 NSS tapi dia terpaksa gak wat camtu..huhu... Masa diorang serang NSS ni la KHJ jumpa balik ngan CSH tapi KHJ pakai topeng so CSH tak kenal saper.



Mata KHJ gila2 bergenang la tengok CSH hidop lagi, sampai sanggup tembak team dia sendiri sebab team dia tu nak tembak CSH and on the spot CSH tembak KHJ! CSH dah pelik masa tu naper mamat tu tembak team sendri and nak bukak dah topeng KHJ, tapi KSH sempat ketuk kepala CSH sampai pengsan. Fuh. Nasib baik! 

Team yang PCY anta ni sbnrnyer ada terima arahan dari IRIS jugak (kan aku ader citer yg pengaruh IRIS ni sangat besar di seluruh dunia sampai diorang tak leh percaya ngan orang dekat ngan diorang). Masa diorang serang NSS, diorang sebenarnyer nak amek alat aktifkan nuklear and nak letupkan kat Seoul, sumernyer atas arahan IRIS and of cos KHJ n KSH tak setuju.

CSH yang percaya KHJ hidop lagi berjaya cari tempat bersembunyi team KHJ tapi malangnyer ditangkap.huhu. Masa ni sdeh sangat sebab KHJ terpaksa blasah CSH dengan tangan dia sendiri sebab taknak bagi CSH kene enjet.huhu.

Pergh macam panjang lagi jer ni...aku kena buat review page 3 nih. Ok la nnt aku smbung lagi k!

P/s: Selamat hari isnin!





May 20, 2011

IRIS Korean Drama Review 1


Assalamualaikum korang =) Sihat tak? malam ni aku nak story kat korang drama korea yang aku baru je habis tengok - IRIS.

Yeah. IRIS. Tak penah2 aku share drama review tapi kali ni aku nak share sbb aku suka sangat citer ni. Crita ni lain dari drama korea yg laen. Penuh suspen, sentiasa 'what's next???' mood yang akan buat kita tak sabar2 nak tau ape yang akan jadi next episode and paling penting heroin kegemaran aku berlakon. hihi.

Ni la hero and heroin citer ni:

Lee Byung Hun sebagai Kim Hyun Joon dan Kim Tae Hee sebagai Choi Seung Hee


Tak hensem kan Lee Byung Hun (LBH) dlm citer ni. Tapi percaya la lama2 korang akan rase dia hensem tau.wawawa. Kim Tae Hee (KTH) memang maintain cun la.

Ada beberapa lagi watak utama drama ni. Meh aku story sket.


iris-cast-3
Jung Joon Ho sebagai Jin Sa Woo

iris-cast-4
Kim Seung Woo sebagai Park Chul Yung

iris-cast-51
Kim So Yeon sebagai Kim Sun Hwa

iris-cast-6
T.O.P sebagai Vick


Mula2 start cite ni, Kim Hyun Joon ditugaskan bunuh presiden Korea Utara. Sebagai agent National Security Service (NSS) yang berdedikasi, dia pon ikot la arahan bos dia. Alasan bos dia, Presiden korea utara ada buat bom nuklear dan nak bergabung dengan korea selatan, so NSS kena halang sume ni. 

KHJ berjaya bunuh presiden (sharp shooter la katakan), tapi malangnya dia kantoi ngan Park Chul Yung (PCY) and Kim Sun Hwa (KSH) yang jadi pegawai bertugas lindungi presiden masa tu. 

KHJ kena tembak kat pinggang. Then dia try mintak bantuan dari  bos dia tapi bos dia cakap takde sape boleh tolong! Start pada tu la hidup KHJ jadi haru-biru. Dia lari, nyorok, fight dan banyak lagi. Yang paling bagi dia tekanan, kawan baik dia sendiri, Jin Sa Woo (JSW), ditugaskan untuk 'selesaikan' nyawa KHJ.  

Fyi, Jin Sa Woo ni kawan sejak KHJ jadi askar dan diorg ni sangat rapat mcam adik beradik, susah senang sama2 n masuk NSS pon sama2. 


Mana tak KHJ sedih...dia sentiasa anggap JSW takder niat nak bunuh dia tapi sebab keadaan memaksa. Namun hakikatnya (skema betul aku ni- ok serius-), JSW memang nak bunuh KHJ dan KHJ mula sedar hal ni sebab banyak kali JSW cuba nak tembak KHJ dengan selamba je tanpa pikir kenangan indah diorg bersama (tapi tembak tak pernah kena tu yang aku tak paham tu).

Lepas dia bunuh presiden tu, dia diburu korea utara dan korea selatan. Dari korea selatan, sebenarnya bukan NSS yang buru  KHJ, tapi sebuah organisasi dikenali sebagai IRIS yang tak tau kat mana ibu pejabatnya sebab IRIS ni ada di seluruh dunia dan ahlinya dikalangan orang-orang berpengaruh termasuk pembantu peribadi presiden korea selatan! Dan salah sorang ketua yang jahat ialah director NSS yang dah mempergunakan KHJ untuk bunuh presiden korea utara untuk kepentingan IRIS.

Ha suspen kan?

IRIS ada seorang pembunuh berwibawa iaitu Vick. Vick ni sangat kejam dan dengan selambernyer bunuh orang tanpa belas kasihan termasuk budak p'puan jepun nama Yuki dan family Yuki sebab rapat ngan KHJ. ='(
Tapi yang tak bestnyer Vick ni senang sangat mati kat tangan KHJ masa hujung2 citer...ape da...anti klimaks betul aku ni.hihi.

Sebenarnya orang yang bertanggungjawab bawak masuk KHJ ngan JSW dalam NSS ialah Choi Seung Hee (CSH). Dua2 KHJ ngan JSW dah jatuh cinta ngan CSH sejak awal lagi tapi untung pada KHJ sebab CSH pon jatuh cinta kat dia. KHJ pon romantik sgt2.hihi. (^__^) 

Gambar ni kene letak kecik jer sbb 18sx.hihi.

Kisah cinta diorang ni la yang buat cita ni lagi menarik sebab ada konflik antara JSW yang cemburu ngan KHJ. Ni pon salah satu sebab nape JSW jadi jahat dalam cite ni. huhu. Ada 1 part tu, CSH nak tolong KHJ lari tapi masa KHJ pegi beli tiket, kereta CSH meletop depan mata KHJ! Memang bergenang jugak air mata aku masa ni sebab mati2 aku ingat CSH dah mati. Sama la ngan KHJ yang sejak tu la patah hati bila sentiasa fikir awek dia dah mati.

Banyak lagi aksi suspen tapi aku akan sambung citer kemudian yer. Sekarang nak layan Narnia kat TV3.kihkihkih.

P/s: Jangan frust, aku akan sambung cepat2.


May 19, 2011

SEGMEN: AKU DAN ALAT MUZIKKU

Assalamualaikum blogger (^__^)

Tadi aku blog walking...tiba2 jumpa segmen oleh Pak Cek Biola ni... Beliau ada wat 'segmen aku dan alat muzikku'. Aku memang minat muzik & suka maen alat muzik tapi minat ni tak dapat nak dikembangkan...tak tau la knapa.huhu.sdehnyer. Tapi aku nak join jugak segmen ni. hihi. Biar aku citer apa alat muzik yang aku ada. Ha ni header beliau:



Yeah...mcam org lain jugak aku ada recorder yg masa skolah rendah dlu sume org wajib ada untuk kelas muzik.hihi. Tapi... (ada tapinyer) bukan nak cakap ape la, tak sume orang boleh main recorder yang simple ni...penat cekgu ngajo jer. Cian cekgu muzik...aku ingat lagi bila cekgu muzik aku dah fed-up ajar maen recorder, dia amek gitar dia, terus maen lagu best2 n ajak kitorang nyanyi dalam kelas. kihkihkih. 

Selamat Hari Guru buat cekgu muzik sumer sempena entry ni! (^.^) Hidop cekgu muzik!!!

Aku beli recorder banyak kali..mungkin setahun satu kot sepanjang aku skolah rendah. Ade la dalam RM5 kot dulu2...mahal jugak tuh...sekarang tak tau la brapa ringgit. Sumer beli kat koop...selalu beli masa bukak skolah awal tahun n tiap kali beli tu la abah aku bebel.hihi. Mane tak nyer, cuti hujung tahun aku blasah maen recorder tu sampai kat mulut recorder tu pecah2...so takleh nak tiup lagi. Ada gak sebab patah aku baling kat adik aku time b'gadoh ngan dia nasib tak kena. Ada gak salah letak langsung tak jumpa =,=


Ni bukan recorder aku...recorder aku dah tak tau kat mane dah.

Macam aku ckp tadi, tak sume org boleh maen recorder...tapi aku boleh maen ngan baek tau! cewah puji diri sendri plak. tapi betollll tak tipu punyer...cekgu muzik aku paling syg kat aku tau. Bila dah pandai maen, siap bleh cipta note lagu lagi. nak tau lagu ape? Lagu...

Kluang man (kartun fevret aku dulu tak tau nape skrg dah takder)
Negaraku (dulu lom ader lagu M'siaku Gemilang)
Hepi besday...
Doe a dear (ala lagu omputih doe a dear a female dear...me a name i call myself...---korang ingat tak??)
and ada banyak lagi tapi lagu ape aku pon tak ingat. hihi.

Yang paling best skali disebabkan bakat terpendam aku ni, cikgu aku soh aku main masa malam kebudayaan hari perkhemahan skolah. Bunyi dialog dia lebih kurang cenggini la:

********

Cikgu: Xidi, awak main recorder lagu Kluang Man ye malam kebudayaan nanti. (cikgu aku tersengih2 cam kerang kene perfume. nama cikgu rahsia la)

Aku: Er... tak nak la cikgu. Mana saya pandai maen. hihi...(konon2 tak nak la padahal hidung dah kembang kuncup)

Cikgu: Ala saya tau awak pandai maen...masa dalam kelas awk sorang jer time tiup tak sengau bunyi. Jari awk ada special sket. hihi. (wah cekgu puji nih)

Aku: Ok cekgu, thanks! hihi (terus je stuju lepas kene puji. takder la ckp thanks... dulu2 masa skolah rendah mana tau cakap BI.hihi.)

********

Memang bangga tahap gaban la...walaupon menggigil gak aku dok atas pentas (meja murid yang disusun rapat2 jadi pentas), tapi aku maen memang best.hihi. Jangan tak tau...hihi... so...nak tanya ni,

Korang boleh maen recorder kerrr??? hihi.

Ok la take care sumer...dah habis dah n3 ni...bye bye bye!


P/s: Ni la MOZAC band 2011 masa collaborate ngan skolah kat S'pore. Aku dulu masa sekolah menengah pon suka tengok band skolah maen kat perhimpunan tapi aku tak join sbb bilik muzik jauh sangat... Aku join main gamelan & cak lepong jer.. (--.')


"THE POWER OF MUSIC"




May 17, 2011

Part 6: Bahagia!


“Saya tau awak tak ingat kat saya, tapi saya rimas ber ‘saya-awak’ dengan awak. Hu. Apa kata kita guna I-U?”
Yucks. I-U?
“Eee…tak nak la. Tu untuk orang Melayu yang tak pandai cakap BI je…lagi baik cakap BI dari cakap Melayu cuma sebut I-U,” bantah aku.
“That’s why Im telling you…we never speak Malay since we were married!” Zack dah macam mati akal…aku lagi macam nak tercabut jantung.

 Tiba2 je aku dah kawin. Lepas ni ape pulak; aku ni satu-satunya keturunan Sultan Melaka yang masih hidup???

Err…jap2. Aku tido ngan laki ni ke??? Aku ‘tut’ ngan dia??? Huhu…macam mana la rupa tak pakai pape aku depan dia??



Automatik bulu roma aku semua meremang. Kaki aku berundur sket2 jauh dari Zack. Macam2 perkara 18sx muncul kat kepala aku n aku rase mual nak bayangkan. Uwaaaa......!!!! Aku dah tak suci lagiiii……!!!

Dahi Zack mula berkerut2 n aku perasan dia suka nak pegang bahu aku time dia bercakap. Tak suke tak suke tak suke!

“Honey, are u ok?”
Ape maksud dia tanya aku ok ke tak???
“Mak rasa elok Zack bawak dia balik rumah korang…mungkin dia boleh ingat sesuatu,” sampuk mak. What? Balik rumah korang?

“Tak, mak. Laili nak balik rumah mak. Laili tak kenal siapa Zack ni. Er.. maksud Laili, tak ingat,” takut plak kalo2 mamat ni @ suami aku kecik hati kalo aku cakap tak kenal dia. Huhu. “Laili nak balik rumah KITA. K-I-T-A!” Tegas aku kat mak.
“Bukan tak boleh…tapi…erm…” ni aku tak suka bila mak terhenti tengah2 cakap. Macam sembunyikan sesuatu jer. “Kau kan dah kawin…baik ikot laki kau,” sambung mak. Adoi mak ni tak paham ke aku tak nak? Huhu. Macam mane aku nak dok ngan orang yang baru je aku kenal n mengaku laki aku? 

Walaupun Zack ni hensem macam Lee Dong Wook, tapi aku bukan cinta kat dia. Err sebenarnya lelaki hensem camni boleh buat mana2 perempuan jatuh cinta pandang pertama termasuk aku!. Tapi mane tau laki ni ada bagi mak aku duit supaya aku tido ngan dia? Ish tak mungkin plak mak aku nak jual aku. Ape da aku pikir. Walau cam mana pun aku TAK NAK balik rumah laki ni! MUKTAMAT!

Ok poster ni takder kena mengena.hihi.


**************


Wowww…cantiknya rumah ni…macam istana…hihihi…untungnya aku dapat suami kaya. Macam dalam cite Cinderella la pulak. Hihihi…wangi bau rumah ni, bau lavender. Suke suke suke! Siap ada orang gaji yang bukakkan pintu, angkat beg aku, siap bukakkan kasut lagi tu. Nasib baik baju aku kena bukak sendiri. Hahaha.

Keluar je dari kereta Harrier tadi, mulut aku dah ternganga tengok pintu pagar yang gah warna gold. Ni la ‘Zack n Laili Loft’. Loft tu ape? Menurut kamus bi-bm, loft ni loteng…tapi ni bukan loteng ni. Keliling rumah ni penuh ngan pokok bunga berwarna-warni. Warna cat luar rumah ni pon ceria jer. Macam tak caya je aku hidup mewah selama ni! 

May 7, 2011

Happy Birthday to Me =)

Assalamualaikum semua =)


  
unique glitter graphics 


SEMALAM 6 MEI 2011 BESDAY AKU!!!
yang ke brapa korang teka sendri la yerk. hihi.

Btw, thanks a lot pada kawan2 yang wish besday kat fb..aku rasa aku dah reply semua kot.


 

Aku wat kek pagi tadi, jap upload gambar ek.


Ha...nampak sedap kan? hihi...memang sedap pon! wawawa.

Semalam orang pertama wish of cos la en.jay.  Dia saja ucap before kol 12 sebab dia cakap takut tertido. hihi. 

Pastu bangun pagi adik2 & mak abah ucapkan...sampai kat opis, org kat opis pon wish jugak tapi sebab blom gaji so tak dapat la kitorg nak celebrate.huhu.

Yang bestnyer, aku saje mintak budak operator blanja tapi aku memang tau diorg pon takder duit. tapi tiba2 ader sorang operator bangla nama halim bagi bunga. hihi. pape jer. Ada gambar tapi kat tepon Hajar. Nanti aku masuk kat fb je la. Walaupon bunga tu dia petik je kat mana tah & tak wangi pon, tapi tq la yer halim.hihi.

Pastu petang aku tepon la en. jay...sebab aku guna celcom dapat birthday bonus free call & sms seminggu ni =) Past en.jay nyanyi lagu besday guna suara org dolu2..klakar jer. memang beliau ni pandai buat aku sengeh sorg2 dalam kreta hatta dalam tido skali pon.hihi.

Thanks again korang semua...

Terima kasih mak abah yang besarkan akak (maksud aku bela aku dari kecik smpai besar. masalah pembesaran badan adalh masalah sendri)...

Tq adik2 yang poyo2 ucap besday...& tak lupa kat dak izzati yang bagi coklat appolo 2 bar =) hihi.

SAYANG KORANG SUMER!!!

~~~Bye Bye Bye~~~

P/s: Ingat la orang tersayang selalu ('',)



May 5, 2011

Benda Yang Paling Aku Suka??? (^_^)

Salam ukhwah semua!

Tengok en.jay wat segmen ni, terus kat kepala ni muncul 1 benda yang paling aku suka. Korang tengok gambar kat bawah mesti korang dapat teka apa =)




Yup. Betul la tuh...coklat & buah2an. Best kan...sume org pon cakap org p'puan & coklat tak boleh nak dipisahkan so aku memang 100% setuju la! Hihi.

Kenapa aku suka coklat? sebab manis & cair dlm mulut. Kalo tak sabar nak tunggu cair, bleh kunyah pastu telan. hihi. Tapi aku suka makan pelan2 tunggu cair sebab lambat sket habis. Coklat dalam gambar kat atas tuh bos aku bagi dulu. Jangan jeles =P

Buah2an kan bagus untuk kesihatan so memang aku suka makan. Epal...oren...pisang...aku suka anggur gak tapi takde gambar plak nak masukkan.

OK la. Dah cukup 100 patah perkataan kot. Tq en Jay wat segmen ni! Hihi.



Bye Bye Bye!!!

P/S: Jangan lupa tunggu sambungan series Missxidi tau!


Related Posts with Thumbnails