Assalamualaikum korang =) Sihat tak? malam ni aku nak story kat korang drama korea yang aku baru je habis tengok - IRIS.
Yeah. IRIS. Tak penah2 aku share drama review tapi kali ni aku nak share sbb aku suka sangat citer ni. Crita ni lain dari drama korea yg laen. Penuh suspen, sentiasa 'what's next???' mood yang akan buat kita tak sabar2 nak tau ape yang akan jadi next episode and paling penting heroin kegemaran aku berlakon. hihi.
Ni la hero and heroin citer ni:
Lee Byung Hun sebagai Kim Hyun Joon dan Kim Tae Hee sebagai Choi Seung Hee
Tak hensem kan Lee Byung Hun (LBH) dlm citer ni. Tapi percaya la lama2 korang akan rase dia hensem tau.wawawa. Kim Tae Hee (KTH) memang maintain cun la.
Ada beberapa lagi watak utama drama ni. Meh aku story sket.
Jung Joon Ho sebagai Jin Sa Woo
Kim Seung Woo sebagai Park Chul Yung
Kim So Yeon sebagai Kim Sun Hwa
T.O.P sebagai Vick
Mula2 start cite ni, Kim Hyun Joon ditugaskan bunuh presiden Korea Utara. Sebagai agent National Security Service (NSS) yang berdedikasi, dia pon ikot la arahan bos dia. Alasan bos dia, Presiden korea utara ada buat bom nuklear dan nak bergabung dengan korea selatan, so NSS kena halang sume ni.
KHJ berjaya bunuh presiden (sharp shooter la katakan), tapi malangnya dia kantoi ngan Park Chul Yung (PCY) and Kim Sun Hwa (KSH) yang jadi pegawai bertugas lindungi presiden masa tu.
KHJ kena tembak kat pinggang. Then dia try mintak bantuan dari bos dia tapi bos dia cakap takde sape boleh tolong! Start pada tu la hidup KHJ jadi haru-biru. Dia lari, nyorok, fight dan banyak lagi. Yang paling bagi dia tekanan, kawan baik dia sendiri, Jin Sa Woo (JSW), ditugaskan untuk 'selesaikan' nyawa KHJ.
Fyi, Jin Sa Woo ni kawan sejak KHJ jadi askar dan diorg ni sangat rapat mcam adik beradik, susah senang sama2 n masuk NSS pon sama2.
Mana tak KHJ sedih...dia sentiasa anggap JSW takder niat nak bunuh dia tapi sebab keadaan memaksa. Namun hakikatnya (skema betul aku ni- ok serius-), JSW memang nak bunuh KHJ dan KHJ mula sedar hal ni sebab banyak kali JSW cuba nak tembak KHJ dengan selamba je tanpa pikir kenangan indah diorg bersama (tapi tembak tak pernah kena tu yang aku tak paham tu).
Lepas dia bunuh presiden tu, dia diburu korea utara dan korea selatan. Dari korea selatan, sebenarnya bukan NSS yang buru KHJ, tapi sebuah organisasi dikenali sebagai IRIS yang tak tau kat mana ibu pejabatnya sebab IRIS ni ada di seluruh dunia dan ahlinya dikalangan orang-orang berpengaruh termasuk pembantu peribadi presiden korea selatan! Dan salah sorang ketua yang jahat ialah director NSS yang dah mempergunakan KHJ untuk bunuh presiden korea utara untuk kepentingan IRIS.
Ha suspen kan?
IRIS ada seorang pembunuh berwibawa iaitu Vick. Vick ni sangat kejam dan dengan selambernyer bunuh orang tanpa belas kasihan termasuk budak p'puan jepun nama Yuki dan family Yuki sebab rapat ngan KHJ. ='(
Tapi yang tak bestnyer Vick ni senang sangat mati kat tangan KHJ masa hujung2 citer...ape da...anti klimaks betul aku ni.hihi.
Sebenarnya orang yang bertanggungjawab bawak masuk KHJ ngan JSW dalam NSS ialah Choi Seung Hee (CSH). Dua2 KHJ ngan JSW dah jatuh cinta ngan CSH sejak awal lagi tapi untung pada KHJ sebab CSH pon jatuh cinta kat dia. KHJ pon romantik sgt2.hihi. (^__^)
Gambar ni kene letak kecik jer sbb 18sx.hihi.
Kisah cinta diorang ni la yang buat cita ni lagi menarik sebab ada konflik antara JSW yang cemburu ngan KHJ. Ni pon salah satu sebab nape JSW jadi jahat dalam cite ni. huhu. Ada 1 part tu, CSH nak tolong KHJ lari tapi masa KHJ pegi beli tiket, kereta CSH meletop depan mata KHJ! Memang bergenang jugak air mata aku masa ni sebab mati2 aku ingat CSH dah mati. Sama la ngan KHJ yang sejak tu la patah hati bila sentiasa fikir awek dia dah mati.
Banyak lagi aksi suspen tapi aku akan sambung citer kemudian yer. Sekarang nak layan Narnia kat TV3.kihkihkih.
P/s: Jangan frust, aku akan sambung cepat2.
2 comments:
kim tae hee cun!!!
a'a memang cun pon =) hihi
Post a Comment